PBB Terus Gagal Melindungi Wanita Dan Kanak-Kanak

PBB Terus Gagal Melindungi Wanita dan Kanak-kanak di Republik Afrika Tengah (‎CAR) daripada Gangguan Seksual dan Keganasan


Kenyataan yang dikeluarkan pada hari Khamis (17/12/15) hasil daripada penyelidikan bebas berkenaan PBB dalam merespon kes gangguan seksual adalah sangat "cacat".
PBB dikatakan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya selepas mengetahui tentang gangguan ke atas kanak-kanak lelaki oleh tentera Perancis. "Hasilnya adalah kegagalan institusi yang menjijikkan untuk bertindak-balas ke atas tuduhan dalam cara yang bermakna," tegas laporan yang bertajuk, 'Mengambil Tindakan Terhadap Eksploitasi Seksual dan Gangguan oleh Penjaga Keamanan'. (Sumber: Aljazeera.com)

Ini menunjukkan PBB benar-benar gagal dalam melindungi wanita dan kanak-kanak Muslim di
Republik Afrika Tengah (CAR) daripada keganasan dan gangguan seksual, baik dari pasukan Sangaris Perancis yang dikenali sebagai "Pasukan Perdamaian" itu ataupun daripada para militan jenayah anti-Balaka. Sebagai respon terhadap laporan yang dikeluarkan akhbar The Guardian mengenai pemerkosaan yang dilakukan oleh Pasukan Perdamaian PBB dari Perancis ke atas 10-12 orang kanak-kanak bawah umur yang miskin di Afrika Tengah antara Disember 2013 dan Jun 2014, satu laporan baru bertajuk 'Mengambil Tindakan Terhadap Eksploitasi Seksual dan Gangguan oleh Penjaga Perdamaian', mengutuk kegagalan PBB dalam menangani kes tersebut.

Kejahatan yang tidak berperikemanusiaan di Afrika Tengah ini bukan yang pertama, sebelum ini telah berlaku pembantaian yang tidak berhati perut terhadap umat Islam di Srebrenica-Bosnia, yang berlaku di depan mata dan kepala para "Pasukan Perdamaian" milik PBB sendiri.
PBB dan negara-negara besar yang mengendalikannya hendaklah ditolak.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Ma'idah: 51)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment