Cendekiawan Amerika: Israel Dalang Utama Di Sebalik Peristiwa Serangan 11/9

Seorang cendekiawan dan wartawan Amerika di Wisconsin, Dr. Kevin Barrret, mengatakan rejim Zionis bukan hanya kekuatan utama di sebalik serangan 11/9, namun perisik Israel jugalah yang bekerja untuk Mossad – bukannya muslim Arab – yang merayakan terbakarnya Menara Berkembar New York pada tanggal 11 September 2001.


“Namun, sungguh malang apabila Donald Trump mengungkit kembali teori konspirasi lama tentang 11/9”, kata Anti-Defamation League (ADL- sebuah badan anti-fitnah pent.) dalam kenyataannya Ahad lalu. Trump telah memberitahu dalam sebuah wawancaranya bersama ABC News bahawa terdapat populasi masyarakat Arab di New Jersey yang bersorak ketika menonton insiden tersebut di kaca televisyen.

Ketika mengulas tentang perkara tersebut untuk Press TV, Dr. Barrett mengatakan bahawa kenyataan Anti-Defamation League itu adalah benar. Trump sebenarnya boleh dicabar dengan pelbagai fakta apabila sewenang-wenangnya menuduh orang-orang Arab meraikan kehancuran World Trade Center pada tanggal 11 September.

Melalui sebuah siaran televisyen, pihak Israel mengakui bahawa mereka ada di sana untuk mendokumentasikan peristiwa tersebut secara langsung. “Pasukan perisik Israel yang dipimpin oleh Sivan Kurzberg seperti yang dilaporkan oleh media-media utama di Israel telah mendedahkan bahawa mereka telah dikirim ke New York untuk mendokumentasikan peristiwa tersebut,” kata Dr. Barret.

Rupa-rupanya pihak Anti-Defamation League tidak mengetahui tentang hal itu kerana mereka mengatakan bahawa tindakan Trumps menyalahkan orang Arab dan ditokok tambah daripada versi yang mereka sebut sebagai “mitos” Israel telah merayakan kejayaan mereka di atas serangan 11/9.
Puak Yahudi berbohong tentang Peristiwa 11/9

“Anti-Defamation League berbohong ketika mereka menyebutnya sebagai “mitos”. Ini bukannya mitos. Laporan akhbar Yahudi The Forward dan media-media utama di Israel, termasuklah Fox News, telah membawakan siri penyiasatan oleh Carl Cameron, dan mengakui bahawa ini benar-benar telah terjadi. Ejen Mossad tertangkap ketika meraikan kejayaan menghancurkan World Trade Center pada tanggal 11 September 2001, ” simpul Dr Barrett.

Peristiwa 11 September 2001 yang juga dikenali sebagai serangan 11/9 adalah serangkaian serangan di AS yang mengorbankan hampir 3000 nyawa dan menyebabkan kerosakan pelbagai hartanah dan infrastruktur bernilai sekitar $ 10 billion.

Para pegawai AS mendakwa bahawa serangan itu telah dilakukan oleh 19 orang teroris al-Qaeda tetapi ramai pakar yang meragui tentang versi cerita yang rasmi.

Mereka percaya bahawa terdapat pihak tertentu dalam pemerintah AS, seperti bekas Wakil Presiden Dick Cheney, dan badan-badan penyiasatan asing yang telah mendalangi serangan 11/9 untuk mempercepatkan pelancaran siri peperangan AS serta memajukan agenda Zionis.

Dr Barrett dan para cendekiawan terkemuka lainnya berpendapat bahawa serangan 11/9 dilakukan melalui teknik “Pemusnahan yang dikawal” dengan menempatkan bahan peledak di dalam menara kembar itu sehingga menyebabkan struktur menara tersebut runtuh dalam beberapa saat.

Sumber : presstv.com
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment