Amerika Menjatuhkan 23 144 Bom Di Negara Majoriti Muslim Hanya Pada Tahun 2015 Sahaja!

Mikha Zenko dari Dewan Hubungan Luar Negeri baru-baru ini membuat pengiraan mengenai jumlah bom yang telah dijatuhkan oleh Amerika di negara-negara lain pada tahun 2015. Semuanya adalah negara-negara kaum muslimin dan jumlahnya cukup memeranjatkan : 23 144 bom! Bom itu dijatuhkan atas perintah Presiden Obama, seorang pemenang hadiah nobel perdamaian.


Jadual yang ditunjukkan oleh sebuah lembaga “think-thank” memberikan angka yang jelas menunjukkan betapa besarnya kemusnahan yang ditimbulkan oleh AS di negara-negara lain.

Di sebalik kenyataan bahawa AS telah menjatuhkan 947 bom di Afghanistan pada tahun 2015, analisa terbaru di majalah Foreign Policy mendedahkan bahawa sehingga tahun lalu, Taliban lebih banyak menguasai wilayah di Afghanistan jika dibandingkan pada tahun 2001. Ini bererti pengeboman yang dilakukan oleh Amerika di kebanyakan wilayah Afghanistan sebenarnya membuktikan sokongannya terhadap Taliban.

Meskipun banyak janji yang ditabur melalui pemerintahan Obama untuk mengeluarkan tenteranya, Amerika telah pun memasuki tahun ke-16 dalam perang di Afghanistan.

Pada Oktober tahun lalu, Presiden Obama memungkiri janjinya dan malah telah memutuskan untuk mempertahankan pasukan AS di Afghanistan sehingga akhir tahun 2017.

Empat presiden Amerika yang terakhir, telah mengebom Iraq, termasuklah pengeboman yang terkini dilakukan sejak serangan udara dilancarkan pada 7 Ogos 2014.

Zenko juga menyatakan bahawa tiada data lengkap mengenai jumlah kematian orang awam akibat daripada 23 144 bom tersebut. Dengan angkuhnya Amerika mendakwa bahawa selain daripada 25 000 pejuang terbunuh, hanya terdapat 6 orang awam sahaja yang “kemungkinan” terbunuh dalam serangan udara yang berlangsung selama 17 bulan. Pada masa yang sama, seperti tidak masuk akal apabila ada pegawai yang memaklumkan bahawa jumlah pejuang ISIS tidak berubah. Pada tahun 2014, Central Intelligence Agency (CIA) mendedahkan bahawa jumlah pejuang ISIS adalah di antara 20 000 – 31 000 pejuang, sementara pada hari Rabu lalu, Warren mengumumkan angka terkini pejuang ISIS ialah 30 000. Maka jika dihitung 30,000 (pada tahun 2014) – 25 000 (yang didakwa telah dibunuh oleh AS) = 30 000 (jumlah terkini!). Suatu perkiraan matematik yang pelik. Dan bila difikirkan, adakah setelah lebih daripada 20 000 bom, Jabatan Pertahanan AS hanya mengakui “kemungkinan” hanya membunuh enam orang awam?

Padahal pada bulan Oktober 2015 sahaja, 30 orang awam terbunuh setelah AS mengebom sebuah hospital di Kunduz, Afghanistan.

Berikut adalah jumlah bom yang telah dijatuhkan oleh Amekrika di berbagai negara kaum muslimin dari segala jenis senjata, hanya sepanjang tahun 2015.

Sumber: rz/alternet.org
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment