Adakah Benar Khilafah Akan Ditegakkan Oleh Imam Mahdi?

Soalan:

Ustaz,adakah benar bahawa Imam Mahdi yang akan menegakkan kembali Khilafah ? (Afrian Satria)


Jawapan:

Tidak benar pendapat yang mengatakan bahawa yang akan menegakkan kembali Khilafah adalah Imam Mahdi, kerana terdapat dalil-dalil syar’i yang menunjukkan bahawa Khilafah akan tertegak dahulu sebelum munculnya Imam Mahdi. (Sa’ad Abdullah ‘Asyur & Nasim Syahdah Yasin, Al Khilafah Al Islamiyyah wa Imkaniyyat ‘Audatiha Qabla Zhuhur Al Mahdi AS, hlm. 25-29).

Di antara dalil syar’i yang menunjukkan Khilafah akan tegak terlebih dahulu sebelum munculnya Imam Mahdi adalah hadis tentang kemunculan Imam Mahdi dalam Sunan Abu Daud dan lain-lain berikut ini :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِى أَبِى عَنْ قَتَادَةَ عَنْ صَالِحٍ أَبِى الْخَلِيلِ عَنْ صَاحِبٍ لَهُ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ زَوْجِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « يَكُونُ اخْتِلاَفٌ عِنْدَ مَوْتِ خَلِيفَةٍ فَيَخْرُجُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ هَارِبًا إِلَى مَكَّةَ فَيَأْتِيهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ مَكَّةَ فَيُخْرِجُونَهُ وَهُوَ كَارِهٌ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ وَيُبْعَثُ إِلَيْهِ بَعْثٌ مِنَ الشَّامِ فَيُخْسَفُ بِهِمْ بِالْبَيْدَاءِ بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ فَإِذَا رَأَى النَّاسُ ذَلِكَ أَتَاهُ أَبْدَالُ الشَّامِ وَعَصَائِبُ أَهْلِ الْعِرَاقِ فَيُبَايِعُونَهُ بَيْنَ الرُّكْنِ وَالْمَقَامِ ثُمَّ يَنْشَأُ رَجُلٌ مِنْ قُرَيْشٍ أَخْوَالُهُ كَلْبٌ فَيَبْعَثُ إِلَيْهِمْ بَعْثًا فَيَظْهَرُونَ عَلَيْهِمْ وَذَلِكَ بَعْثُ كَلْبٍ وَالْخَيْبَةُ لِمَنْ لَمْ يَشْهَدْ غَنِيمَةَ كَلْبٍ فَيَقْسِمُ الْمَالَ وَيَعْمَلُ فِى النَّاسِ بِسُنَّةِ نَبِيِّهِمْ -صلى الله عليه وسلم- وَيُلْقِى الإِسْلاَمُ بِجِرَانِهِ إِلَى الأَرْضِ فَيَلْبَثُ سَبْعَ سِنِينَ ثُمَّ يُتَوَفَّى وَيُصَلِّى عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ »

“Telah diceritakan kepada kami oleh Muhammad bin Al Mutsanna, telah diceritakan kepada kami oleh Mu’adz bin Hisyam, telah diceritakan kepada saya oleh ayahku, dari Qatadah dari Shalih Abi Al Khalil dari seorang rakannya dari Ummu Salamah isteri Nabi SAW dari Nabi SAW baginda telah bersabda,”Akan ada perselisihan ketika matinya seorang khalifah. Maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk kota Madinah berlari menuju ke Makkah. Orang-orang dari penduduk Makkah mendatanginya, lalu mereka mengeluarkan lelaki tersebut, sedangkan dia tidak menyukainya. Kemudian mereka membaiat lelaki itu di antara rukun [Yamani] dan Maqam [Ibrahim], lalu dikirimkan kepadanya satu pasukan lalu pasukan itu ditenggelamkan di Baida` yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Maka tiba-tiba orang ramai melihat lelaki itu didatangi oleh para Abdal dari Syam dan kelompok-kelompok dari Iraq lalu mereka membaiat laki-laki itu di antara rukun [Yamani] dan Maqam [Ibrahim]. Lalu muncullah seorang lelaki dari golongan Quraisy yang bapa-bapa saudaranya dari suku Kalb, kemudian dia [Imam Mahdi] mengirimkan kepada mereka satu pasukan lalu pasukan itu pun mengalahkan mereka. Itu adalah pasukan suku Kalb, dan adalah suatu kerugian bagi sesiapa sahaja yang tidak menyaksikan ghanimah dari suku Kalb itu. Kemudian dia [Imam Mahdi] mengamalkan di tengah-tengah manusia sunnah Nabi mereka dan menyebarkan Islam ke seluruh bumi. Dan dia [Imam Mahdi] akan tinggal selama tujuh tahun lalu [meninggal dan] disolatkan oleh kaum muslimin.” (HR Abu Dawud,Sunan Abu Dawud, Juz 4/175 no 4288; Musnad Ahmad, 6/316 no 26731; At Thabrani, Al Mu’jam Al Ausath, no 1153; Shahih Ibnu Hibban, 15/160 no 6757; Musnad Abu Ya’la, 12/369 no 6940; Al Hakim, Al Mustadrak, Juz 4 no 8328).

Syeikh Nashiruddin Al Albani menilai hadis dalam Sunan Abu Daud itu sebagai lemah (dhaif). Demikian pula Syaikh Syu’aib Al Arna`uth menilai hadis dalam Musnad Ahmad bin Hanbal tersebut sebagai lemah (dhaif). Penyebab kelemahan hadis menurut mereka adalah kerana terdapat seorang perawi hadis yang majhul (tak diketahui) iaitu “seorang teman Soleh Abi Al Khalil” (sohibin lahu).

Namun dalam periwayatan-periwayatan lain, seperti riwayat Imam Thabrani, dapat diketahui bahawa perawi itu adalah Mujahid bin Jabar. Maka pendapat yang lebih kuat adalah pendapat yang menilai hadis tersebut sebagai hadis sahih, seperti pendapat Imam Al Haitsami dalam kitabnya Majma’uz Zawa`id (Juz 7 hlm. 318) yang berkata,”Hadis tersebut diriwayatkan oleh Ath Thabrani dalam Al Mu’jam Al Ausath dan para perawinya adalah periwayat-periwayat hadis sahih.” (rawaahu at thabrani fi al ausath wa rijaaluhu rijaalush shahih). (Lihat : Muhammad Al Syuwaiki, Al Thariq Ila daulah Al Khilafah, hlm. 57; Hisyam Abdur Rahim Sa’id & Muhammad Hisyam Abdur Rahim, Mausu’ah Ahadits Al Fitan wa Asyraath As Sa’ah, Riyadh : jihad Al Ustadz & Maktabah Al Kautsar, cetakan ke-2, 1429 H, hlm. 688; Muhammad Ahmad Al Mubayyadh, Al Mausu’ah fi Al Fitan wa Al Malahim wa Asyrath As Sa’ah, Kairo : Mu`assah Al Mukhtar, cetakan ke-1, 2006 (1425), hlm. 620).

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa kemunculan seorang lelaki yang kemudian dikenali sebagai Imam Mahdi tersebut adalah ketika matinya seorang khalifah. Ini bererti bahawa Imam Mahdi bukanlah khalifah yang pertama dalam Khilafah yang akan kembali tegak nanti, insyaallah. Pengertian seperti ini ditegaskan oleh dua pengarang kitab Al Khilafah Al Islamiyyah wa Imkaniyyat ‘Audatiha Qabla Zhuhur Al Mahdi AS yang mensyarah maksud hadis di atas dengan berkata :

فالنبي صلى الله عليه وسلم يخبر بأن ظهور المهدي – عليه السلام – يكون عقب موت خليفة للمسلمين، مما يدل عل أن الخلافة تكون موجودة وقائمة قبل ظهوره

“Maka Nabi SAW memberitahu bahawa kemunculan Imam Mahdi ‘alaihis salam akan terjadi setelah matinya khalifah kaum muslimin, hal ini menunjukkan bahawa Khilafah akan ada dan tegak sebelum kemunculan Imam Mahdi.” (Sa’ad Abdullah ‘Asyur & Nasim Syahdah Yasin, Al Khilafah Al Islamiyyah wa Imkaniyyat ‘Audatiha Qabla Zhuhur Al Mahdi AS, hlm. 27).

Kesimpulannya, tidak benar pendapat yang mengatakan bahawa Khilafah nantinya akan ditegakkan oleh Imam Mahdi. Yang benar, Khilafah akan ditegakkan oleh kaum muslimin dan ketika pada suatu saat seorang khalifahnya meninggal dunia dan timbul perselisihan, pada saat itulah Imam Mahdi alaihis salam akan muncul dan dibaiat menjadi seorang khalifah (Imam). Wallahu a’lam.[]

Oleh: Ustaz Muhammad Shiddiq al-Jawi (Lajnah Tsaqafiyah HTI)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment