Pengakuan Bekas Tentera Amerika Michael Prysner

ORIENTAL REVIEW telah menerbitkan semula kata-kata daripada salah satu pidato anti-perang paling kuat yang disampaikan oleh bekas Koperal Angkatan Darat Amerika Syarikat di Iraq, Michael Prysner pada tahun 2008 di Winter Soldier, Maryland. Hal tersebut masih relevan sehingga sekarang.

“Saya berusaha keras untuk menbanggakan pengabdian saya, tapi yang saya boleh rasakan hanyalah rasa malu. Rasisme (Perkauman) tidak boleh menutup realiti penjajahan. Mereka adalah orang, mereka adalah manusia. Saya sudah mula dibelenggu oleh perasaan bersalah, setiap kali saya melihat seorang lelaki tua yang tidak berdaya untuk berjalan, saya membayangkan seseorang yang kami bawa seperti sampah dan kami katakan kepada Polis Iraq untuk membawanya pergi. Saya rasa bersalah setiap kali melihat seorang ibu bersama anak-anaknya kerana saya membayangkan sebuah keluarga yang telah menangis dan berteriak bahawa kami lebih buruk dari Saddam kerana kami memaksa mereka keluar dari rumah mereka sendiri. Saya rasa bersalah setiap kali melihat seorang gadis muda, kerana saya membayangkan seseorang yang telah saya tarik tangannya lalu mengheretnya ke jalan.

‘Teroris yang sebenar adalah saya’, Terorisme yang Sesungguhnya Adalah Penjajahan.

Kami semua diberitahu bahawa kami sedang memerangi teroris (pengganas).. tetapi teroris yang sebenar adalah saya, dan terorisme yang sebenar adalah penjajahan ini. Rasisme dalam ketenteraan telah menjadi alat penting untuk membenarkan kerosakan dan penjajahan ke atas negara lain, dan telah lama digunakan untuk membenarkan pembunuhan, penaklukan dan penyeksaan terhadap orang lain. Rasisme adalah senjata penting yang digunakan oleh pemerintah ini. Ini adalah senjata yang lebih penting daripada senapang, bom ataupun kapal perang. Rasisme lebih hebat kesannya daripada meriam, atau bom yang menembusi kubu.

Semua senjata itu diciptakan dan dimiliki oleh pemerintah ini. Mereka sebenarnya adalah orang-orang yang pengecut tanpa orang-orang yang bersedia memakai senjata itu. Mereka yang mengirim kami ke medan perang. Mereka tidak perlu berperang di medan perang, mereka hanya perlu menjual perang. Mereka memerlukan orang-orang yang bersedia mengirimkan tentera mereka dengan cara yang berbahaya. Mereka memerlukan tentera yang bersedia membunuh dan dibunuh, tanpa perlu bertanya.

Bom itu hanya menjadi senjata ketika pihak tentera bersedia mengikut perintah untuk menggunakannya. Mereka mampu mengirimkan setiap prajurit ke mana sahaja di dunia ini, tetapi hanya jika ada perang, jika tentera bersedia berperang.. Dan kelompok penguasa yang akan mendapat keuntungan daripada penderitaan manusia. Mereka hanya peduli tentang kekayaan mereka, dengan mengendalikan ekonomi dunia.

Fahamilah bahawa kekuasaan mereka hanya terletak pada kemampuan mereka untuk meyakinkan bahawa perang, penindasan dan eksploitasi ini adalah demi kepentingan kita. Mereka memahami bahawa kekayaan mereka bergantung pada kemampuan mereka untuk meyakinkan para pekerja supaya sanggup mati untuk mengawal ekonomi negara lain dan meyakinkan kita untuk membunuh dan mati. Semua itu berdasarkan pada kemampuan mereka untuk membuat kita menganggap bahawa kita adalah yang paling unggul.

Para tentera, nelayan, juruterbang tidak mendapat keuntungan dari penjajahan ini. Sebahagian besar orang yang tinggal di Amerika Syarikat tidak mendapat keuntungan dari penjajahan ini. Bahkan, bukan hanya tidak memperoleh keuntungan, tetapi kita menjadi lebih menderita kerana hal ini. Kita kehilangan anggota badan, bertahan hidup dengan menderita trauma dan memberikan nyawa kita. Keluarga kita perlu menyaksikan peti-peti yang berbungkus dengan bendera Amerika yang dimasukkan ke dalam tanah.


Jutaan orang di negara ini hidup tanpa mendapat rawatan kesihatan, pekerjaan, atau akses untuk mendapatkan pendidikan, dan telah menyaksikan bahawa pemerintah ini telah menggembar-gemburkan bahawa lebih dari EMPAT RATUS LIMA PULUH JUTA DOLAR SEHARI UNTUK PENJAJAHAN INI (IRAQ).

Orang-orang miskin dan para pekerja di negeri ini dihantar untuk membunuh orang-orang miskin dan para pekerja di negara lain, untuk membuat orang-orang kaya menjadi lebih kaya. Dan tanpa rasisme, tentera akan menyedari bahawa mereka memiliki lebih banyak persamaan dengan rakyat Iraq, daripada yang mereka lakukan bersama para jutawan yang menghantar kita ke medan perang.

Saya mencampakkan banyak keluarga ke jalan-jalan di Iraq, dan itu saya lakukan hanya untuk pulang, dan menemukan banyak keluarga yang dilemparkan ke jalan-jalan di negeri ini, dan itu adalah hal yang tragis dan krisis yang sepatutnya tidak terjadi.

Kita harus bangun dan sedar bahawa musuh kita yang sebenar bukan di negeri yang jauh, mereka bukanlah orang-orang yang namanya kita tidak tahu dan budayanya kita tidak faham. Musuh kita adalah orang-orang yang sangat kita kenal dan orang-orang yang kita dapat kenali. Musuh kita adalah sebuah sistem yang membiayai perang ketika hal itu menguntungkan. Musuh kita adalah para CEO yang memecat kita dari pekerjaan ketika hal itu menguntungkan, musuh kita adalah perusahaan-perusahaan insurans yang menolak kita untuk mendapatkan rawatan kesihatan ketika hal itu menguntungkan, musuh kita adalah bank-bank yang menyita rumah-rumah kita ketika hal itu menguntungkan.

Musuh kita bukanlah orang-orang yang tinggalnya lima ribu kilometer jauhnya dari sini, mereka ada di sini, di rumah kita sendiri. Bila kita boleh mengatur dan meyakinkan saudara-saudara kita, kita dapat menghentikan perang ini, kita dapat menghentikan pemerintah ini dan kita dapat menciptakan dunia yang lebih baik."

Sumber : orientalreview
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment