Umat Islam Bertanggungjawab Atas Kezaliman Yang Menimpa Saudara-Saudaranya Di Myanmar

Umat Islam Bertanggungjawab di Hadapan Allah SWT atas Berbagai Kezaliman yang Terus Menimpa Saudara-saudaranya di Myanmar


Tragedi demi tragedi memilukan terus menimpa umat Islam Rohingya yang “yatim”. Baru-baru ini, kelompok Buddha dan penguasa Myanmar kembali menunjukkan aksi terbaru mereka. Di saat rakyat Myanmar memberikan hak mengundi mereka dalam pilihanraya terakhir di Myanmar, malah umat Islam Rohingya pula dilarang menyertainya. Thein Sein, Perdana Menteri Myanmar, telah memutuskan untuk menarik hak mengundi sementara bagi umat Islam Rohingya, demi menghalang penyertaan mereka dalam pilihanraya. Keputusan itu dikeluarkan sejurus setelah demonstrasi menuntut pencabutan hak suara bagi umat Islam Rohingya.

Ratusan penganut Buddha melakukan demonstrasi di Yangon, memprotes perlaksanaan undang-undang terkait penduduk tidak tetap; iaitu “pemegang kad pengenalan penduduk putih” untuk terlibat dalam pilihanraya. Keputusan tersebut dikeluarkan sejurus tamatnya demonstrasi. Kad pengenalan penduduk putih itu sendiri diberikan pada tahun 2012 lalu oleh pemerintah dewan ketenteraan untuk membenarkan umat Islam Rohingya dan kaum minoriti yang lain untuk mengundi dalam pilihanraya. Ia merupakan semakan semula dasar, di mana sejak tahun 1982 kerajaan tentera telah mencabut hak kewarganegaraan umat Islam Rohingya dan menganggapnya sebagai pendatang Bangladesh.

Dasar yang mencabut hak mengundi secara tiba-tiba itu, merupakan lambang ketundukan kepada penganut Buddha. Shin Thomana, seorang sami yang terlibat dalam demontrasi mengatakan: “Pemegang kad pengenalan putih bukanlah warganegara, dan orang-orang yang bukan warganegara tidak berhak memberikan undi dalam pilihanraya, sungguhnya itu hanyalah tipu muslihat politik untuk meraih undi “.

Sebelum muncul isu pencabutan hak mengundi, parti Liga Nasional demokrasi, pimpinan Aung San Suu Kyi, pemenang Nobel Keamanan mengeluarkan nama-nama umat Islam daripada senarai daftar calon peserta pilihanraya dengan alasan tekanan yang datang dari sekelompok sami Buddha.

Selain penafian hak-hak politik umat Islam Rohingya, gerakan ekstrimis Buddha di Myanmar juga meminta pendukung Buddha di negara bahagian Arakan untuk memaksakan diri mereka berkuasa secara penuh di wilayah tersebut dalam rangka mencegah umat Islam mengambil alih wilayah tersebut.

“Nan Da Ba Tha”, pemimpin gerakan Nasional “Ma Ba Tha” mencela pihak penguasa kerana dianggap telah gagal menjaga Negara bahagian tersebut serta membiarkan kaum muslim mengambil alih wilayah tersebut, ia mengatakan bahawa “Warga Rakhine memerlukan pengaturan yang khusus, bukan pengaturan daripada kerajaan pusat.”

Wahai umat Islam, sesungguhnya tragedi yang menindas saudara-saudara kita di Myanmar tidak akan berakhir kecuali dalam dua keadaan berikut, di mana anda bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap kedua keadaan ini,

Pertama: Apabila impian ekstrimis Buddha terealisasi dan disokong oleh penguasa serta mereka yang dianggap sebagai tokoh keamanan seperti Aung San Suu Kyi yang begitu jelas persekongkolannya menentang umat Islam. Impian mereka tidak lain adalah dalam rangka pemusnahan dan pembersihan etnik muslim Rohingya secara besar-besaran. Keadaan ini tidak ada bezanya dengan kejadian pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Andalusia, Balkan, serta pulau-pulau Mediterranian. Tragedi itu telah menyebabkan kemusnahan sebahagian daripada umat Islam, pengusiran sebahagian lainnya, serta kehilangan semua tanda kewujudan Islam dan umat Islam di negara tersebut.

Untuk itu, ekstrimis Buddha dan kerajaan Myanmar telah melakukan berbagai tindakan keji dengan melakukan apa yang mungkin terlintas dalam benak mereka, seperti pembunuhan, pembakaran, pengusiran, perampasan hak kesihatan, pendidikan, melarang lelaki untuk bekerja, menghalang wanita untuk melahirkan anak, serta penafian hak-hak politik dan sebagainya. Semua ini berlaku dengan disaksikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), negara-negara demokrasi Barat, para penguasa negeri-negeri Islam, pihak media antarabangsa, pihak pembangkang demokratik Burma, serta badan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia yang membiarkan kezaliman tersebut. Adapun tuntutan PBB untuk memberikan hak mengundi kepada muslim Rohingya, hanyalah satu penipuan. Sejurus selepas perampasan hak mengundi tersebut dibuat, Ban Ki Moon mengatakan: “Saya sangat kecewa dengan perampasan hak politik atas kaum minoriti dalam hak ini.”, tak lebih dari itu.

Kedua: Pertolongan (nushroh) umat Islam buat muslim Rohingya, dalam kapasiti sebagai satu umat. Nushroh tersebut boleh dimulakan dengan bantuan ketenteraan umat Islam yang berdekatan dengan saudara-saudara kita di Myanmar. Iaitu tentera muslim di Bangladesh, Malaysia, Indonesia, seterusnya tentera-tentera yang terdekat sehingga yang lebih jauh. Solusi bagi keganasan Buddha ke atas umat Islam Rohingya hanyalah dengan penghantaran pasukan tentera, bukan hanya dengan membuktikan muslim Rohingya sebagai warganegara ataupun tidak. Ini kerana sudah lebih lima ratus tahun mereka telah pun wujud di sana. Inilah yang diakui oleh penguasa Myanmar, namun kemudian memungkirinya.

PBB juga telah meluluskan perkara ini, namun kemudiannya umat Islam tetap dikhianati. Kejadian ini sama dengan apa yang dilakukan terhadap saudara muslim kita di Bosnia dan Afrika Tengah sebelum ini. Solusinya juga bukanlah hanya sekadar menyelamatkan pelarian atau memberikan bantuan kepada mereka. Untuk melakukan perkara yang paling mudah itu pun pihak berkuasa muslim tidak mampu dan lalai. Penyelesaiannya adalah dengan cara membanteras kezaliman dan penindasan terhadap saudara-saudara kita di Myanmar iaitu dengan bantuan daripada tentera umat Islam.

Wahai para tentera muslim, wahai tentera Bangladesh, Indonesia, Malaysia, janganlah kamu menunggu sehingga para penguasa mengkhianati, mengarahkan dan menghantar kamu semua untuk menyelamatkan saudara-saudara kamu, tapi bergeraklah dengan jiwa kalian dan semangat kalian demi agama, aqidah dan tanggungjawab kalian terhadap saudara-saudara kalian, sebagaimana Nabi SAW bersabda:

“Seorang muslim itu bersaudara dengan muslim yang lain, tidak menzaliminya dan membiarkan saudaranya (dizalimi)” [HR Muslim].

Sesungguhnya, kami dari Hizbut Tahrir, mengajak semua umat Islam untuk terus berusaha bersungguh-sungguh dengan efektif, untuk membantu saudara-saudara kita di Myanmar dan di negeri-negeri muslim yang lain. Kami menyeru kalian untuk mengatasi kezaliman dan pembantaian ini dengan solusi yang tuntas iaitu dengan menegakkan Khilafah mengikut jalan kenabian, yang dipimpin oleh seorang khalifah, ketua umat Islam untuk menerapkan syariat Allah, lalu mereka dapat menyelesaikan urusan-urusannya, mendapat redha Allah, mengalahkan musuh-musuhnya, melindungi darah dan kehormatannya serta menyebarkan keadilan ke seluruh penjuru dunia.

Wahai saudara-saudara kami di Myanmar, bersabarlah sebagaimana kesabaran para Ulul ‘Azmi dari kalangan para Rasul, kerana dengan izin Allah SWT, pertolongan akan datang pada kalian. Janganlah berputus asa, kerana kalian adalah saudara kami. Dengan izin dan pertolongan-Nya juga, kami berjanji pada kalian, bahawa cahaya Khilafah rasyidah di atas manhaj kenabian yang akan mengembalikan kemuliaan kalian dalam waktu terdekat. Akhir kalam, kami katakan kepada kalian apa yang dikatakan Nabi Musa kepada kaumnya:

قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّهِ وَاصْبِرُوا إِنَّ الأرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

“Musa berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; Sesungguhnya bumi (ini) milik Allah; diwariskan-Nya kepada siapa saja yang Dia kehendaki dari
hamba-hamba-Nya. dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa” [TMQ Al-A’rof [7]: 128].

Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment