Apa Itu Khilafah?

Soalan:
Ustaz, mohon jelaskan apa itu Khilafah?

Jawapan:
Khilafah merupakan sebahagian daripada ajaran Islam, disebut juga sebagai negara Islam (ad daulah al islamiyyah) atau sistem pemerintahan Islam (nizham al hukm fi al Islam). Dalam istilah para fuqaha terdahulu, Khilafah juga disebut dengan istilah Imamah atau Darul Islam. (Wahbah Az Zuhaili, Al Fiqh Al Islami wa Adillatuhu, 8/407).

Definisi Khilafah adalah:

اَلْخِلاَفَةُ هِيَ رِئَاسَةٌ عَامَّةٌ لِلْمُسْلِمِيْنَ جَمِيْعاً فِي الدُّنْيَا لإِقَامَةِ أَحْكَامِ الشَّرْعِ الإِسْلاَمِيِّ، وَحَمْلِ الدَّعْوَةِ الإِسْلاَمِيَّةِ إِلَى الْعَالَمِ

“Kepemimpinan umum bagi seluruh umat Islam di dunia untuk menerapkan hukum-hukum syariah Islam dan mengemban dakwah Islam ke seluruh dunia.” (Taqiyuddin an nabhani, Al Syakhshiyyah Al Islamiyyah, 2/13).

Berdasarkan definisi tersebut, Khilafah mempunyai 3 (tiga) tugas utama yang tidak dapat terlaksana secara sempurna kecuali dengan adanya Khilafah, iaitu; pertama, mempersatukan umat Islam seluruh dunia di bawah satu pemimpin dan satu negara. Kedua, menerapkan hukum-hukum syariah Islam secara menyeluruh (kaffah) dalam seluruh aspek kehidupan. Ketiga, mengemban (menyebarkan) dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan jihad fi sabilillah.

Tugas utama pertama, iaitu menyatukan umat Islam seluruh dunia di bawah satu pemimpin dan satu negara, adalah suatu kewajipan syar’ie ke atas umat Islam. Antara dalilnya ialah, sabda Rasulullah SAW:

إِذَا بُوْيِعَ لِخَلِيْفَتَيْنِ فَاقْتُلُواْ الآخِرَ مِنْهُمَا

”Jika dibaiat (diangkat) dua orang khalifah, maka bunuhlah yang terakhir dari keduanya.” (HR Muslim, no 1853).

Dalil lain adalah Ijma’ sahabat (kesepakatan para sahabat Nabi SAW) yang wujud semasa para sahabat Nabi SAW daripada kalangan Muhajirin dan Anshar bermusyawarah di Saqifah Bani Saidah untuk memilih khalifah selepas kewafatan Nabi SAW. Pada waktu itu, golongan Anshar mencadangkan supaya mengangkat dua orang pemimpin, satu untuk Anshar dan satu untuk Muhajirin. Tetapi Abu Bakar Shiddiq membantah seraya berkata :

أنه لا يحل أن يكون للمسلمين أميران

“Sesungguhnya tidak halal bagi kaum muslimin mempunyai dua orang pemimpin.” (HR Al Baihaqi, Sunan Baihaqi, 8/145). Perkataan Abu Bakar Shiddiq itu didengari oleh para sahabat dan tidak ada seorang pun sahabat yang mengingkarinya. (Mahmud Abdul Majid Al Khalidi, Qawa’id Nizham Al Hukm fil Islam, hlm. 316).

Tugas utama yang kedua, iaitu penerapan syariah Islam secara menyeluruh (kaffah), juga merupakan kewajian syar’ie ke atas umat Islam, sesuai firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

”Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan (kaffah), dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (TMQ Al-Baqarah [2] : 208). Malah Islam dengan tegas mengharamkan penerapan Syariah secara separuh-separuh, contohnya hanya menjalankan rukun Islam saja, dan mengabaikan hukum-hukum Islam yang lain. (lihat TMQ Al-Baqarah [2] : 85).

Tugas utama ketiga, iaitu mengemban dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan jihad, juga kewajipan syar’ie atas umat Islam. Dalilnya adalah ayat-ayat yang mewajibkan jihad (seperti dalam surah TMQ At Taubah [9] : 29) dimana perbuatannya telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dengan melakukan berbagai futuhat (penaklukan) baik dalam Jazirah Arab mahupun di luar Jazirah Arab semata-mata untuk menyebarluaskan Islam. (Taqiyuddin an nabhani, Ad daulah Al Islamiyyah, hlm. 155).

Khilafah itu sendiri adalah wajib hukumnya atas umat Islam. Antara dalilnya ialah, sabda Nabi SAW :

وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيْتَةً جَاهِلِيَّةً

”Dan barangsiapa yang mati sedangkan di lehernya tidak ada baiat (kepada khalifah), maka matinya itu adalah mati jahiliyah.” (HR Muslim, no 1851).

Dalil lain adalah Ijma’ sahabat, yang wujud sewaktu para sahabat Nabi SAW dari Muhajirin dan Anshar bermusyawarah untuk mengangkat khalifah selepas kewafatan Nabi SAW. Pada waktu itu para sahabat telah menagguh pemakaman jenazah Nabi SAW, sedangkan memakamkan jenazah itu hukumnya wajib. Maka mengangkat khalifah hukumnya sudah pasti wajib, malah lebih wajib daripada menguburkan jenazah Nabi SAW. (Taqiyuddin an nabhani, Al Syakhshiyyah Al Islamiyyah, 2/16).

Para ulama telah sepakat mengenai kewajipan Khilafah, termasuklah empat Imam mazhab. Syeikh Abdurrahman Al Jaziri telah menegaskan :

إِتَّفَقَ اْلأَئِمَّةُ رَحِمَهُمُ اللهُ تَعَالىَ عَلىَ أَنَّ اْلإِمَامَةَ فَرْضٌ

”Para imam telah bersepakat [yang empat, iaitu Abu Hanifah, Malik, Syafi’ie, dan Ahmad] bahawa Imamah (Khilafah) adalah fardhu.” (Abdurrahman Al Jaziri, Al Fiqh ‘Ala Al Mazhahib Al Arba’ah, 5/416).

Wallahu a’lam.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment