Islam Dan Negara Tidak Boleh Dipisahkan

Hubungan antara Islam dan negara adalah suatu keperluan. Pandangan ini terkandung dalam kalimat “Al Islam diin wa minhu ad daulah” (Islam adalah agama yang, di antaranya adalah ajaran tentang bernegara). Agama (Islam) dan negara tidak terpisah, kerana dua sebab berikut:


Pertama, watak Rasulullah SAW yang menyatukan fungsi kenabian (nubuwwah) dan kepimpinan (ri`asah). Setelah berhijrah ke Madinah (622 M), Rasulullah SAW bukan sahaja berfungsi sebagai seorang nabi (penyampai risalah), tetapi juga berfungsi sebagai ketua negara (ra`is ad dawlah)

Terbukti baginda menjalankan fungsi ketua negara, seperti mengadakan perjanjian, mengisytiharkan perang, mengirim atau menerima duta, dan sbagainya. Setelah Rasulullah SAW wafat, fungsi kenabian (nubuwwah) berakhir, tetapi fungsi kepimpinan (ri`asah) terus dilaksanakan oleh para khalifah seterusnya.

Kedua, ciri-ciri agama Islam itu sendiri adalah komprehensif (syumuliah), iaitu bukan sahaja mengatur aspek ibadah ritual, tetapi mengatur semua aspek kehidupan (Lihat TMQ Al Ma`idah [5] : 3 ; TMQ An Nahl [16] : 89). Oleh itu, Islam memerlukan kewujudan negara untuk menguatkuasakan hukum-hukum Islam secara keseluruhannya.

Perhatikan sabda Rasulullah SAW:

"Ingatlah, sesungguhnya Al Kitab (Al Qur`an) dan kekuasaan (as sulthan) akan terpisah, maka (jika ia berlaku) janganlah kamu berpisah dari Al Kitab (Al Qur`an)” (HR Thabrani)

Dengan demikian, hukum asal agama Islam dan negara adalah satu kesatuan yang tidakdapat dipisahkan. Tidak seperti konsep Sekularisme Barat yang memisahkan agama dan negara.

Sabda Rasulullah SAW yang berikut juga menekankan konsep kekuasaan sebagai sebahagian daripada ajaran Islam:

"Sungguh akan terurai simpul-simpul Islam satu demi satu, maka setiap satu simpul terurai, manusia akan bergantung pada simpul yang tersisa berikutnya. Simpul yang pertama kali terurai adalah kekuasaan (pemerintahan), sedangkan yang paling akhir terurai adalah solat” (HR Ahmad, Ibnu Majah, dan Al Hakim)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment