Kerajaan Perancis Akan Menutup 100 Hingga 160 Masjid Di bawah Undang-Undang Darurat


Menutup masjid di Perancis yang dikatakan oleh pihak berkuasa membangkitkan ekstrimisme tidak akan menghalang orang ramai untuk menjadi ‘radikal’ dan boleh meningkatkan rasa keterasingan di kalangan umat Islam minoriti, kata kumpulan hak asasi dan para aktivis.

Sekurang-kurangnya tiga buah masjid telah ditutup di bawah Undang-undang Darurat kerajaan Perancis, yang dilanjutkan yang membolehkan pihak berkuasa untuk menutup tempat-tempat ibadat yang menunjukkan “corak radikal”.

Seorang Imam Perancis berkata bahawa antara 100 hingga 160 masjid mungkin akan ditutup sebagai sebahagian daripada kempen keselamatan.

“Pakar-pakar telah membuktikan bahawa teroris tidak datang daripada masyarakat yang teratur,” kata Samia Hathroubi, seorang aktivis hak asasi manusia Perancis-Tunisia, kepada Al Jazeera.

Tambahnya, apa yang dinyatakan oleh Presiden Prancis Francois Hollande untuk meyakinkan umat Islam bahwa mereka tidak sedang “diasingkan”, dan realiti yang berlaku di di lapangan dengan serbuan di bawah Undang-undang Darurat adalah sangat bercanggah di mana “sebahagian besar masjid dan aktivis komuniti umat Islam menjadi sasaran”.

“Saya bimbang dan benar-benar terkejut dengan keputusan yang diambil oleh pihak eksekutif untuk menangani terorisme,” katanya.

“Saya rasa kami perlu sangat berhati-hati di Perancis kerana hak-hak awam dan kebebasan kita diancam oleh keadaan darurat.”

“Sudah tentu masing-masing dan setiap seorang daripada kita merasa dalam bahaya dan tidak selamat,” kata Hathroubi. “Para aktivis marah terhadap apa yang kita lihat sebagai serangan ke atas hak-hak dan kebebasan awam. Kita tahu bahawa kita akan menjadi sasaran pertama Undang-undang Darurat ini, dan kami telah terbukti betul.”

Sejak November, Perancis telah menyerbu 2235 rumah dan bangunan, menahan 232 orang dan merampas 334 senjata, 34 daripada mereka kelas perang, Menteri Dalam Negeri Bernard Cazeneuve, Rabu.

“Jika anda mendengar hakim kes anti-keganasan, mereka akan mengatakan bahawa tindakan radikal berlaku di luar masjid, di penjara-penjara atau bulatan rahsia atau melalui internet,” kata Yasser Louati dari Persatuan Melawan Islamofobia.

“Masjid-masjid yang telah ditutup itu telah beroperasi selama beberapa tahun. Mengapa menutup masjid hari ini? Radikal? Kami tidak mempunyai petunjuk yang jelas apa yang dimaksudkan dengan radikal.”

Tambah beliau, keputusan yang dibuat untuk menutup masjid adalah “sewenang-wenangnya”.
Terdapat antara 5.5 juta hingga 6.2 juta penduduk Perancis adalah muslim atau kira-kira 7.6 peratus daripada jumlah penduduk.

“Ahli-ahli politik telah sebelum ini mengadu tentang orang-orang yang beribadat di jalan-jalan. Di mana orang akan beribadat sekarang?” kata Louati.

Umat Islam Perancis mengatasi ancaman ISIL selepas serangan Paris

Dalam beberapa minggu pertama Undang-undang Darurat, polis menggunakan kekerasan yang tidak perlu dengan mensasarkan serangan dan serbuan terhadap ‘rumah, perniagaan dan tempat-tempat pertemuan umat Islam‘, katanya.

Louati, yang mencatat kesalahan Islamofobia berkata, baru-baru ini seorang wanita yang sedang mengandung mengalami keguguran akibat tekanan dan perlu diinduksi selepas polis menyerbu rumahnya di Val d’Oise.

“Dengan kekejaman ini, kita sedang menjahit benih-benih radikal dalam tempoh 20 tahun akan datang,” katanya. “Kesannya boleh lebih jauh daripada penghinaan, keterasingan dan kebencian terhadap kerajaan.”

Sumber: aljazeera.com
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment