China Mengeksploitasi Serangan Paris

China Mengeksploitasi Serangan Paris Sebagai Alasan Pembunuhan Kejam Mereka Ke Atas Wanita dan Kanak-kanak Islam Uighur.


Pada 20 November 2015, pihak berkuasa China mengakui mereka telah membunuh 28 orang yang disyaki terbabit dalam serangan ke atas sebuah lombong arang batu di wilayah sempadan barat Xinjiang pada bulan September. Mereka yang terbunuh merupakan penduduk Islam Uighur termasuk 4 wanita dan 3 kanak-kanak (Seorang budak perempuan 9 tahun, seorang budak berumur 6 tahun dan seorang budak lelaki berusia 1 tahun). Berita kematian mula tersebar beberapa hari sebelum pengakuan rasmi pihak berkuasa terhadap pembunuhan terbabit. Pihak berkuasa China memilih untuk mendedahkan secara terbuka berikutan serangan di Paris.

Kementerian Keselamatan Awam China merujuk kepada pembunuhan umat Islam Uighur, menyatakan di laman webnya bahawa ia adalah satu "kemenangan besar memerangi keganasan". Pemerintah Parti Komunis China meningkatkan propaganda kempen "anti-keganasan" terhadap umat Islam di Xinjiang berikutan serangan maut Jumaat lalu di Paris. China berbuat demikian dengan harapan serangan palsu mereka terhadap penduduk Islam Turkestan Timur sebagai memerangi keganasan, akan dapat dilihat sebagai sebahagian daripada kempen antarabangsa terhadap Islam dan umat Islam. Rejim itu memutuskan inilah masa yang sesuai, tanpa segan silu mendedahkan kezaliman mereka sendiri terhadap umat Islam Uighur, termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, di hadapan negara-negara yang bersatu melakukan perang terhadap Islam yang diketuai oleh AS.

Tidak diragukan lagi bahawa rejim kejam China mengeksploitasi serangan Paris untuk mewajarkan kempen keganasan mereka terhadap umat Islam Uighur, termasuk terhadap wanita Islam yang tidak bersalah dan kanak-kanak, untuk menyekat kebangkitan Islam di rantau ini. Sejak serangan ke atas Sogan Colliery Mine pada bulan September, pihak berkuasa China turut menahan sekitar 1000 orang hasil serbuan di wilayah Xinjiang yang majoritinya penduduk Islam. Semua ini adalah sebahagian daripada jenayah berterusan oleh kerajaan komunis China dalam usaha menghalang umat Islam Uighur dari bangkit menentang pemerintah yang dahagakan darah. Mereka berusaha supaya umat Islam meninggalkan aqidah dan amalan mereka sebagai seorang Islam. Beberapa tahun kebelakangan ini, beratus-ratus umat Islam Uighur telah dibunuh oleh rejim China dan penyokongnya. Kerajaan juga telah melaksanakan program zalim mereka iaitu memaksa wanita Islam Uighur menggugurkan kandungan mereka. Ini adalah tambahan kepada pelbagai dasar yang menyekat amalan Islam, termasuk menghalang orang Islam yang bekerja di pejabat daripada berpuasa di bulan Ramadhan; pengharaman pemakaian niqab di Urumqi, ibu kota Xinjiang; melarang wanita Islam yang memakai pakaian Islam daripada menaiki bas awam; dan juga menangkap wanita Islam yang memakai purdah.

Jelas bahawa China, Rusia dan Barat berjalan seiring melancarkan perang terhadap ideologi Islam dan orang-orang yang beriman yang ikhlas, bagi memelihara kepentingan mereka di dunia Islam.

Kami ingin bertanya kepada rejim zalim China - Apakah ancaman 'keganasan" yang dilakukan oleh 3 orang kanak kanak itu kepada negeri anda? Apa yang anda capai dengan menzalimi wanita Islam yang tidak bersalah dan kanak-kanak? Kami ingin beritau kepada anda bahawa pembunuhan anda terhadap umat Islam Uighur - tidak akan dapat disembunyikan dari pengetahuan dunia. Sebaliknya, kami akan mendedahkannya dengan meluas. Kami memberitahu kepada anda bahawa kembalinya Khilafah Rashidah atas Manhaj Kenabian pasti akan kembali dengan izin Allah, yang akan bertindak tegas terhadap mereka yang menindas orang Islam atau menumpahkan darah mereka.

وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَىَّ مُنقَلَبٍ۬ يَنقَلِبُونَ

".. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali." [TMQ as-Shuara (26): 227]

Wahai umat Islam! Wahai Para Penguasa! Kami menyeru kepada anda untuk meningkatkan usaha anda untuk mewujudkan semula Khilafah - Khilafah berdasarkan manhaj kenabian - yang semata-mata akan membebaskan umat Islam di Turkistan Timur daripada penindasan kejam penguasa mereka.

ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَأَغۡلِبَنَّ أَنَا۟ وَرُسُلِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ۬

"Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.“ [TMQ al-Mujadilah (8):21]

Bahagian Muslimah Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
Sabtu, 16 Safar 1437 Hijrah
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment