Siapakah Yang Akan Menyelamatkan Ahmad Manasrah?!

Rejim Zionis yang biadap telah menakut-nakutkan seorang kanak-kanak Palestin, Ahmad Manasrah (13 tahun) menerusi soal siasat melampau yang mengakibatkan tekanan perasaan! Siapakah yang akan membela beliau dan kanak-kanak Palestin lain yang menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis?

Sumber berita: aljazeera.com


__________________________________________________

Paranoia Menyelubungi Negeri Yang di Jajah oleh Zionis kerana Mereka Juga Tidak Selamat Daripada Satu Sama Lain

Pada 7 November 2015, seorang askar Israel telah ditembak oleh askar Israel yang lain secara tidak sengaja di ‪‎Hebron‬. Paranoia menyelubungi negeri yang dijajah oleh Zionis itu kerana mereka juga tidak selamat daripada satu sama lain. Peristiwa ini memberikan kita gambaran tentang keadaan akal fikiran para tentera dan penduduk-penduduk haram yang telah menyerang para wanita, kanak-kanak dan kaum lelaki yang tidak bersalah yang keluar mencari rezeki di bawah kerajaan yang menindas tersebut. Masyarakat baru tersebut telah melancarkan kempen rawatan umum terhadap rakyat Palestin yang mana sebelum ini dilakukan secara rahsia. Akan tetapi jika dilihat daripada reaksi parti-parti politik yang berkuasa yang berpura-pura prihatin untuk kesejahteraan rakyat Palestin... Kita akan melihat bahawa mereka tidak peduli jika entiti haram Zionis melakukan jenayah secara terbuka di hadapan dunia ataupun secara tertutup, kerana pendirian mereka adalah tetap sama. Mereka akan menyokong pendudukan haram itu.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment