Statistik : Seorang Anak Palestin Dibunuh Setiap 3 Hari Oleh Israel Selama 13 Tahun

“Hari Perlindungan Kanak-Kanak Anbtarabangsa adalah setiap tanggal 1 Jun,” kata jurucakap Organisasi Perlindungan Kanak-Kanak, “tetapi anak-anak Palestin yang masih menjadi korban serangan Israel dan para pemukim Yahudi hampir terjadi setiap hari.”

Statistik rasmi dari Kementerian Informasi di Ramallah menyatakan bahawa 1518 orang kanak-kanak Palestin menjadi korban kepada pasukan pendudukan Israel sejak terjadinya Intifada kedua pada bulan September 2000 sehingga bulan April 2013, menurut lembaga pemantau Timur Tengah.

Angka tersebut bererti bahawa seorang kanak-kanak Palestin menjadi mangsa bunuh oleh Israel setiap 3 hari selama hampir 13 tahun.

Kementerian itu turut menambah, jumlah sementara kanak-kanak yang dicederakan oleh Israel sejak awal Intifada Kedua melawan pendudukan Israel hingga kini telah mencapai 6000 orang.

Dengan mencatat bahawa pada tahun 2012 terjadi peningkatan dalam jumlah kanak-kanak yang ditangkap oleh pasukan Israel yang mana belum pernah terjadi sebelumnya, laporan tersebut menunjukkan bahwa 9000 warga Palestin di bawah usia 18 tahun telah ditangkap sejak akhir September tahun 2000.

Hampir setengah daripada penduduk Palestin berusia di bawah 18 tahun. Bahkan hampir dua ratus lima puluh orang kanak-kanak Palestin yang masih di bawah umur ditahan di penjara-penjara Israel; 47 daripada mereka adalah kanak -kanak di bawah usia 16 tahun.

Sumber: www.mecaforpeace.org, 16/10/2015
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment