Senarai Serangan Terhadap Muslim Pasca Serangan Paris

Berikut Merupakan Senarai Serangan Terhadap Muslim Pasca Serangan Paris.

Kes-kes Serangan Terhadap Muslim di Seluruh Amerika dan Kanada setelah Serangan Paris.

Seminggu selepas pembantaian terhadap 129 orang di Paris iaitu serangan yang diakui telah dilakukan oleh ISIS, telah mengakibatkan beberapa serangan balas terhadap kaum Muslimin di Amerika Syarikat dan Kanada. The Huffington Post akan terus mengemaskini senarai tindakan serangan yang bersifat Islamofobia tersebut.

1. Khalil dan Ayad – yang telah berpindah ke AS dari Palestin 15 tahun yang lalu – sedang menunggu penerbangan dari Chicago untuk kembali ke kampung halaman mereka di Philadelphia. Ketika sedang menunggu di pintu gerbang, pekerja bahagian pelepasan Southwest Airlines berkata bahawa keduanya tidak akan diizinkan untuk menaiki pesawat. Alasannya, penumpang lain berasa takut untuk terbang bersama mereka setelah mendengar Khalil dan Ayad berbicara dalam bahasa Arab, kata pekerja tersebut. Penerbangan ditunda sementara polis dan pihak keselamatan lapangan terbang melakukan siasatan ke atas Khalil dan Ayad. Akhirnya, mereka diizinkan untuk naik ke pesawat. (18/11/2015)

2. Ketika satu mesyuarat penduduk setempat yang diadakan di sebuah dewan Kota Spotsylvania County, Virginia, AS, Samer Shalaby bercakap mewakili Islamic Center Fredericksburg mengenai cadangan mereka untuk memindahkan masjid ke lokasi yang lebih luas. Tiba-tiba, bangun dua lelaki bertindak memarahi Shalaby. Seorang mengatakan bahawa Islam adalah “aliran sesat,” sementara seorang lagi mengatakan bahawa “setiap muslim adalah teroris” juga meluahkan kepada Shalaby “Saya tidak ingin mendengar apa pun dari mulut anda.” Akhirnya, datang seorang polis (deputy sheriff) membubarkan mesyuarat tersebut kerana insiden itu. (17/11/2015)

3. Empat orang penumpang yang “berketurunan Timur Tengah” dipaksa keluar dari pesawat Spirit Airline di Lapangan Terbang Antarabangsa Baltimore-Washington menuju ke Chicago. Salah seorang penumpang pesawat itu, Jenna Farella menyatakan “Itulah saat paling menakutkan dalam hidup saya,” sambil menggambarkan “aktiviti mencurigakan” yang dilakukan oleh empat penumpang tersebut. “Saya sudah melalui banyak perkara yang menakutkan. Ini adalah yang terburuk. Farella telah bertindak membuat aduan kepada anak kapal yang berada di dalam pesawat, sehingga akhirnya pesawat dihentikan dan bertindak mengeluarkan tiga lelaki dan seorang wanita yang digambarkan sebagai berpenampilan Timur Tengah. Pihak berkuasa kemudian melakukan siasatan ke atas mereka dan kemudian membebaskan. Menurut penumpang lain, salah seorang yang ditahan telah menonton laporan berita pada telefon bimbitnya. Laporan lain menunjukkan bahawa wanita yang dikeluarkan itu bertindak berlari ke bahagian belakang pesawat bersama anaknya ketika pesawat siap untuk berlepas. Ini adalah kali kedua di AS sejak serangan Paris, orang Islam diarah keluar dari penerbangan. (17/11/2015)

4. Clayton Alexander Cansler, 26, dituduh telah menulis mesej di Facebook bahawa dia akan “menembak sebuah masjid,”. Turut disertakan foto senjata dan peluru yang akan digunakan. Pihak berkuasa menyatakan Casler membuat pengakuan di atas pertuduhan tersebut lalu ditangkap kerana didakwa telah membuat ancaman keganasan yang merupakan satu kesalahan jenayah. Jika terbukti bersalah, dia akan dijatuhkan hukuman 2 hingga 10 tahun dipenjara. (17/11/2015)

5. Seorang muslimah telah diserang dan digelar ‘teroris’. “Kami akan tetap menjadi warga yang taat kepada hukum agama dan cintakan perdamaian. Ini adalah nilai-nilai utama dalam agama kami. Maka, kami akan terus berpegang teguh kepadanya.”, ujar abangnya yang turut meluahkan adiknya mengalami trauma “takut untuk meneruskan hidup” akibat serangan itu. Manakala seorang muslimah di Toronto yang sedang menjemput anak-anaknya dari sekolah lalu ditendang dan ditinju oleh dua orang lelaki, lapor CBC. Kedua-dua penyerang tersebut telah berkata kepada wanita itu supaya “pulang ke negara asal kamu,” sambil cuba untuk mencabut tudungnya. Polis Toronto sedang menyiasat insiden tersebut dan menyifatkannya sebagai jenayah kerana membenci. (16/11/2015)

6. Beberapa halaman Al-Quran ditemui dalam keadaan terkoyak di luar Masjid di Islamic Center Pflugerville, kira-kira 15 batu dari Austin, Texas. Polis sedang menyiasat insiden itu sebagai jenayah akibat kebencian. “Hanya beberapa orang sahaja yang melakukan tindakan keganasan dan mereka ini tidak mewakili 1.6 billion umat Islam. Mereka tidak mewakili saya dan masyarakat Muslim di Austin”, kata Faisal Naeem, anggota dewan Islamic Center Pflugerville. (16/11/2015)

7. Sepasang suami isteri telah menulis satu nota di luar rumah mereka di Toronto, Kanada yang berbau kebencian terhadap kaum Muslimin. Nota itu meminta kaum muslimin untuk meminta maaf di atas apa yang terjadi di Paris. Tapi wanita yang menulis nota itu berkata, “Pada hemat saya itu bukan kebencian, dan bukannya rasis”. Setelah mendapat pelbagai reaksi yang luar biasa di media sosial dan kerana takutkan “serangan balas,” pasangan tersebut telah membuang nota itu. (15/11/2015)

8. Seorang penumpang teksi Uber di North Carolina mendakwa pemandunya adalah seorang muslim dan mengancam akan membunuhnya. Pemandu tersebut, Woldemichael – seorang pendatang dari Ethiopia beragama Kristian dan merupakan ayah kepada dua orang anak – telah mengambil penumpang itu di luar sebuah pub Irlandia. Ketika sudah menghampiri destinasi, penumpang itu bertindak ganas. “Dia berkata akan menembak saya tepat di muka atau mencekik saya,” kata Woldemichael. “Dia bercakap menggunakan kata-kata kesat… kata-kata yang benar-benar kotor, dan menuduh saya seorang muslim.” Dia kemudian memukul wajah Woldemichael. (15/11/2015)

9. Penumpang yang mencurigakan telah diturunkan dari sebuah penerbangan. Dua orang “yang mencurigakan” kerana digambarkan sebagai “dua orang penumpang Timur Tengah” telah menaiki pesawat American Airlines 2124. Anak-anak kapal mengesyaki dua penumpang itu kerana bertindak mencurigakan, menurut WCVB. Lalu pasangan itu diturunkan dari penerbangan, diperiksa oleh pihak polis, lalu dilepaskan. (15/11/2015)

10. Seorang pelajar perubatan, Pean, telah dimalukan di teater di Manhattan, AS di atas ‘apa yang terjadi di Paris’. Dia ketika itu berada di lobi teater sedang menunggu rakannya untuk menonton “The Martian.” Seseorang menghampirinya lalu bertanya “Apa yang kamu lakukan di sini?” Saya menjawab, “Saya mahu menonton The Martian. Saya sedang menunggu rakan saya. Tiket kami ada padanya.” Pean menganggap mungkin lelaki tersebut bekerja di sana, atau hanya sekadar mahu berbual. Kemudian dengan suara yang semakin keras, Pean sekali lagi ditanya olehnya, “Apakah yang sebenarnya kamu sedang lakukan? Hentikan perbuatan kamu menghantar SMS! Anda tahu apa yang terjadi di Paris? Orang-orang seperti kamu lah berdiri dan sibuk mengirim SMS …perbuatan itu mencurigakan.” Kemudian dia menyuruhkan saya untuk membuka jaket dan menunjukkan apa yang ada di dalamnya. (15/11/2015)

11. Masjid Al-Salaam di Peterborough, Ontario, Kanada dibakar beberapa jam setelah anggota Perkumpulan Agama Islam Kawartha meraikan kelahiran seorang bayi yang baru lahir di masjid itu. Pelaku pembakaran telah merancang kejadian tersebut sehingga menyebabkan kerugian bernilai $ 80,000. Mujur tiada siapa yang mengalami kecederaan dan pihak polis sedang menyeasat kebakaran itu sebagai jenayah kerana kebencian. (14/11/2015)

12. Seorang muslimah yang sedang hamil diserang di sebuah jalan Mission Valley daerah San Diego, California. Seorang lelaki telah mengekorinya dan melakukan ancaman. Dia kemudian menyuruh muslimah tersebut berhenti dan menolak kereta tolak anaknya. Mangsa juga menyatakan bahawa lelaki yang sama pernah mengancamnya sebelum ini, dan dia melaporkan kepada pihak polis. Pengarah Eksekutif Council on American-Islamic Relations (CAIR) Hanif Mohebi mendedahkan bahawa ancaman terhadap kaum Muslimin setempat telah melonjak hingga 170 laporan pada tahun ini, 45 daripadanya kerana menerima surat berbau kebencian. (13/11/2015)

13. Rumah sekeluarga Muslim di Orlando, Florida telah ditembak. Pada pagi hari minggu yang lalu, keluarga Amir Elmasri, dan isterinya, Nehil, bersama anak-anak mereka kembali ke rumah. Namun, mereka menemui sebuah lubang peluru di garaj kereta. Peluru itu menembusi bilik tidur pasangan terbabit dan dijumpai di dalam almari. Ketika polis tiba, mereka menemui bukti terdapat tiga bekas tembakan di rumah itu. (15/11/2015)

14. Sebuah masjid di Omaha, Nebraska, AS telah dirosakkan. Para pengurus masjid melaporkan bahawa bangunan mereka telah menjadi sasaran puak pengacau terutamanya ketika hujung minggu. Kejadian ini adalah kejadian kali ketiga dalam masa empat bulan. Kali ini, seseorang telah menyembur cat membentuk rupa Menara Eiffel pada dinding luar masjid. Mohammed Rasheed, ketua Islamic Center, kemudian melaporkan kepada FBI dan pihak berkuasa tempatan. (14/11/2015)

15. Pintu bilik asrama seorang mahasiswa yang berasal dari Mesir di University of Connecticut telah diconteng. Mahmoud Hashem, seorang mahasiswa kejuruteraan awam dari Mesir pulang ke bilik asramanya dan mendapati seseorang telah menuliskan kata-kata “terbunuh di Paris” di pintunya. (13/11/2015)

16. Seseorang telah mengancam untuk meletupkan bom Masjid di Petersburg, Florida dan menembak anak-anak Muslim. Masjid yang terletak di Islamic Center Pinellas County itu telah menerima dua pesanan suara yang mengerikan. Dengan mengaitkan kejadian di Paris, seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Martin Schnitzler telah mengancam akan “mengebom” masjid dan “menembak siapa pun yang ada di dalamnya.” (13/11/2015)

17. Beberapa tetangga yag berdekatan telah mendengar tembakan beberapa kali pada jam 2.00 pagi di dalam Masjid Baitul Aman di Meridian, Connecticut, selepas serangan di Paris. Suspek tidak dikenali dan tiada sesiapa mengalami kecederaan berikutan masjid tersebut kosong ketika itu. Kelihatan bekas-bekas tembakan pada dinding dewan solat masjid tersebut. Pihak polis tempatan menyerahkan kes untuk disiasat oleh FBI. (14/11/2015)

18. Seorang pemanggil talian 911 di Norman, Oklahoma, AS berjanji untuk menembak muslim, tetapi dia sendiri telah ditembak oleh polis. Riedel ditembak oleh polis setelah disyaki menelefon 911 untuk memberitahu bahawa dia akan “mula menembak seseorang yang nampak seperti seorang muslim seperti apa yang mereka telah lakukan di Perancis.” Ketika pihak polis tiba di rumahnya, dia keluar membawa pistol, dan akhirnya dia ditembak kerana tidak akur kepada arahan polis supaya meletakkan senjata. Riedel kemudiannya dirawat di hospital, dan belum lagi didakwa secara rssmi. (14/11/2015)

Sumber: huffingtonpost
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment