Siapakah Yang Akan Melindungi ‪‎Wanita‬ Islam Dari Akta Keganasan Patriotik Sekular Di ‎Amerika‬?

Pada awal minggu ini terdapat sekitar 15 orang berkumpul di luar Pusat Islam Irving, dalam keadaan membawa senjata ketika membuat bantahan terhadap penerimaan pelarian ‎Syria‬. Menurut Majlis Perbandaran Irving, penunjuk perasaan tersebut membawa senjata bukan bertujuan untuk menyerang, tetapi untuk mempertahankan diri sekiranya keadaan menjadi buruk semasa aktiviti tersebut dilakukan.

Persoalannya, bagaimana pula dengan keselamatan kaum muslimin di masjid dan kesejahteraan kanak-kanak yang mengunjungi masjid ini, memandangkan tempat ibadat ini adalah untuk aktiviti berorientasikan keluarga sahaja ?!

Apakah pihak polis masih boleh diberi kepercayaan untuk memberi perlindungan kepada semua pihak yang berhak?

Para penunjuk perasaan merasakan bahawa pihak polis tidak boleh diharapkan lagi dan mereka perlu membawa senjata mereka sendiri. Adakah sikap ini ada kaitannya dengan insiden penduduk kulit hitam yang ramai cedera parah di tangan pasukan polis yang telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka ...

atau mereka boleh merasa selamat dari dizalimi kerana mereka adalah orang berkulit putih yang berhak menzahirkan rasa tidak puas hati ?

The Council for American Islamic Relations (CAIR) melaporkan bahawa pihak masjid telah meminta untuk dipertingkatkan tahap keselamatan kerana terdapat lelaki yang lalu di kawasan masjid tersebut dan menghambur kata-kata penghinaan dan mengutuk agama yang diamalkan. Dengan meningkatnya kejadian tembakan melulu di sekolah-sekolah, panggung wayang dan tempat-tempat awam yang mana penyerangnya adalah 'pesakit mental' berkulit putih, maka adakah boleh diterima jika orang Islam turut membawa senjata untuk membela diri terhadap penceroboh dan terhadap sesiapa yang mempunyai niat jahat?

Kita kini menyaksikan terdapat peningkatan angka kematian yang dilakukan oleh para penceroboh haram di ‪#‎Palestin‬, yang terus membunuh dengan alasan yang tidak munasabah lansung ... Dan adakah orang kulit putih di Amerika akan lakukan perkara yang sama?
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment