Selepas ‎Paris Attack‬, Barat bertanyakan Persoalan Yang Salah

Selepas tragedi di Paris, Barat bertanya, 'Mengapa mereka membenci kita?' dan 'apa masalahnya dengan agama mereka?' Mereka sebenarnya bertanyakan soalan yang salah.

Persoalan selepas tragedi di Paris sepatutnya, 'Bagaimanakah umat Islam tampil luar biasa menahan diri di tangan penjajahan Barat yang kejam?'

Pada tahun 1857, di seluruh India tercetus pemberontakan terhadap pemerintahan kolonial British. British melawan kembali dengan kekerasan. Kemudian tokoh terakhir yang memberontak adalah, Mughal Bahadur Shah Zafar, juga telah ditangkap. Sebagai penegasan akan kekejaman mereka, apabila beliau meminta makanan, pihak British telah membawa kepadanya kepala kedua-dua anaknya yang baru sahaja dipenggal. Dengan menahan sabar yang amat besar beliau menjawab, "Alhamdulillah, keturunan-keturunan Timur sentiasa datang di hadapan bapa-bapa mereka dengan cara yang berani ini." Zafar akhirnya meninggal dunia dalam kurungan.

Di Algeria, pemberontakan terhadap penjajah dari kemerdekaan Perancis tahun 1954 telah berakhir dengan kekejaman Eropah semata-mata. Perancis mengamalkan polisi "ratissages", melakukan `pembersihan' melalui bandar-bandar dan pekan-pekan serta menyembelih semua orang sebagai balasan kerana memberontak. Beratus-ratus ribu orang diseksa dan secara keseluruhan, sebanyak 1.5 juta rakyat Muslim Algeria telah terkorban di tangan tuan penjajah yang tidak dapat memahami mengapa mereka mahu bebas daripada pemerintahan mereka.

Semasa Perang Dingin, Amerika menggunakan polisi menopang diktator dengan mengorbankan kehendak rakyat Muslim. Di Mesir, Amerika Syarikat telah "melantik" Sadat dan Mubarak untuk menjaga Mesir dalam tatanan dunianya dan mencegah kemasukan Soviet. Presiden Carter bahkan menjadikannya sebagai asas dasar politik luar negeri Amerika Syarikat; Doktrin Carter (1980) menetapkan hanya Amerika Syarikat dibenarkan untuk menjadi penjamin bekalan minyak dan keselamatan Timur Tengah, termasuklah keselamatan 'Israel', dan Amerika Syarikat bersedia untuk menggunakan kekerasan militer demi menjamin perkara ini. Di bawah diktator Mesir, penindasan adalah industri dan sistemik.

Semasa perang Yugoslavia dahulu, Amerika Syarikat melaksanakan polisi yang membolehkan genosid iaitu pembunuhan beramai-ramai. Kini ia terkenal sebagai peristiwa `1995 pembunuhan beramai-ramai Srebrenica', yang melibatkan mangsa seramai 7000 lelaki dan kanak-kanak Islam. Jenayah seperti ini hanya boleh dilakukan dengan kelulusan tersirat daripada pasukan pengaman PBB yang secara terbuka telah menyerahkan umat Islam yang berlindung di 'safe-zones' (zon selamat, zon bebas dan larangan peperangan). Bukti terkini menunjukkan ketika pembantaian tersebut dilakukan oleh tentera Serbia, Amerika Syarikat menyedarinya melalui imej satelit dan laporan-laporan perisikan. Perang keganasan yang melampau itu telah didokumenkan dengan baik.

Manakala di Afghanistan, Amerika Syarikat menganggap pejuang Taliban sebagai 'pejuang haram yang menyalahi undang-undang' seterusnya membenarkan layanan dan seksaan yang menjatuhkan maruah dan tidak berperikemanusiaan kepada para tahanan di dalam penjara-penjara. Seperti yang berlaku di Bagram Air Base. Teluk Guantanamo juga menjadi buah mulut serta sindiran terhadap salah laku dan penganiayaan Amerika Syarikat terhadap para tahanannya. Namun demikian, sebenarnya 'tapak-hitam' CIA telah ditubuhkan di seluruh dunia. Ramai umat dari jalan-jalan di Eropah dan tempat lain telah 'diserahkan' dengan kelulusan penuh dari kerajaan mereka, dan diseksa oleh pegawai keselamatan di Syria, Morocco dan Eropah Timur, yang merupakan diantara tempatnya. Penyeksaan tersebut dijalankan oleh khidmat luar.

Dalam peperangan di Afghanistan dan Iraq, pihak Amerika Syarikat telah hilang kawalan. Ini telah membawa mereka untuk mendapatkan perkhidmatan Blackwater (dijenamakan semula sebagai Academi). Syarikat tentera swasta ini terlibat dalam pembunuhan dan melakukan sasaran rambang. Dalam satu insiden operasi tembakan rambang, mereka telah menyebabkan kematian 17 orang awam Iraq. Ketika ketua pekerja syarikat itu berada di Pakistan, Raymond Davis, dia telah ditangkap selepas membunuh tiga orang awam dalam sebuah pasar di Lahore. Kemudian rangkaian operasi-operasi CIA / Blackwater telah dibongkarkan di seluruh Pakistan. Ia menjadi semakin jelas bahawa kebanyakan pengeboman dan keganasan puak pemisah di negara ini berlaku adalah dicetuskan oleh Amerika Syarikat.

Perang saudara Syria, yang bermula dengan harapan pada tahun 2011 tidak lama kemudian telah memburuk menjadi pertumpahan darah. Pasukan lawan Assad pada awalnya membuat kemajuan yang besar, ditambah dengan gelombang sokongan kepada mereka. Namun Amerika Syarikat mulai sedar mengenai bahayanya sebuah negara Syria yang bebas merdeka. Justeru Amerika berusaha untuk memainkan peranan yang seimbang di antara kedua-dua belah pihak. Amerika membenarkan ejen-ejen mereka di negara-negara Teluk untuk memberi rasuah kepada satu pihak, manakala Rusia dan Iran untuk memberi rasuah kepada pihak yang lain. Ia juga mewujudkan kekosongan di Iraq bagi membolehkan pembentukan Daesh. Dengan ini ia memastikan perang saudara berlanjutan dengan seimbang dan membolehkan pendapat umum antarabangsa untuk berkembang bagi menentang kuasa-kuasa anti-Assad. Malapetaka terjadi dan seterusnya kemusnahan menyusul akibat tindakan Amerika Syarikat - tidak - kerana mereka membenarkan ia dituntut, serta kerana kurangnya ketegasan atau tindakan. Amerika telah memerhati sehinggalah polisi mereka mula terserlah, dengan lebih dari 300,000 rakyat telah terkorban dan berjuta-juta lainnya kehilangan tempat tinggal.

Dua ratus tahun kebelakangan ini, telah menjadi salah satu di mana umat ini telah menjadi subjek pembunuhan dan kezaliman pada skala yang besar. Darah umat Islam telah menjadi murah di tangan negara-negara Barat yang telah memanipulasi tanah-tanah kita seperti pemain catur menggerakkan buah caturnya. Dan sehingga setelah tragedi serangan di Paris, apa yang kita perlu tanya bukanlah kenapa minoriti Muslim telah menggunapakai kaedah yang sama kejam sebagaimana Barat, tetapi bagaimana menakjubkan bahawa umat seramai 1.8 billion boleh menahan diri seperti itu?

Ini adalah kerana sebahagian besar umat Islam, telah mengiktiraf banyak ketidakadilan yang telah ditimpakan kepada umat ini adalah dilarang oleh Islam dan diatur oleh kaedah-kaedah syari'at yang melarang menyasarkan orang yang tidak bersenjata dan orang awam, serta membentuk norma tertinggi akhlak dan tingkah laku ketika berdepan dengan ketidakadilan, mengikut kaedah Rasulullah (saw).

((إن الله لا يحب المعتدين))

"Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." [Al-Baqarah, 2: 190]

Ditulis untuk Pejabat Pusat Hizbut Tahrir
oleh Abdullah Jaleel
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment