Seminar Muslimah Di KL


24 Januari 2015 , Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur – Khilafah Centre Kuala Lumpur dengan kerjasama MHTM Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan Seminar Muslimah bertajuk ‘Kegagalan Sistem Kapitalisme Dalam Melindungi Wanita Dan Kanak-Kanak’.

Ustazah Syifa (Aktivis MHTM) selaku panel pertama telah membentangkan realiti berkaitan wanita dan kanak-kanak yang dibelenggu pelbagai masalah yang membawa kesengsaraan kepada mereka yang mana memberi gambaran bahawa wanita keseluruhannya tidak mengira status sedang dihimpit pelbagai masalah yang menyebabkan wanita itu sendiri sentiasa dalam keadaan yang tidak selamat begitu juga kanak-kanak juga turut terkesan dengan permasalahan ini. Saban hari kita didedahkan dengan pelbagai kisah yang menceritakan wanita sentiasa menjadi mangsa penganiayaan samada secara paksa atau sukarela yang membabitkan kes rogol, sumbang mahram, penderaan, ekploitasi, zina sehingga melahirkan anak luar nikah yang akhirnya membawa kepada pembuangan bayi dan pelbagai lagi masalah yang terlalu banyak untuk diceritakan satu persatu. Semua ini berlaku kerana wanita kini hidup di dalam Sistem Kapitalisme yang bertunjangkan kepada sekularisme iaitu memisahkan secara total agama daripada kehidupan yang mana impaknya sistem rosak ini telah melenyapkan kemuliaan dan merendahkan martabat wanita. Sistem yang rosak ini cuba mencari penyelesaian kepada permasalahan ini dengan memberikan penyelesaian yang tidak menyelesaikan malah lebih memburukkan lagi keadaan.


Seterusnya pembentangan diteruskan oleh Ustazah Zaharah (Ketua Lajnah Muballighah MHTM) yang memberikan penyelesaian dalam Islam bagi segala permasalahan wanita dan kanak-kanak ini. Sesungguhnya hanya Islam satu-satunya yang dapat memberikan solusi yang tuntas terhadap segala permasalahan yang membelenggu wanita dan kanak-kanak khususnya dan umat Islam umumnya pada hari ini. Islam telah memuliakan wanita dan meninggikan martabat wanita di mana masyarakat dan Negara memainkan peranan masing-masing dalam melindungi wanita dan kanak-kanak berdasarkan hukum Syariat Islam.

Alhamdulillah, seminar yang telah bermula pada pukul 9.00 pagi ini telah berakhir pada kira-kira pukul 12.00 tengahari.


Di kesempatan ini juga pihak MHTM Kuala Lumpur selaku penganjur program kali ini, ingin merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada Muslimah yang hadir untuk sama-sama memeriahkan Seminar Muslimah ini. Apa yang diharapkan semoga seminar ini dapat menyuntik semangat kepada para Muslimah khususnya untuk sama-sama berusaha melangsungkan kehidupan

Islam dengan menegakkan Syariah dan Khilafah.

—------------------------------—

Jika anda berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran MHTM di kawasan anda, sila hubungi kami melalui:

Facebook: mhtm1024 / Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia
Email: media.mhtm@gmail.com

Sila nyatakan NAMA, NO TELEFON, EMAIL, ALAMAT.

“Bersama mengembalikan kehidupan Islam Kaffah dengan Syariah dan Khilafah”








SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment