Kenapa Syria Sangat Penting?


Oleh: Muhammad Ubaid

Pada tarikh 3 Disember, parlimen Britain memungut sokongan terkait keinginannya untuk memperluaskan serangan udara Britain dari Iraq ke Syria (1) Serangan Paris dan potensi ancaman keganasan ke Negara Britain digunakan sebagai alasan utama. Dalam waktu beberapa jam “badai Britain” mulai menyerang sasaran dan kilang minyak di Syria. Parlimen Jerman juga turut bersetuju terhadap serangan udara ke atas Syria pada Jumaat 4 Disember lalu. (2) Dengan kekuatan Negara-negara dunia dan kekuatan kawasan serantau yang sekarang terlibat di Syria, sesiapapun akan ‘dimaafkan’ jika berfikir bahawa Perang Dunia Ketiga sedang berlangsung di sana. Hal ini akan membuatkan kita tertanya-tanya, apa pentingnya Syria sehingga menjadi ‘magnet’ kekuatan dunia untuk terlibat di dalamnya?

Sepanjang sejarah, Syria merupakan sebahagian dari tanah Syam dan secara konsisten memainkan peranan penting sejak abad pertengahan hingga ke hari ini. Bagi Bizantium, wilayah Syam membentuk kawasan sekitarnya iaitu Konstantinopel menjadi ibu kota politik dan menjadi gerbang masuk ke negeri-negeri lain. Syam juga menjadi tempat di mana dunia Islam bertemu dengan dunia Kristian.

Pertemuan kunci dengan Kekuasaan Bizantium terjadi di tanah Syam. Perang Salib, yang mendefinisikan hubungan Muslim-Kristian selama berabad-abad juga memandang Syam sebagai wilayah penting dan salah satu wilayah yang harus diduduki kerana tanah tersebut adalah pintu masuk ke wilayah Kekhilafahan lainnya (3) Bagi kaum Muslim, tanah Syam mendapatkan penghormatan signifikan kerana disebut sebagai tanah yang diberkati dalam kitab kaum Muslimin iaitu Al-Quran. Oleh kerana itu, peristiwa yang terjadi di wilayah ini memberi kesan yang mendalam pada umat Islam di seluruh dunia.

“Kami mengetahui bahawa mereka yang memiliki rancangan jahat untuk Syria dan mereka juga yang menginginkan supaya usaha untuk menegakkan Khilafah Islam di Syria terhenti, Jadi yang kami lakukan sekarang adalah melindungi Jordan, Lebanon dan Turki” – Walid Al-Muallim, Menteri Luar Negara Syria.

Perancis dan Britain adalah Negara yang telah mencipta batas-batas Negara di Timur Tengah dalam perjanjian Sykes-Picot dalam Perang Dunia pertama. Syria dikuasai oleh Perancis dan dibentuk berdasarkan sentiment sektorian agar rakyat terpecah-belah supaya Perancis dapat mempertahankan cengkaman kekuasaannya. Perancis sangat didukung oleh kaum minority di Syria, berbanding kaum Muslim yang berjumlah 78% dari jumlah keseluruhan populasi penduduk di Syria.

Kaum Nusayris diberikan kekuasaan setelah hidup selama berabad-abad secara rahsia di pergunungan Latakia. Bahkan Perancis telah mengubah nama mereka menjadi “Al-Alawis” untuk memberikan mereka pengesahan bahawa mereka adalah keturunan Imam Ali ra yang merupakan Khalifah keempat, sepupu nabi dan salah seorang pemeluk Islam yang pertama.

Hal ini membolehkan kaum Alawis untuk bergabung dalam ketenteraan, polis dan lembaga perisikan. Dominasi ini melahirkan rampasan kuasa pada 1963 ketika parti sosialis Ba’ath yang didominasi oleh kaum Alawis merampas kekuasaan. Walaupun Syria memiliki 78% populasi Muslim, tetapi kaum kaum minoriti Alawis yang mengisi tampuk pemerintahan. Teori Alawis tentang hubungannya dengan ajaran Syiah membuatkan Iran dan Syria bekerjasama untuk memperluaskan pengaruh mereka di wilayah itu. Istilah Sabit Syiah (merujuk pada wilayah Iran-Syria yang membentuk sabit di Timur Tengah, pentj) pun muncul dan berterusan di wilayah tersebut.

Dengan banyaknya negeri Arab Spring yang kembali pada sistem sebelum terjadinya Arab Spring atau dirosak dengan perang saudara, ramai yang menganggap bahawa revolusi Syria berbeza dengan revolusi di negeri Arab Spring lainnya. Tidak seperti Mesir dan Tunisia yang menganggap bahawa pemimpin mereka adalah masalah utamanya, rakyat Syria menganggap rejim dan sistem adalah masalah fundamentalnya. Inilah sebab penyelesaian yang ditawarkan seperti negosiasi-negosiasi dengan pakatan antara Nasional Syria dan Bashar Al-Asad gagal. Pejuang Syria terus berjuang dan menyeru supaya rejim dan sistem pemerintahan ditukar. Hal ini memberikan masalah kepada Negara Barat kerana rejim di Damaskus telah menjadi penjamin kekuasaan bagi mereka.

Hal ini menjelaskan mengapa Rusia secara terbuka mendukung rejim di Damaskus dan Amerika Syarikat, yang mendiamkan hal itu justeru memberikan dukungan kepada rejim tersebut. Menteri Luar negeri Rusia, Sergei Lavrov memberi kepastian tentang apa yang terjadi di Syria : “Ini berbahaya. Mereka ingin menegakkan Khilafah dari Portugal sampai Pakistan dan seluruh wilayah di antaranya.” (6) Ketakutan ini membuat hasil (perang) di Syira menjadi sangat penting.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment