Dua Sahabat Telah Dibebaskan

“Saudara dan saudariku, Alhamdulillah, dua orang saudari tercinta kita dari Hizb ut Tahrir Bangladesh yang ditangkap pada 30 Ogos 2015 oleh rejim zalim Hasina telah dibebaskan dengan ikat jamin. Sekarang mereka telah kembali ke rumah bersama keluarga mereka. Keduanya telah dipenjara selama hampir 4 bulan dan telah diseksa secara kejam hanya kerana menyebarkan iklan persidangan atas talian (online conference ) yang membincangkan bagaimana sistem Allah, yakni sistem Khilafah, mampu menyelesaikan permasalahan politik dan ekonomi di Bangladesh.


Meskipun hati kita lega bahawa dua orang wanita Muslim yang solehah ini telah dibebaskan daripada cengkaman para penjaga penjara dan penindas mereka, serta telah bersatu kembali dengan keluarga mereka, pembebasan kedua-duanya bukanlah sesuatu yang sepatutnya diraikan. Hal ini kerana Hasina dan rejim gangsternya, yang secara memalukan, telah menculik kedua-dua Muslimah berani tersebut sebagai sebahagian daripada perang melawan Islam dan mereka masih berkuasa serta menjalankan kempen keganasan mereka melawan kaum Muslim yang ikhlas. Mereka memburu, menganiaya, serta memenjarakan mereka sesuka hati dengan bantuan tuan-tuan mereka, Barat.

Kita memohon kepada Allah SWT agar memberikan ’sebab yang benar’ untuk segera meraikan, iaitu kejatuhan para diktator brutal dan rejim-rejim khianat yang merupakan musuh-musuh Allah. Ketika itu juga akan lahir negara agung Khilafah, yang berdasarkan manhaj kenabian, yang akan memberi jaminan keamanan dan keadilan bagi umat ini. Dengan izinNya, hari kemenangan besar bagi orang-orang beriman telah sangat dekat. Semoga Allah memberikan balasan yang besar kepada kedua-dua saudari kita ini atas semangat, kesabaran, serta ketabahan yang mereka tunjukkan sepanjang tempoh penyiksaan berlaku. Kedua-duanya telah mengikuti jejak langkah para wanita yang luar biasa pada zaman dahulu, seperti Asiyah isteri Firaun yang berdiri tanpa takut menghadapi para penindas. Sesungguhnya, kedua-duanya adalah inspirasi yang luar biasa bagi para pengemban dakwah Islam. Semoga Allah melindungi mereka serta keluarga mereka atas seluruh perjuangan serta pengorbanan mereka dalam usaha menegakkan kembali Khilafah Rasyidah. Semoga Allah mengizinkan mereka untuk segera menyaksikan apa yang telah hati-hati mereka rindukan, untuk sekian lama. Aamiin allahumma aamiin.

“Sesungguhnya, orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina. Allah telah menetapkan, ‘Aku dan Rasul-rasulKu pasti menang.’ Sesungguhnya, Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” [Al Mujadilah : 20-21]

Dr. Nazreen Nawaz Pengarah Bahagian Muslimah,
Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment