Dasar Khilafah Dalam Urusan Cukai

Oleh: KH Hafidz Abdurrahman

Istilah cukai, dalam fikih Islam, dikenali dengan dharîbah. Al-‘Allamah Syaikh Rawwas Qal’ah Jie menyebutnya dengan, “Apa yang ditetapkan sebagai kewajiban atas harta mahu pun orang di luar kewajiban syara’.” [Mu’jam Lughat al-Fuqaha’, hal. 256]. Sedangkan al-‘Allamah Syaikh ‘Abdul Qadim Zallum, mendefinisikannya dengan, “harta yang diwajibkan Allah kepada kaum muslimin untuk membiayai keperluan dan tabungan yang diwajibkan kepada mereka dalam keadaan ketika tidak ada harta di Baitul Mal kaum muslimin untuk membiayainya.” [al-Amwal fi Daulati al-Khilafah, hal. 129]

Tidak Tetap

Dalam Anggaran Pendapatan dan Belanjawan Negara Khilafah (APBN-K), sumber pendapatan tetap negara yang menjadi hak kaum Muslimin dan masuk ke Baitul Mal adalah: (1) Fai’ [Anfal, Ghanimah, Khumus]; (2) Jizyah; (3) Kharaj; (4) ‘Usyur; (5) Harta milik umum yang dilindungi negara; (6) Harta haram pejabat dan pegawai negara; (7) Khumus Rikaz dan bahan galian; (8) Harta orang yang tidak mempunyai ahli waris; (9) Harta orang murtad. Inilah pendapatan tetap negara. Sentiasa ada walaupun ketika tiada keperluan.

Berbeza pula dengan pendapatan tidak tetap. Pendapatan ini bersifat instrumental dan insidental (sementara). Bersifat instrumental, kerana Islam menetapkan kepada kaum muslimin sebagai fardhu kifayah untuk memikul kewajipan pembiayaan, ketika dana tidak ada di Baitul Mal. Oleh kerana itu, ianya menjadi instrumen untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara, yang dibebankan hanya kepada umat Islam. Juga disebut sebagai insidental, kerana tidak diambil secara tetap, bergantung keperluan yang dibenarkan oleh syara’ untuk mengambilnya.

Syara’ telah menetapkan sejumlah kewajipan dan tabungan yang mesti berjalan sama ada ketika ada atau tiada harta di Baitul Mal. Jika di Baitul Mal ada harta, maka dibiayai oleh Baitul Mal. Jika tidak ada, maka kewajiban tersebut berpindah ke bahu kaum muslimin. Sebab, jika tidak, maka akan menyebabkan terjadinya dharar bagi seluruh kaum muslimin. Dalam rangka untuk menghilangkan dharar ketika Baitul Mal tiada dana, maka Khilafah boleh menggunakan instrumen cukai. Namun, hanya bersifat insidental, sehinggalah kewajipan dan tabungan tersebut sudah boleh dibiayai, atau Baitul Mal mempunyai dana untuk memenuhinya.

Yang Wajib Dibiayai

Mengenai kewajipan dan tabungan yang wajib dibiayai, ketika ada atau tiada dana di Baitul Mal, adalah:

• Perbelanjaan jihad: Bermula daripada pembentukan pasukan yang kuat, program-program rekrutmen sehingga pada peringkat tertinggi, menyiapkan persenjataan yang terkini, baik dari segi kuantiti mahu pun kualiti, sehingga pada tahap yang membuatkan musuh menjadi takut, sehinggalah pasukan tersebut berupaya mengalahkan musuh kita, membebaskan wilayah kita, menghilangkan cengkaman kaum Kafir penjajah dari negeri kaum muslimin, serta mengemban dakwah Islam ke seluruh dunia. Dalam hal ini Allah berfirman: “Infiru khifaf[an] wa tsiqal[an]..” [Berangkatlah untuk berperang, baik dengan ringan mahu pun berat] [TMQ at-Taubah: 41]. Nabi SAW dalam keadaan sulit pun tetap mengerahkan Jaisy Usyrah ke Tabuk. Perbelanjaannya ditanggung bersama oleh kaum muslimin.

• Pembiayaan industri peperangan: Di dalamnya, termasuk industri dan kilang-kilang yang diperlukan, agar dapat menghasilkan alat utama sistem pertahanan yang diperlukan. Jihad memerlukan adanya pasukan tentera. Pasukan tersebut tidak dapat berperang, jika tidak ada alat utama sistem pertahanan yang canggih dan mencukupi. Untuk itu, diperlukan industri peperangan. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman: “Wa a’iddu lahum mastatha’tum min quwwat[in] wa min ribathi al-khaili turhibuna bihi ‘aduwwa-Llahi wa ‘aduwwakum, wa akharina min dunihim la ta’lamunahum, Allahu ya’lamuhum.” [Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya.] [TMQ al-Anfal: 60].

• Pengeluaran untuk fakir, miskin dan ibn sabil. Ini termasuk ashnaf zakat, tetapi jika di Baitul Mal, dana dari tabungan zakat tidak ada, maka kewajiban tersebut wajib dipikul oleh kaum muslimin melalui instrumen cukai dan bersifat insidental.

• Pengeluaran untuk gaji tentara, pegawai negara, hakim, guru, dan semua pihak yang memberikan khidmat kepada negara untuk menguruskan kemaslahatan kaum muslimin. Jika dana di Baitul Mal juga tidak ada, maka kewajiban tersebut berpindah ke bahu kaum muslimin, melalui instrumen cukai ini.

• Pembiayaan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, seperti jalan raya, sekolah, kampus, hospital, masjid, saluran air, dan sebagainya, jika semuanya ini merupakan sarana dan prasarana utama. Sebab, jika tidak ada, maka akan menyebabkan terjadinya dharar kepada kaum muslimin.

• Pembiayaan bagi mencegah, menghadapi dan mengatasi bencana alam, kemalangan dan sejenisnya. Jika di Baitul Mal tidak ada dana, dan kaum muslimin tidak bahu membahu dalam hal ini, maka akan menyebabkan terjadinya dharar. Maka, instrumen cukai boleh digunakan untuk membiayai mencegah, menghadapi dan mengatasi bencana alam, kemalangan dan sebagainya.

Inilah kewajipan dan tabungan yang wajib dibiayai oleh kaum muslimin, baik ketika ada mahu pun tidak ada dana di Baitul Mal. Maka, ini semua boleh dibiayai melalui instrumen cukai yang bersifat insidental.

Kewajipan cukai

Walaupun beban tersebut menjadi kewajipan kaum muslimin, tetapi tidak semua kaum muslimin wajib membayar cukai, apatah lagi non-muslim. Cukai hanya diambil daripada kaum muslimin yang mampu. Ianya diambil dari lebihan, setelah dipenuhi keperluan asas dan sekundernya yang berpatutan (ma’ruf), bersesuaian dengan taraf hidup mereka di wilayah tersebut. Oleh kerana itu, jika ada kaum muslimin yang mempunyai lebihan tersebut, maka dia wajib membayar cukai. Malah cukai juga menjadi wajib diambil daripadanya. Tetapi, jika dia tidak mempunyai lebihan, maka tidak menjadi wajib ke atasnya cukai, dan cukai tidak akan diambil daripadanya.

Bagaimanakah cara pengiraannya? Pertama, pendapatannya mesti digunakan untuk perbelanjaan keperluan asas dan sekunder peribadinya. Kedua, digunakan untuk perbelanjaan keperluan asas dan sekunder isteri dan anaknya. Ketiga, jika mempunyai orang tua, saudara, mahram yang menjadi tanggungannya, maka digunakan untuk membiayai keperluan asas dan sekunder mereka. Setelah ditolak semuanya tadi dan masih ada lebihan, maka dia menjadi wajib membayar cukai, dan cukai pun wajib diambil daripadanya. Dalam hal ini, Nabi SAW bersabda, “Ibda’ bi nafsika fatashaddaqa ‘alaiha, fa in fudhula syai’[un] fa li ahlika.” (Mulailah dari dirimu, maka biayailah. Jika ada lebihan, maka itu untuk keluargamu) [HR Muslim dari Jabir]

Oleh kerana itu, cukai di dalam Islam bukan untuk merencatkan pertumbuhan ekonomi, bukan menghalangi orang menjadi kaya, atau menambah pendapatan negara, kecuali diambil semata-mata untuk membiayai keperluan yang ditetapkan oleh syara’. Negara Khilafah juga tidak akan menetapkan cukai tidak langsung, cukai barang mewah, cukai hiburan, cukai jual-beli, dan pelbagai macam cukai yang lain.

Selain itu, Khilafah juga tidak akan menetapkan sebarang bayaran dalam semua urusan pelayanan rakyat, seperti kesihatan, pendidikan, dan keamanan. Semuanya diberikan dengan percuma dan terbaik kerana ianya sudah menjadi kewajipan negara kepada rakyatnya.

Bandingkan dengan negara “dracula” saat ini, yang menghisap “darah” rakyatnya hingga ke titisan darah yang terakhir.

Sumber: Tabloid Mediaumat Edisi 164
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment