Refleksi Tahun 2015 Tanpa Khilafah

Menjelangnya hujung tahun, Muslimah Hizbut Tahrir menyoroti kembali peristiwa-peristiwa sepanjang tahun yang memberikan banyak ujian dan cabaran kepada ummah. Secara khususnya, kami akan mengulas tentang kempen-kempen yang telah dijalankan berkenaan kerumitan dan masalah yang dialami oleh wanita-wanita masa kini dibawah sistem demokrasi-kapitalis dan sistem ciptaan manusia .

Ini hanya dapat dihentikan dengan melaksanakan undang-undang berlandaskan syariah Islam . Kemiskinan, keganasan, exploitasi dan kekurangan pendidikan yang sempurna, hak undang-undang dan politik yang dinafikan terhadap puluhan juta wanita di seluruh negara Muslim hanya dapat dihentikan dengan mengaplikasikan undang-undang Islam di tanah kita menerusi Negara Khilafah.

KEJAYAAN PASTI AKAN DAPAT DIRAIH, hanya dengan mengaplikasikan syariah Islam secara menyeluruh yang membuktikan kepercayaan dan pengabdian kepada Allah.

Ini dijamin oleh Allah s.w.t didalam Al-Quran:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment