Pengganas Sebenar Berselindung Disebalik Slogan Anti-Pengganas

Berita

Pada 7 Disember 2015, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketika agama Islam menjadi sasaran pihak-pihak tidak bertanggungjawab, umat Islam di seluruh dunia perlu bangkit menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang aman, adil dan inklusif. Dalam hubungan ini, Perdana Menteri meminta negara-negara Islam anggota ASEAN supaya memainkan peranan dan tanggungjawab untuk memperluaskan mesej tentang Islam yang sebenar. “Dengan seramai 240 juta umat Islam di negara-negara ASEAN, kita sebagai ummah di Asia Tenggara perlu bersatu dan bersuara kepada seluruh dunia bahawa Islam itu adalah sederhana dan bertoleransi serta merupakan agama warisan,” katanya pada majlis perasmian AMF di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Malaysia juga akan menghantar pakar ke Australia pada Februari tahun depan bagi membantu negara itu dalam menangani ancaman keganasan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pakar berkenaan terdiri daripada polis, pegawai daripada Jabatan Penjara, pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pensyarah universiti. "Selain itu, kita juga akan berkongsi maklumat risikan dan berharap Latihan Untuk Pelatih (TOT) ini akan membantu menyelesaikan masalah ini di kedua-dua negara," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Perundangan dan Menteri Penasihat Perdana Menteri Australia bagi Menangani Keganasan, Michael Keenan, di Perdana Putra.

Komen

Sejak siri serangan di Paris, umat Islam tidak habis-habis dikecam sebagai pengganas dunia. Bahkan, seluruh Negara umat Islam juga turut terikut-ikut untuk mengecam ‘pengganas muslim’. Walaupun tanpa bukti yang sahih umat Islam dituduh sebagai dalang serangan di Perancis. Para pemimpin umat Islam pula hanya tunduk akur dengan label yang dilontarkan ke atas umat Islam tanpa seorangpun yang berdiri membela dan menyatakan kebenaran. Kejadian berdarah seperti ini bukanlah kali bertama berlaku di Barat. Sejak serangan September 11, umat Islam sewenag-wenangnya dituduh sebagai dalang dari setiap kejadian yang berlaku. Sedangkan, sudah banyak fakta dan bukti yang dirungkai bahawa segala kejadian ini merupakan sandiwara Barat untuk menempah tiket menyerang bumi umat Islam.

Pemimpin Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memberikan penyelesaian memerangi pengganas mengikit kaca mata Barat. Segala usaha yang dilakuakan adalah dalam usaha untuk membantu kafir Barat menyelesaian masalah Pengganas yang bukan sahaja berlaku d Barat bahkan di Negara umat Islam. Justeru, Malaysia selaku pengerusi ASEAN menangani masalah ini mengikut ukuran kafir Barat yang jelas memusuhi umat Islam. Allah SWT telah mengingatkan kita,

“Telah nyata kebencian dari mulut-mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami) jika kamu memahaminya” [TMQ Ali Imran (3):118].

Mengikut kamus demokrasi kapitalisme, pengganas hanya boleh dilabelkan kepada orang Islam. Walaupun mereka hanya membunuh seorang orang kafir yang menghina Islam dan memperlekehkan Islam, mereka tetap dicap sebagai Pengganas. Tetapi, jika Negara Perancis melancarkan perang terhadap penduduk di Syria dengan mengorbankan ratusan mahupun ribuan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak, mereka dikatakan mempertahankan Negara. Jika Amerika membunuh jutaan umat Islam di Iraq dan Afghanistan mereka dicap sebagai Polis Dunia yang menjaga keselamatan dunia. Namun, ketika umat Islam di Palestin, Moro, Pattani, Myanmar, Khashmir, Checnya dan Bosnia cuba untuk mempertahankan bumi mereka yang dijajah, mereka digelar pengganas. Benarlah firman Allah SWT bahawa,

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan senang kepadamu sehingga engkau menurut milah mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].

Wahai para pemimpin umat Islam, Allah swt telah memberikan penringatan kepada kita semua. Janganlah kita bertoleransi lagi dengan kafir pengganas yang telah membunuh jutaan umat Islam. Merekalah sebenarnya pengganas yang berselindung dengan slogan anti-pengganas.


Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
Oleh Dr Sumayyah Ammar (Ahli Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir )
8 Disember 2015
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment