Saya Tidak Bertanggungjawab Ke Atas Serangan ‪Paris‬ Atau ‪‎ISIS‬, Begitu Juga Agama Saya

Seperti kebanyakan orang, saya terkejut dan sedih dengan peristiwa di Paris. Fikiran saya bersama dengan mangsa dan keluarga mereka atas jenayah ngeri ini. Namun, saya tidak terkejut. Beberapa perkara tidak dapat dielakkan dan boleh diramal, tulis Jahangir Mohammed dari Pusat Hal Ehwal Islam.

Jika anda pergi ke seluruh dunia dan melakukan keganasan kepada orang lain lambat laun ia akan datang kembali kepada anda. Anda tidak perlukan pakar keselamatan dan teori-teori yang kompleks tentang ekstremisme dan radikalisme untuk memahaminya. Malah kanak-kanak di tadika pun memahami logik yang mudah itu.

Pada ketika semua orang sedang menderita, saya tidak suka untuk membincangkan punca-punca keganasan. Walau bagaimanapun, reaksi dari pihak media, ahli-ahli politik dan yang dipanggil pakar menuding jari kepada umat Islam dan Islam, seolah-olah kita semua orang yang dipersalahkan dan memerlukan jawapan, jika tidak maka ia akan membawa kepada lebih banyak undang-undang yang menyasarkan komuniti Islam dan lebih banyak keganasan Barat berlaku di negara-negara Islam.

Keunggulan Moral dan Politik Barat

Sepertimana orang Islam lain, saya kecewa dengan para pengulas Barat dan ahli-ahli politik yang menggunakan kata-kata seperti “tindakan perang,” “nilai-nilai kita” dan “keunggulan moral dan politik ” sebagai respon kepada jenayah-jenayah ini. Ia hanya menyemarakkan kemarahan dalam kalangan pemuda-pemuda Islam yang mempunyai akses kepada maklumat dimedia sosial dan menyedari jenayah yang lebih besar yang dilakukan di rantau ini oleh ahli-ahli politik Barat.

Umat Islam merujuk kepada pembunuhan satu juta penduduk Algeria dalam perang kemerdekaan oleh Perancis yang "bertamadun". Kita juga ingat akan pilihan raya demokratik Algeria pada tahun 1992 yang dimenangi oleh FIS yang dihalang daripada membentuk kerajaan oleh junta tentera serta dibantu dan disokong oleh Perancis.

Jika rakyat Algeria dibenarkan untuk membangunkan masa depan politik mereka, kita tidak mungkin mempunyai beribu-ribu orang pemuda Algeria yang terasing dan tersingkir dengan sedikit harapan di Perancis dan berharap kepada Syria untuk mendapatkan masa depan mereka.

Serangan Paris Membunuh lebih dari 130 orang

Ketika para pengulas Barat bercakap mengenai keganasan politik yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan lain, mereka menyalahkan kumpulan tertentu yang dianggap bertanggungjawab untuk perbuatan itu. Tetapi apabila ia berkaitan dengan kumpulan-kumpulan Islam yang melakukan keganasan politik, mereka menyalahkan kelompok “Islami” dan “jihad” secara keseluruhan.

Untuk lebih jelas, tindakan ini didakwa dilakukan oleh ISIS. Maka, mereka sahaja yang mesti dipersalahkan untuk itu. Tindakan ini mestilah disebut “keganasan atau erorisme oleh ISIS,” bukan kepada yang lainnya. Umat Islam di Barat tidak memikul tanggungjawab atas hal tersebut.

Ketika ahli-ahli politik dan pakar-pakar bercakap mengenai kebangkitan kumpulan-kumpulan pelampau sayap kanan di Eropah, mereka melihat penyebabnya kerana terlalu banyak penghijrahan, tekanan ke atas perkhidmatan awam, dan kekurangan peluang pekerjaan bagi masyarakat asli tempatan. Tetapi keganasan yang berpunca dari dunia Islam ditampilkan sebagai tidak memiliki penyebab, tetapi ia adalah hasil daripada teologi yang buruk, atau sebagai jenayah tulen.

Jadi soalan saya kepada setiap orang yang berakal di mana-mana negara adalah: Bagaimana penduduk anda akan bertindak jika mereka terpaksa mengalami apa yang telah dialami oleh rakyat Iraq?

35 tahun peperangan dan keganasan di Iraq

Pemimpin Barat telah terlibat dalam perang di Iraq sejak 35 tahun yang lalu. Dari tahun 1980 – 1988, Barat telah menyokong, membantu dan bersubahat dengan Saddam Hussein dalam perang selama 8 tahun terhadap Iran yang telah mengorbankan sejuta nyawa. Perang ini menjadikan Iraq jatuh miskin sehingga menyebabkan Saddam Hussein seterusnya menyerang Kuwait. Campur tangan Barat dan Arab (termasuk Syria) bersekutu untuk menjatuhkannya dalam Perang Teluk Pertama 1990-1991. Rakyat Iraq sekali lagi kehilangan anak-anak mereka dan infrastruktur negara mereka telah dimusnahkan.

Dengan gencatan senjata yang memalukan, apa yang berlaku seterusnya adalah dekad penderitaan ekonomi, dengan sekatan ekonomi yang melumpuhkan di mana 500 000 kanak-kanak dikatakan telah kehilangan nyawa mereka. Selama tempoh itu, angkatan tentera udara digunakan secara berterusan untuk menurunkan dan memusnahkan negara dan infrastruktur Iraq.

Selepas cukup melemahkan Iraq, ahli-ahli politik Barat telah memutuskan untuk menyerang dan mengambil alih Iraq lagi. Kali ini mereka memusnahkan lebih banyak infrastruktur supaya syarikat-syarikat mereka boleh membinanya semula dan mendapat keuntungan daripada mereka. Para penjajah juga menyalakan api sektarianisme dengan membenarkan satu komuniti untuk mengekalkan anggota militan dan senjata mereka serta menempatkan mereka ke dalam kekuasaan.

Jadi suatu komuniti tidak berdaya, daif, miskin, dan tidak dilindungi, manakala komuniti yang lain diberikan kuasa. Pendudukan Iraq telah menyebabkan kekejaman yang mengerikan dan penyeksaan ke atas penduduk awam Iraq yang dilakukan oleh semua pihak, penjajah, pemerintah, serta militia / kumpulan bersenjata.

Pencerobohan Barat ke dalam Iraq membuka pintu-pintu neraka

Dalam tempoh 35 tahun rakyat Iraq telah menjadi mangsa keganasan yang paling mengerikan dengan penggunaan alat membunuh yang paling canggih yang pernah dicipta oleh manusia. Sumber alam semulajadi mereka telah dirompak, para penduduk dan anak-anak menjadi mangsa tindakan kejam dan kehilangan nyawa, melibatkan jumlah jutaan orang dan bukannya ratusan orang. Infrastruktur moden dan cara hidup mereka telah musnah sama sekali.

Di Eropah kita mendapati kebangkitan kelompok-kelompok ekstrimis, walaupun hal itu dianggap akibat terlalu ramai pendatang yang datang ke negara-negara itu. Justeru, adakah menghairankan jika kemudiannya sesuatu kumpulan seperti ISIS dengan idea-idea ekstrim dan keganasan telah bermunculan akibat dariapada runtuhan Iraq?

Saddam Hussain adalah seorang diktator yang melakukan jenayah paling kejam. Walau bagaimanapun, beberapa kata-kata terakhir beliau adalah nasihat. Ketika dia dikutuk akan masuk ke neraka oleh orang-orang yang mengejeknya, dia membalas dengan berkata, “Kamu maksudkan neraka adalah Iraq.”

Dia adalah benar. Iraq telah menjadi neraka bagi penduduk di sana. ISIS adalah hasil dari neraka yang dicipta oleh Barat.

Ahli-ahli politik Barat sering memberitahu kita bahawa ISIS dan keyakinan mereka adalah jahat dan tidak diragui lagi mereka menjalankan tindakan yang jahat. Namun saya mengatakan ini kepada semua ahli politik: nilai-nilai dan kejahatan mereka muncul dari neraka yang telah anda ciptakan di Iraq. Maka janganlah membuat neraka di bumi untuk manusia dan mengharapkan untuk mencari malaikat di sana.

Keganasan ISIS di rantau ini adalah hasil perbuatan anda. Ia mencerminkan nilai-nilai keganasan, peperangan, sektarianisme anda yang telah anda tanamkan di Iraq.

Teologi buruk atau realiti buruk?

Teori-teori ekstremisme, dan radikal yang telah dicipta oleh Barat untuk menyasarkan semua umat Islam atas keganasan politik adalah sesat dan berakar pada sentimen sejarah anti-Islam yang telah ditanam semasa Abad Pertengahan dengan cuba mengabaikan Perang Salib ganas mereka sendiri dan menumpukan kepada tindakan balas jihad dan teologi.

Selepas mewujudkan keadaan yang tidak tertahankan untuk rakyat Iraq dan Palestin (sekarang lebih dari 60 tahun) serta Afghanistan (40 tahun), Barat merujuk kepada teologi yang buruk atau jihad atau Islamisme sebagai punca, seperti mana yang mereka lakukan dalam sejarah.

Punca keganasan politik Islam bukanlah teologi buruk tetapi realiti politik yang buruk.

Pada pertengahan tahun 1980-an Paris juga terkena serangan bom dan menjadi mangsa rampasan kapal terbang. Keganasan politik itu dikaitkan dengan Hizbullah dan mempunyai kaitan dengan realiti perubahan politik dan peperangan di Lubnan dan Iran. Hari ini mereka selamat dan tidak perlu untuk menyerang Barat demi mencapai matlamat politik mereka.

Semua keganasan politik – walaupun yang ISIS lakukan – mempunyai matlamat dan objektif politik.

Jadi, saya tidak merasa perlu bertanggungjawab atau mengutuk terhadap apa yang telah berlaku di Paris. Saya tidak bertanggungjawab untuk itu, saya tidak menggalakkan itu, dan saya juga tidak menyokongnya.

Tindakan itu mengutuk dirinya sendiri. Jika saya mengutuk itu, saya juga perlu mengutuk kerajaan kita sendiri untuk neraka yang telah mereka ciptakan di Iraq. Saya juga tidak bertanggungjawab untuk itu.

Apa yang menjadi tanggungjawab saya adalah membantu membawa keamanan dan keselamatan dalam kalangan masyarakat di negara ini dan di negara-negara seperti Iraq dan Syria. Untuk berbuat demikian, Islam menuntut saya untuk berkata benar kepada mereka yang berkuasa dan orang lain, tetapi dengan kekuatan dan keberanian, walaupun mereka mungkin tidak menyukainya.

Islam tidak tidak menghasilkan ISIS, tetapi berdekad keganasan dan campurtangan Baratlah yang menghasilkannya. Semakin banyak keganasan yang dilakukan dan disokong oleh Barat di dunia Islam, maka akan semakin banyak keganasan yang akan terjadi di dalam negara mereka sendiri.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment