Ancaman Dalam Negara dan Penanganannya

Ancaman dan masalah keselamatan akan sentiasa wujud dalam kehidupan ini, termasuk dalam kehidupan bernegara. Untuk itu negara membentuk Jabatan Keselamatan Dalam Negara (Da’irah al-Amni ad-Dakhili). Jabatan ini bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan dalam Negara, juga menangani segala bentuk ancaman dan masalah keselamatan.


Telaah Kitab kali ini akan membincangkan Rancangan UUD (Masyru’ Dustur) Negara Islam: Pasal 72, yang berbunyi:

"Ancaman utama terhadap keselamatan dalam Negara yang penyelesaiannya ditangani oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negara adalah: murtad, bughat, hirabah, serangan terhadap harta masyarakat, pelanggaran terhadap jiwa dan kehormatan, interaksi dengan orang-orang yang disyaki iaitu orang-orang yang menjadi mata-mata untuk orang kafir harbi.” (Hizbut Tahrir, Masyru’ Dustur Dawlah al-Khilafah, hlm. 20).

Ancaman Keselamatan dan Penanganannya

Berikut adalah pelbagai perbuatan dan tindakan yang dilihat sebagai ancaman dan masalah keselamatan dalam Negara yang perlu dihapuskan oleh negara melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negara dan pejabat-pejabat di bawahnya:

1. Murtad (Keluar dari Islam).

Murtad (keluar dari agama Islam) termasuk jenis ancaman dan masalah keselamatan dalam Negara yang perlu ditangani oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negara. Sesiapa yang murtad disabitkan dengan hukuman mati jika dia tidak kembali setelah diminta untuk bertaubat. Yang melaksanakan hukuman mati ini adalah Jabatan Keselamatan Dalam Negara.

Jika mereka yang murtad itu adalah satu kumpulan, maka perlu dilakukan surat-menyurat dengan mereka, dan meminta mereka untuk kembali kepada Islam. Jika mereka bertaubat dan kembali, serta berpegang teguh pada hukum-hukum syariat, maka mereka dimaafkan. Jika mereka berkeras dan masih murtad, maka mereka diperangi. Jika mereka adalah kumpulan kecil, dan dengan pihak polis sahaja sudah cukup, maka hanya polis sahaja yang melawan mereka. Sebaliknya, jika mereka kumpulan yang besar, dan pihak polis tidak mampu mengatasi sendirian, maka wajib meminta khalifah membawa angkatan tentera untuk membantu mereka. Jika angkatan tentera belum cukup juga, maka wajib meminta khalifah supaya memerintahkan pasukan (dengan pasukan yang lebih besar) untuk membantu mereka (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 226; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilafah, hlm. 96; Zallum, Nizham al-Hukm fi al-Islam, hlm. 147).

2. Bughat (Pemberontak)

Manakala yang berkaitan dengan bughat, jika perbuatannya tidak bersenjata—hanya melakukan kerosakan, kemusnahan dan mogok, berdemonstrasi, menduduki tempat-tempat strategik, di samping melakukan serangan dan kemusnahan ke atas pelbagai kepemilikan individu, negara dan umum—maka Jabatan Keselamatan Dalam Negara hanya menggunakan pasukan polis untuk menghentikan tindakan pemusnahan mereka. Jika tindakan mereka masih belum dapat dihentikan, maka Jabatan Keselamatan Dalam Negara meminta khalifah supaya membantu mereka dengan kekuatan tentera, sehingga tindakan dan pemusnahan yang dilakukan oleh para pemberontak dapat dihentikan.

Jika mereka yang memberontak itu menggunakan kekuatan bersenjata, menguasai suatu tempat dan menjadi sebuah kekuatan yang tidak mungkin hanya dengan pasukan polis, Jabatan Keselamatan Dalam Negara dapat mengembalikan mereka, serta menamatkan pemberontakan dan pembangkangan mereka, maka Jabatan Keselamatan Dalam Negara perlu meminta kepada khalifah untuk membantunya dengan kekuatan tentera atau pasukan tentera mengikut keperluan dalam rangka menghadapi para pemberontak. Namun, sebelum mereka diperangi, dilakukan surat-menyurat dengan mereka, dan dilihat bagaimana sikap mereka. Mereka diminta untuk kembali taat, masuk semula ke dalam jamaah dan berhenti mengangkat senjata. Jika mereka mematuhinya, bertaubat, kembali dan berpegang pada hukum-hukum syariat, maka mereka dimaafkan dan tidak diperangi. Namun, jika mereka menolak untuk kembali, masih memberontak dan melakukan perlawanan, maka mereka diperangi dengan perang untuk memberi pengajaran, bukan perang untuk menghapuskan dan membinasakan. Sebagaimana tindakan Imam Ali bin Abi Thalib yang memerangi kaum Khawarij. Pada masa itu dia meminta mereka terlebih dulu untuk menghentikan pemberontakannya. Jika mereka berhenti, mereka dimaafkan. Jika mereka masih memberontak, mereka diperangi dengan perang yang memberi mereka pengajaran sehingga mereka kembali taat, menghentikan pemberontakan dan tidak lagi mengangkat senjata (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 227; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilafah, hlm. 97; Zallum, Nizham al-Hukm fi al-Islam, hlm. 148).

2. Muharibun (Pembuat Kerosakan)

Yang berkaitan dengan mereka yang melakukan kerosakan (muharibun), iaitu para perompak, pengganggu masyarakat, yang merompak di jalan-jalan, merampas harta dan menghilangkan nyawa, maka Jabatan Keselamatan Dalam Negara mengirimkan pasukan polis untuk mengusir mereka dan menjatuhkan hukuman terhadap mereka, dengan hukuman mati dan disalib, atau hukuman mati, atau tangan dan kaki mereka dipotong secara bersilang, atau diasingkan ke tempat lain. Ini sebagaimana firman Allah SWT (Lihat: TMQ al-Maidah [5]: 33).

Perang menghadapi mereka ini tidak seperti perang menghadapi para pemberontak (bughat) yang bertujuan untuk memberi pengajaran. Para perompak ini diperangi—baik mereka melawan ataupun melarikan diri—sebagaimana ketentuan dalam ayat tersebut, iaitu sesiapa yang membunuh dan mengambil harta, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh dan disalib; yang membunuh dan tidak mengambil harta, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh dan tidak disalib; yang mengambil harta dan tidak membunuh, maka dia dijatuhkan hukuman dengan dipotong tangan dan kakinya secara bersilang, dan tidak dibunuh; yang mengacukan senjata dan menakut-nakutkan orang, tetapi tidak membunuh dan tidak mengambil harta, maka dia tidak dibunuh, tidak disalib, dan tidak dipotong tangan dan kakinya secara bersilang, namun hukumannya dibuang dengan diasingkan dari negaranya ke negara lain yang jauh dari negara (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 227; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilafah, hlm. 98; Zallum, Nizham al-Hukm fi al-Islam, hlm. 149).

4. Muta’addi (Pesalah)

Serangan terhadap harta seperti kecurian, pecah amanah, perampasan, dan rompakan; serangan ke atas jiwa dalam bentuk pemukulan, pencederaan, dan pembunuhan; serta pelanggaran terhadap kehormatan dalam bentuk pencemaran nama baik dan qazaf (menuduh seseorang berzina), maka Jabatan Keselamatan Dalam Negara bertindak mencegahnya dengan mewaspadai, menjaga dan melakukan rondaan; kemudian dengan melaksanakan keputusan hakim (qadli) terhadap orang yang melakukan pelanggaran harta, jiwa, atau kehormatan tersebut. Semua itu tidak memerlukan kekuatan kecuali kekuatan pasukan polis sahaja (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 228; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilafah, hlm. 98; Zallum, Nizham al-Hukm fi al-Islam, hlm. 150).

5. Ahlur-Riyab (Mereka yang Mencurigakan)

Berkaitan ahlur-riyab, iaitu mereka yang disyaki dapat menimbulkan ancaman dan bahaya kepada institusi negara, jamaah atau bahkan terhadap individu, maka semua jenis yang mencurigakan wajib diawasi oleh negara. Siapa saja yang melihat sesuatu di antara yang mencurigakan, maka ia wajib menyampaikannya (kepada negara). Dalilnya adalah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Arqam, yang dalam suatu peperangan dia telah mendengar Abdullah bin Ubay bin Salul berkata: “Janganlah kalian membelanjakan (harta kalian) kepada orang-orang yang berada di sekeliling Rasulullah supaya mereka meninggalkannya. Jika kita kemudian sudah kembali ke Madinah, pasti orang yang lebih mulia di antara kita akan mengusir orang yang lebih hina.”

Kemudian dia melaporkan kepada bapa saudaranya atau kepada Umar, sehingga cerita itu sampai kepada Nabi saw., lalu baginda memanggilnya dia untuk mengesahkan.
Dalam hal ini Abdullah bin Ubay telah dikenali sering bertemu dengan kaum kafir muharib, seperti interaksinya dengan kaum Yahudi yang ada di sekitar Madinah dan musuh-musuh Islam yang lain. Dalam masalah ini perlu ketelitian supaya tidak bercampur dengan aktiviti tajassus (mengintip) rakyat, yang diharamkan agama, sebagaimana firman Allah SWT (yang bermaksud): Jauhilah kebanyakan dari prasangka (TMQ al-Hujurat [49]: 12).

Kerana itu aktiviti tajassus ini hanya untuk ahlur-riyab (mereka yang mencurigakan), iaitu mereka yang sering bertemu dengan kaum kafir muharib (memerangi kaum muslim) secara de facto (muhariban fi’lan), mahupun secara de jure (muhariban hukman) (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 229; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilafah, hlm. 100).

Hukum Aktiviti Tajassus (Mata-mata)

Tajassus daripada sisi politik peperangan, juga demi mencegah terjadinya kemudaratan terhadap umat Islam, boleh dilakukan terhadap kaum kafir muharib dan seluruh ahlul-harb (mereka yang memerangi negara Islam). Sebab, jika mereka secara de facto sedang memerangi Negara Islam (muhariban fi’lan), sudah jelas perkara itu memerlukan negara untuk melakukan tajassus terhadap mereka. Jika mereka muhariban hukman, juga negara boleh mengintip mereka, kerana perang dengan mereka boleh terjadi bila-bila masa sahaja (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 229; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilafah, hlm. 100).

Dalil tentang hal ini secara jelas terdapat di dalam sirah Rasulullah saw. Disebutkan dalam Sirah Ibn Hisyam tentang sariyah Abdullah bin Jahsyi, bahawa Rasulullah saw. pernah menulis surat kepadanya dan memerintahkannya supaya tidak melihat isi surat itu kecuali setelah berjalan selama dua hari. Setelah Abdullah bin Jahsyi berjalan selama dua hari, dia membuka surat Rasulullah saw. dan melihat isinya seperti berikut: “Jika engkau melihat isi suratku ini maka berjalanlah terus sehingga engkau sampai di suatu kebun kurma yang terletak di antara Makkah dan Thaif, lalu intiplah Quraisy dan beritahu kami berita mereka.”

Ibn Ishaq meriwayatkan dan juga dinukil oleh Ibn Hisyam seperti berikut: Basbas bin Amru dan Adi bin Abi az-Zaghba, kedua-duanya mengintip Quraisy, sehingga Ibn Ishaq berkata, “Adi dan Basbas mendengar hal itu (iaitu apa yang dikatakan oleh dua orang hamba sahaya wanita berhampiran Telaga Badar tentang berita Quraisy). Kemudian kedua-duanya duduk di atas unta masing-masing, kemudian kedua-duanya pergi sehingga sampai di hadapan Rasulullah saw., kemudian kedua-duanya memberitahu apa yang mereka dengar.”

Dalil-dalil di atas dan lain-lain, walaupun ditujukan terhadap Quraisy, dan mereka adalah kafir harbi fi‘lan, juga terpakai kepada orang kafir harbi hukman kerana adanya kemungkinan perang pada bila-bila masa dengan mereka. Satu-satunya perbezaan adalah bahawa aktiviti pengintipan itu menjadi wajib dalam keadaan orang kafir sebagai muhariban fi‘lan. Sebab, taktik peperangan untuk mengalahkan musuh memerlukannya. Aktiviti tajassus (melakukan pengintipan) itu hukumnya boleh dilakukan terhadap orang kafir muhariban hukman kerana ada kemungkinan perang dengan mereka. Oleh itu jika dibimbangi timbul bahaya, iaitu dibimbangi mereka akan membantu atau bergabung dengan kaum kafir muhariban fi‘lan, maka menjadi wajib bagi negara melakukan aktiviti tajassus tersebut. Ketentuan ini juga masuk dalam kaedah:

مَا لاَ يَتِمُّ الوَاجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

"Suatu kewajipan yang tidak sempurna kecuali dengan sesuatu yang lain maka sesuatu itu hukumnya menjadi wajib.”

Jika terdapat individu rakyat, sama ada muslim atau zimmi, yang sering berhubungan dengan kaum kafir muhariban fi‘lan mahupun hukman, di wilayah Negara Islam atau di negara orang kafir, maka mereka itu termasuk ahlur-riyab yang boleh dilakukan intipan ke atas mereka. Namun, kebolehannya wajib memenuhi dua syarat: Pertama, hendaklah keputusan pemantauan Jabatan Peperangan dan Jabatan Keselamatan Dalam Negara menampakkan bahawa hubungan di antara mereka merupakan sesuatu yang tidak biasa dan terlihat jelas. Kedua, keputusan yang diperolehi oleh kedua-dua Jabatan itu perlu diserahkan kepada Qadhî Hisbah, seterusnya Qadhî Hisbah yang menilai sama ada hubungan atau pertemuan itu berbahaya kepada Islam dan umat Islam (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 230; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilafah, hlm. 101).

Yang menjankan aktiviti tajassus (mengintip) adalah Jabatan Peperangan (Da’irah Harbiyah), yang melakukan aktiviti tajassus terhadap rakyat yang sering berhubungan dengan kaum kafir muhariban fi‘lan, juga terhadap individu rakyat yang sering pergi ke negara kafir untuk bertemu dengan para pegawai kerajaan negara kafir muhariban hukman atau wakil-wakilnya; serta Jabatan Keselamatan Dalam Negara (Da’irah al-Amni ad-Dakhili) yang melakukan aktiviti tajassus terhadap individu-individu rakyat yang sering berhubungan dengan para pegawai kerajaan negara kafir muhariban hukman dan wakil-wakilnya di negara Islam (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur, hlm. 233; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilafah, hlm. 104).

WalLahu a’lam bish-shawab.

Oleh: Muhammad Bajuri (Aktivis HTI )

Senarai rujukan:
1. Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilafah fi al-Hukm wa al-Idarah (Beirut: Darul Ummah), Cetakan I, 2005.
2. Hizbut Tahrir, Masyru’ Dustur Dawlah al-Khilafah, edisi Mu’tamadah, (versi terbaru tanggal 03/06/2014), http://www.hizb-ut-tahrir.info/info/index.php/contents/entry_28722.
3. Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustur aw al-Asbab al-Mujibah Lahu, Jilid I, (Beirut: Darul Ummah), Cetakan II, 2009.
4. Zallum, Asy-Syaikh Abdul Qadim, Nizham al-Hukm fi al-Islam (Beirut: Darul Ummah), Cetakan VI, 2002.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment