Nestapa Anak-Anak Syria Tanpa Khilafah

Seorang kanak-kanak Syria berusia tiga tahun, Aylan Kurdi ditemui terdampar di sebuah pantai di Turki September 2015 yang lalu. Hal tersebut merupakan sebahagian kecil gambaran keadaan menyedihkan yang terjadi kepada ratusan ribu kanak-kanak pelarian Syria.


Dari data UNHCR, pada September 2015, jumlah pelarian wanita Syria sebanyak 50.5%, sedangkan jumlah pelarian kanak-kanak Syria di bawah usia 12 tahun berjumlah 38.5% dari jumlah keseluruhan pelarian.

Antonio Guterres, Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, menghuraikan tiga faktor kenaikan jumlah pelarian Syria ke Eropah.

Pertama: Ramai yang telah hilang harapan terhadap penyelesaian politik untuk mengakhiri perang di negera mereka.

Kedua: Bertahun-tahun di kem pelarian, membuatkan persediaan makanan mereka habis. Lebih parah lagi, para pelarian tidak dapat pekerjaan yang sah dan lebih dari separuh kanak-kanak Syria tidak mendapat pendidikan.

Ketiga: Kurangnya dana bantuan kemanusiaan.

Keadaan kanak-kanak pelarian Syria yang sangat menyedihkan ini terjadi kerana perang yang berlarutan akibat kekejaman rejim Bashar Assad, kejahatan imperialis Barat dan kerana sikap tidak peduli para penguasa Muslim yang sengaja mengkhianati peranan mereka sebagai waliyul amri (penguasa) yang seharusnya menjaga dan melindungi nasib umat Islam di Syria.

Sungguh, tidak ada penyelesaian untuk tragedi pilu ini kecuali dengan wujudnya kekuatan politik Islam di muka bumi yang akan kembali berperanan sebagai waliyul amri bagi umat Islam di Syria. Yang akan menjaga dan menghilangkan hagemoni puak kufar atas kaum muslimin dan menghancurkan batas-batas nasionalisme di dunia Islam.

Khilafah akan menyatukan umat Islam dan menjadi perisai bagi nyawa dan kehormatan seluruh umat Islam. Termasuk para muslimah dan kanak-kanak Syria
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment