Peranan Ibu Dalam Menjaga Kesihatan Keluarga

Islam telah menggariskan bahawa negara bertanggungjawab dalam urusan kesihatan rakyatnya. Namun, Islam juga memberi tatacara bagi individu dalam penjagaan kesihatannya berdasarkan syariah.

Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam menjaga kesihatan ahli keluarganya, terutamanya ibu, kerana tugasnya sebagai ummu wa rabbatul-bayt (ibu dan pengurus rumahtangga). Ibu berperanan besar dalam menjaga kesihatan ahli keluarganya sebagaimana yang telah dipandu oleh syariah seperti berikut:

1. Menyusukan anaknya sehingga usia dua tahun
2. Membiasakan ahli keluarga dalam menjaga kebersihan diri
3. Menjaga kebersihan di kawasan tempat tinggal
4. Menanamkan sikap dan kepentingan hidup yang sihat kepada seluruh anggota keluarga di peringkat awal
5. Menyediakan makanan yang halal, baik dan seimbang untuk keluarganya
6. Memiliki pengetahuan asas tentang perawatan

Islam telah meletakkan perkhidmatan kesihatan sebagai hak bagi setiap warganegara kerana kesihatan adalah hak asasi rakyat. Jika negara mengabaikan perkhidmatan kesihatan kepada rakyatnya seperti mana yang berlaku pada saat ini, maka rakyat akan mengalami kesulitan baik individu mahupun keluarga.

Islam telah memerintahkan orang tua, terutamanya ibu, untuk berperanan dalam menjaga kesihatan ahli keluarganya. Keadaan ini akan terlaksana dengan baik apabila sistem Islam diterapkan secara sempurna dalam bingkai institusi Khilafah.

Oleh sebab itu, tidak alasan lagi untuk kita mengekalkan penerapan sistem kapitalis yang ternyata telah mengabaikan urusan rakyat malah memperniagakan kesihatan rakyat!

Negara Khilafah yang bertunjangkan Aqidah dan Syariah Islam akan menjamin penyelenggaraan perkhidmatan kesihatan yang percuma dan terbaik untuk rakyatnya.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment