Lagi Kejahatan Israel

Seorang pelajar remaja sekolah Islam di Tebing Barat, Palestin yang sedang dalam perjalanan ke sekolah, telah kembali kepada Yang Maha Penciptanya sebagai seorang syahid, insyaAllah. Gadis muda ini telah dilanggar dengan sebuah kereta dan selepas itu ditembak mati oleh tentera Zionis atas alasan berulang kali berbohong mengenai pisau dalam simpanan beliau. Penjajahan maut ini tidak akan berakhir sehingga orang yang berpengaruh dalam tentera Islam memenuhi tanggungjawab mereka dan membebaskan Al-Aqsa dengan segala kekuatan mereka serta mengembalikan Khilafah yang mulia ke lokasi yang hak, balad Asshams.


_______________________________________________________

Remaja Palestin-Amerika Dibelasah Oleh Gangster Israel

Mahkamah penduduk Israel pada minggu ini telah menghukum seorang pegawai Polis Sempadan dengan hukuman 45 hari perkhidmatan masyarakat atas kesalahan memukul secara ganas seorang remaja Palestin-Amerika, Tariq Abukhdeir, pada tahun lepas. Amerika Syarikat telah menegur keputusan ini dan jurucakap Jabatan Negara, John Kirby mengatakan: "Kami kecewa apabila mengetahui bahawa pegawai polis Israel yang telah memukul seorang remaja Amerika, Tariq Abukhdeir, dengan teruk pada bulan Julai 2014, telah dikecualikan daripada hukuman penjara oleh mahkamah Israel," ujar beliau semasa sesi taklimat media.


Akhirnya kita mempunyai akuan bahawa ia adalah salah apabila kanak-kanak diserang secara brutal oleh mereka yang mengaku sebagai penguatkuasa undang-undang ...

Walau bagaimanapun kita sama-sama kecewa dengan keputusan Amerika Syarikat untuk membiayai negara pengganas. Padahal entiti haram tersebut telah banyak melanggar undang-undang antarabangsa, yang mana adalah mudah bagi Amerika Syarikat untuk memanipulasi sekiranya ia berfungsi untuk kepentingan mereka di bahagian-bahagian lain dunia ... terutamanya tanah-tanah di dunia Islam yang terdapat banyak sumber, dan kepentingan strategik.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment