Apabila Peranan ‪Ibu‬ Diperangi

Oleh: Kholida Naajiyah

Walaupun dipanggil hari ibu, tetapi arah perjuangan wanita yang dikehendaki sebenarnya bukan memperkukuh dan mengoptimumkan peranan strategik seorang ibu, sebaliknya mencabut peranan itu dari diri wanita.

Peranan ibu adalah sangat penting. Semua telah menyuarakannya. Terutamanya pada Hari Ibu setiap 22 Disember, semua seolah-olah berpaling pada ibu. Malangnya, peranan ibu kini dipotong setakat peranan biologi: mengandung dan melahirkan anak. Seterusnya, peranan ibu digantikan dengan material.

Ya, selepas anak-anak dilahirkan, tugas ibu dianggap selesai. Air susu ibu digantikan dengan air susu lembu. Pengasuhan dan pendidikan si anak tidak lagi di tangan ibu kandungnya. Di kalangan golongan elit, peranan pembantu rumah, pengasuh, seterusnya sekolah, komputer atau guru tuisyen mendominasi. Dalam kalangan masyarakat bawahan, anak-anak seolah-olah mencari hidup dan membesar sendirian. Sebahagian besar berada di jalan-jalan dengan guru mereka adalah pergaulan dengan persekitaran dan pengalaman suram.

Dari sisi lain, sosok ibu sendiri, kini sangat jauh dari gambaran yang ideal. Dalam pelbagai media massa banyak kita membaca bahawa ibu sampai hati membunuh anaknya, menganiaya, menjual bayinya, memangsakannya pada lelaki hidung belang, mempergunakan anak di tahap kemampuannya tanpa memberikan haknya secara patut, dll.

Ada pula ibu-ibu moden yang sibuk dengan dunianya sendiri: kerjaya, berjalan-jalan, membeli-belah dan bergaul dengan komunitinya. Ibu seperti ini lebih suka untuk menyibukkan diri dengan hal-hal yang mampu menyokong ekonomi keluarga atau sekadar pewujudan diri dan pengiktirafan masyarakat. Lagipun kononnya anak-anak sudah dipuaskan dengan keperluan material yang berlimpah-ruah.

Maka, di manakah peranan penting ibu untuk mencetak generasi emas peradaban? Bagaimana pula akan tercipta generasi yang bijak dalam mengharungi hidup, jika sosok ibu seperti ini? Adakah ini yang dimaksudkan dengan peringatan hari ibu yang setiap tahun mengharu birukan?

Salah Arah

Banyak negara menetapkan sambutan khusus Hari Ibu sebagai agenda perjuangan untuk mempertahankan dan melindungi hak dan nasib wanita. Di sinilah ironinya. Walaupun dipanggil hari ibu, tetapi arah perjuangan wanita yang dikehendaki sebenarnya bukan memperkukuh dan mengoptimumkan peranan strategik seorang ibu, sebaliknya mencabut peranan itu dari diri wanita.

Hal ini kerana adanya anggapan bahawa wanita mestilah setara dan sedarjat dalam segala perkara dengan lelaki Maka, beramai-ramai wanita dikeluarkan dari rumahnya untuk mengambil bahagian dalam pelbagai sektor awam. Bermula dari sektor ekonomi sehingga pentas politik.

Sehingga saat ini kita menyaksikan, peluang untuk wanita dan lelaki dalam segala bidang sudah tidak ada perbezaan. Sebaliknya, peranan keibuan yang tanpa ganjaran, semakin terhapus kerana kekurangan peminat. Wanita lebih terliur dek gaji dan prestij yang diperoleh di sektor awam. Maka di mana pengertian pentingnya peranan ibu? Ibu seperti apa yang dimaksudkan?

Kerenah Kapitalisme

Walaupun penglibatan wanita sudah tanpa halangan lagi hari ini, namun penggiat keadilan dan kesetaraan gender masih berminat untuk memperjuangkan hak-hak wanita. Peranan suri rumah yang mulia, sebagai pengatur rumah tangga dan pendidikan anak-anak terus dikritik habis-habisan. Wanita yang memilih untuk tinggal di rumah tak henti-henti diejek sebagai tidak berdaya.
Semua itu tidak lain adalah kerana racun pemahaman ideologi sekular-kapitalisme yang memusuhi peranan suri rumah. Ideologi rosak inilah pengarah di sebalik pemberontakan berjuta-juta kaum wanita di dunia akan peranan fitrahnya sebagai ibu.

Kapitalisme terus menerus mengobarkan perang terhadap peranan keibuan (motherhood) dan perwalian kaum lelaki. Sehubungan itu, wanita perlu berdikari, independen, jangan mahu berada di bawah ketiak lelaki. Menjadi suri rumah yang terpaksa ¨menjaga¨ rumah dan taat kepada suami dianggap penindasan, malah perhambaan.

Kapitalisme dengan wataknya yang rakus terhadap pencapaian keuntungan materialistik setinggi-tingginya, akhirnya meletakkan pekerjaan di atas fungsi keibuan. Tidak cukup dengan lelaki, wanita berpotensi di dunia ini digalakkan untuk menyumbang kepada pencapaian keuntungan ekonomi. Ini jelas merosakkan peranan penting wanita.

Melawan Fitrah

Kapitalisme telah menyerang fitrah wanita. Kapitalisme menghilangkan identiti sebenar wanita sebagai orang yang melahirkan anak, ibu, pengurus rumah tangga, dan pengasuh anak-anak, beralih kepada makna kejayaan wanita yang sentiasa dikaitkan dengan pekerjaan. Kerjaya mapan, jawatan bergaya dan berprestij, dengan imbalan gaji yang banyak adalah parameter wanita berjaya dan hebat.

Hal ini telah menyebabkan ramai wanita membenci sifat mereka sendiri sebagai ibu yang melahirkan anak dan ibu dari masyarakat. Kesan dari hal ini terhadap kehidupan wanita, anak, keluarga, dan masyarakat sungguh tidak terperikan.

Dalam kalangan wanita pekerja sebagai contoh, berkahwin dianggap menjejaskan kerjaya. Akhirnya usia untuk berkahwin terlambat atau malah tidak berkahwin sama sekali. Jika berkahwin sekalipun, mempunyai anak juga dianggap menjejaskan kerjaya, sehingga mereka enggan untuk melahirkan dalam jumlah yang ramai. Jika mahu sekalipun, paling ramai adalah 1-2 sahaja. Itupun, selepas anak itu lahir, pengasuhan dan pendidikannya dialhikan kepada pihak yang lain.

Selain itu, di bawah kapitalisme dan liberalisme, telah terjadi hakisan terhadap perwalian wanita. Dalam erti kata lain, berlaku perubahan dalam struktur keluarga, di mana wanita berbaris untuk menjadi ketua keluarga. Wanita juga dibebani dengan tugas sebagai pencari nafkah utama, tanpa dipelihara dan dinafkahi oleh saudara lelaki atau negara.

Akibatnya, para lelaki pun menjadi enggan untuk menangani krisis kewangan yang menimpa kaum wanita. Wanita menghadapi kekurangan jaminan kewangan dan diabaikan oleh negara. Oleh kerana itu, para wanita akhirnya merasa bahawa satu-satunya cara untuk jaminan kewangan adalah bekerja dan berdikari secara ekonomi. Padahal, semua itu bukan semata-mata atas kemahuan kaum wanita, tetapi kerana paksaan sistem.

Tanyalah para pekerja wanita, jika mahu bersikap jujur, sebahagian besar dari mereka pasti merasakan dilema dalaman, antara kerjaya dan keluarga. Jauh dalam lubuk hati mereka pasti lebih tenteram jika ada pihak yang menjamin bebanan kewangannya. Namun, sudah tentu mereka tidak menemuinya dalam sistem kapitalisme hari ini, yang sebenarnya memperhambakan mereka dalam kisaran roda perekonomian atas nama kemandirian ekonomi.

Padahal, ibu bukanlah orang yang perlu diperah keringatnya untuk menghasilkan pundi-pundi rupiah untuk keluarganya. Apatah lagi untuk menopang roda perekonomian bangsa, atau lebih jauh lagi, menyelamatkan krisis ekonomi dunia.

Peranan terbaik ibu adalah sosok domestik. Ianya tidak dapat dinafikan. Ia adalah tempat untuk anak berkongsi, bercerita dan mengadu apabila ditimpa masalah dan kegundahan. Tempat suami bersandar ketika keletihan mencari nafkah.

Bayangkan ketika semua itu tidak berjalan sebagaimana sepatutnya. Keluarga dan anak menjadi mangsa. Tidak terkira banyaknya keluarga yang mengalami musibah perceraian, keganasan rumah tangga, kecurangan, anak-anak yang terlibat dengan dadah dan perbuatan jenayah. Semua kembali kepada peranan ibu.

Kembalikan Kedudukan Ibu

Di tangan ibu terletak bangkit dan tidaknya sebuah bangsa. Di atas bahunya pula akan terancang bagaimanakah pemimpin masa hadapan bangsa ini. Adalah satu keperluan untuk mengembalikan kedudukan ibu pada tempatnya. Namun, cabaran terbesar adalah cabaran sistemik yang memaksa ramai ibu lari dari peranannya di rumah. Padahal sebenarnya, kaum wanita akan lebih bahagia menikmati hari-harinya di rumah, bersama suami dan anak tercinta, jika ada yang menjamin keperluan hidupnya. Dan, mekanisme itu hanya ada jika kapitalisme digulingkan dan digantikan dengan sistem Islam.

Sumber asal: Tabloid Media Umat
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment