Mesej Hari Kanak-Kanak Universal Oleh UN Adalah Biadap !

Berita:
Dalam mesejnya sempena Hari Kanak-Kanak Universal, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon menekankan kepentingan memastikan komitmen yang dibuat oleh komuniti antarabangsa kepada kanak-kanak di dunia, dilanjutkan kepada sekumpulan kanak-kanak yang sering dilupakan atau diabaikan - iaitu mereka yang telah dirampas kebebasan mereka.


"Terlalu ramai kanak-kanak telah merana dalam penjara, sama ada di pusat kesihatan mental atau melalui lain-lain bentuk tahanan," katanya. "Sesetengah kanak-kanak mudah diserang kerana mereka adalah pendatang, pencari suaka, kehilangan tempat tinggal atau menjadi mangsa oleh penjenayah terancang. Apa jua keadaannya, Konvensyen menetapkan bahawa kehilangan hak kebebasan perlu menjadi langkah terakhir, dan untuk masa yang singkat."

Dia seterusnya berkata bahawa matlamat komuniti global "mestilah untuk mengejar kepentingan terbaik kanak-kanak, mencegah kehilangan hak kebebasan dan menggalakkan alternatif kepada para tahanan." (Sumber: un.org)

Ulasan:
Adakah mengatakan satu perkataan yang benar sama dengan niat untuk melakukan perbuatan yang benar? Atau mungkin untuk merumuskan: Adakah bercakap tentang hakikat bahawa terdapat kanak-kanak yang "merana melalui pelbagai bentuk tahanan" atau "kelemahan" mereka kerana peperangan, penghijrahan atau jenayah terancang, sama dengan memperakui alasan-alasan atas ketidakadilan dan penindasan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu? Atau lebih-lebih lagi, ia adalah satu janji untuk menghapuskan alasan-alasan ini dan mengangkat penindasan ke atas kanak-kanak?

Pada hakikatnya, jawapannya adalah TIDAK! Ia adalah kebiadapan, bahkan ia perlu dinilai sebagai PEMBOHONGAN!

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ

"Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan." [TMQ Al-Baqarah (2): 11].

Kanak-kanak di wilayah Palestin yang terjajah hidup di bawah undang-undang militer Zionis dan didakwa di mahkamah tentera sejak dari raksasa Zionis tersebut menceroboh tanah Islam yang diberkati ini. Sejak tahun 2000, sekurang-kurangnya 8,000 orang kanak-kanak Palestin telah ditangkap dan didakwa dalam sistem tahanan tentera Yahudi, yang terkenal dengan layanan buruk yang sistematik dan penyeksaan terhadap kanak-kanak Palestin. Sekitar 500-700 orang kanak-kanak Palestin yang ditangkap, ditahan dan didakwa dalam sistem mahkamah tentera ini setiap tahun - termasuk kanak-kanak seawal usia lima tahun. Pada akhir bulan Ogos 2015, 156 orang kanak-kanak Palestin telah ditahan di penjara negara Yahudi sebagai tahanan keselamatan dan banduan. Bahkan selain itu, terdapat 13 orang lagi penduduk Palestin bawah umur yang telah ditahan di pusat perkhidmatan Penjara "Israel" kerana telah berada di dalam "Israel" secara haram. IPS menganggap anak-anak di bawah umur ini - kedua-dua tahanan dan banduan - sebagai pesalah jenayah.

Majoriti tahanan kanak-kanak Palestin didakwa dengan kesalahan membaling batu, dan tiga daripada empat mengalami keganasan fizikal, termasuklah penderaan seksual dan rogol, semasa proses penangkapan, pemindahan atau sesi soal siasat.

Selepas menjatuhkan hukuman, hampir 60% daripada tahanan kanak-kanak Palestin dipindahkan dari wilayah yang dijajah ke penjara-penjara di dalam 'Israel'. Hal ini melanggar Konvensyen Geneva Keempat. Akibat praktikal daripada peristiwa ini adalah ramai dalam kalangan mereka telah menerima sama ada kunjungan terhad atau tiada keluarga langsung, ini kerana sekatan pergerakan dan masa yang lama masa telah diambil untuk mengeluarkan permit melawat penjara. Dan kami belum sebutkan di sini bilangan kanak-kanak yang telah dibunuh oleh tentera Zionis tanpa apa-apa alasan.

Kita sebagai umat Islam tidak mengharapkan komuniti global untuk melaksanakan apa-apa langkah demi kepentingan kanak-kanak Islam. Ini kerana kita tahu bahawa komuniti globa-kapitalis inilah yang telah membantu menanam raksasa Zionis ini di tanah-tanah kami yang diberkati. Kami tidak berharap daripada PBB, mahupun daripada sistem kufur yang lain, negeri atau kuasa, untuk mengubah apa-apa dalam kesejahteraan generasi kami yang kini atau masa depan.

Sejurus selepas membasmi kewujudan negara-negara kapitalis dan penindasan penjajah dari tanah-tanah kami; melanjutkan "kepentingan terbaik untuk kanak-kanak, mencegah daripada kehilangan hak kebebasan" dan memastikan kehidupan yang aman dan bermaruah untuk anak-anak kami, bukan sahaja di Palestin, tetapi di Syria, Afghanistan, Iraq, kanak-kanak Rohingya di Myanmar, di negara-negara di seluruh Afrika dan di seluruh dunia, akan menjadi keutamaan yang paling tinggi bagi Khilafah Rashidah.

Tetapi kami menjangkakan... tidak, kami menggesa! Masyarakat Islam global untuk bangkit dan bersatu di bawah Khilafah Rashidah yang berdiri di atas jalan kenabian, yang merupakan satu-satunya institusi tunggal yang mampu untuk mencabut entiti Zionis ini dan untuk membinasakan semua tali-tali sokongan entiti kapitalis kepadanya dan yang menentang Umat Islam.

وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْ‌ۚ 

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai..." [TMQ Ali Imran (3):103].

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh Zehra Malik
13 Safar 1437
25 November 2015
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment