Amerika Syarikat Cuba Selamatkan Cinta Tiga Seginya Dengan Turki Dan Rusia

Peristiwa penembakan jatuh pesawat pengebom Rusia oleh Turki di sempadan Syria kini menjadi perbincangan hangat di peringkat antarabangsa. AS nampaknya resah dengan ketegangan yang wujud antara Turki dan Rusia sehingga memaksanya tidak boleh duduk diam.


AS, walaupun dilihat bermusuh dengan Rusia, tetapi setidaknya sekarang sedang menjalin hubungan dengan Rusia sebagai pasangannya dalam usaha membantai pejuang dan umat Islam di Syria. Rusia pula memang mempunyai kepentingannya sendiri di Syria dan izin serta kerjasama yang ditunjukkan oleh AS untuknya menyerang Syria merupakan satu peluang besar yang tidak boleh dilepaskan.

Manakala Erdogan yang merupakan ejen kesayangan AS perlu dijaga agar terus tunduk kepada AS yang merupakan tuannya. Ini kerana Turki mempunyai kekuatan yang jika terlepas ke tangan pemimpin yang beriman lagi bertakwa, AS akan pasti berada dalam masalah.

Justeru, AS agak tersepit dengan insiden penembakan jatuh pesawat Rusia oleh Turki yang boleh mencetuskan api peperangan di antara kedua negara jika tidak ditangani dengan betul. Jika ini berlaku, AS akan berhadapan dengan konflik yang sudah pasti merugikannya.

AS terpaksa mengerahkan sepenuh akal liciknya bagi menyelamatkan keadaan, agar kedua-dua pihak berjaya ditenangkan dan berpuas hati dengan keputusan yang dicapai. Satu-satunya jalan kompromi atau jalan keluar yang terpaksa dilakukan oleh AS ialah dengan menuding kepada “tentera Turki” dan bukannya “kerajaan Turki” pimpinan Erdogan, yang telah menembak jatuh pesawat Rusia tersebut dalam rangka menjaga sempadan atau keselamatan mereka.

Dengan begitu, hubungan Erdogan-Putin dapat dijaga kerana ternyata selama ini sudah berapa banyak pesawat Rusia melalui ruang udara Turki, namun dibiarkan sahaja oleh Erdogan dan hal ini diketahui oleh Putin. Tudingan kepada tentera sudah tentu dapat menyelamatkan hubungan Erdogan-Putin dan dalam masa yang sama, AS bukan sahaja berjaya mencapai “win-win situation” antara Turki-Rusia, tetapi sekali gus dapat menyelamatkan cinta tiga seginya dengan kedua-dua negara tersebut.

Dalam masa yang sama juga, AS berusaha mengalihkan isu agar kedua-dua pihak tidak terlalu fokuskan kepada insiden pengeboman tersebut. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam pertemuan terbaru antara Erdogan dan Obama di Paris, di mana presiden AS itu berkata, “Kami telah bincangkan bagaimana Turki dan Rusia dapat bekerjasama untuk mengurangkan ketegangan dan mencari satu jalan diplomatik untuk menyelesaikan isu terbabit”.

Obama seterusnya berkata, “Saya telah tekankan kepada Erdogan yang kumpulan militan Islamic State (IS) merupakan musuh yang perlu difokuskan oleh semua pihak”.

Inilah antara kelicikan AS dalam menyelamatkan hubungan cinta tiga seginya dengan Turki dan Rusia. Apa yang kita kesalkan ialah sikap Erdogan yang terus berbaik dan tunduk kepada AS dan juga kerjasama yang dijalinnya dengan Rusia, dua buah negara yang merupakan negara kafir harbi yang sedang memerangi dan membunuh umat Islam.

Inilah antara pengkhianatan pemimpin umat Islam yang berbaik dengan musuh, baik secara sembunyi mahupun terang-terangan. Apa pun, masa kekuasaan untuk memimpin seperti ini sudah tidak lama, kerana seorang Khalifah yang beriman lagi bertakwa akan muncul sedikit masa lagi.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment