Sembang Santai Siri 1 Di Ipoh


24 Januari 2015 , Ipoh – MHTM Cawangan Ipoh mengadakan Sembang Santai Siri I yang bertajuk “Ayuh Mengjangkau Inspirasi”, yang diadakan di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Sembang Santai yang disampaikan oleh Pn Nabila (Ketua MHTM Cawangan Ipoh) ini bukan sahaja dihadiri oleh golongan pelajar IPT, tetapi juga menarik minat ibu-ibu bekerjaya untuk mengetahui lebih lanjut penjelasan mengenai topik yang dibincangkan. Pn Nabila menerangkan fakta-fakta sejarah dua beradaban besar yang pernah menguasai dunia sebelum kehadiran beradaban Islam. Hanya bermula dengan sebuah kekuasaan di Madinah, Rasulullah mengemban dakwah bersama-sama para sahabat sehingga berjaya membentuk wilayah yang sangat luas sehingga 2/3 dunia selama tempoh 1300 tahun. Pn Nabila turut mengulas bahawa beradaban Islam berjaya melahirkan para ilmuan yang hebat seperti Ibnu Sina dan membina bangunan-bangunan yang mencipta sejarah tersendiri seperti di Istanbul dan Cordoba. Bukan sekadar ilmuan dan pembangunan, malah pelbagai aspek lain turut menjadi asbab kepada kehebatan, kekuatan dan kegemilangan peradaban Islam. Namun, menjadi persoalan pada masa kini, kenapa keadaan dan kemampuan umat Islam terdahulu begitu hebat , tetapi sangat berbeza dengan keadaan umat Islam saat ini? Nantikan kupasan lanjut dalam Sembang Santai Siri ke 2.

—------------------------------—

Jika anda berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran MHTM di kawasan anda, sila hubungi kami melalui:

Facebook: mhtm1024 / Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia
Email: media.mhtm@gmail.com

Sila nyatakan NAMA, NO TELEFON, EMAIL, ALAMAT.

“Bersama mengembalikan kehidupan Islam Kaffah dengan Syariah dan Khilafah”





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment