Umat Islam Harus Bangkit

Tahun masihi telah berganti, bagaimana khabarnya keadaan umat kini? Tahun silih berganti tetapi kita masih lagi terpuruk dalam segala bidang: sosial, ekonomi, politik, perundangan dan pendidikan. Mengapa masih terpuruk? Semuanya disebabkan kerana negara ini mengambil dan menjalankan demokrasi sebagai sistemnya. Sistem ini menjadikan sekularisme (pemisahan agama dalam kehidupan) sebagai asasnya sehingga kebebasan diabaikan dan hukum Allah dicampakkan. Na’udzubillah.

Terbukti pada ketika ini, sistem politik tidak lagi mengurusi urusan umat; yang ada hanyalah kegilaan terhadap kekuasaan dan rasuah semakin bermaharajalela. Sistem ekonomi semakin mengukuhkan neoimperialisme dan neoliberalisme, kekayaan alam dikaut oleh orang asing. Hutang bertambah. Rakyat sengsara dibebani cukai dan sebagainya. Sistem sosial sarat dengan budaya liberalisme yang berpotensi merosakkan generasi bangsa. Penyalahgunaan dadah, seks bebas dan kes jenayah sudah tidak terbendung. Manakala sistem pendidikan yang berjalan nampaknya memupuk sikap materialistik dan melupakan bagaimana ilmu dapat digunakan untuk membangkitkan umat. Sistem perundangan bak pisau tajam terhunus ke bawah dan tumpul ke atas. Rakyat miskin mudah dihukum. Sedangkan golongan kaya yang melakukan jenayah masih mudah meloloskan diri. Ini tidak adil!

Adakah pada tahun ini kita masih akan terus selesa dengan semua keadaan tersebut? Tentunya tidak. Sebagai seorang muslim kita tidak boleh berdiam diri melihat kerosakan dan kezaliman akibat penerapan sistem demokrasi sekular ini. Kekuatan secara berjamaah diperlukan untuk menggantikan sistem kufur demokrasi menjadi sistem Islam. Jalan untuk mewujudkannya adalah dengan istiqamah berdakwah mengikuti metod dakwah Rasulullah saw., dengan pembinaan, berinteraksi dengan umat dan menerapkan hukum Islam. Tentunya pertolongan Allah akan datang terhadap manusia yang menolong agama-Nya dengan jaminan syurga.

“Hai orang-orang beriman, jika kalian menolong (Agama) Allah, Allah pasti akan menolong kalian, dan meneguhkan kedudukan kalian.” (TMQ Muhammad: 7).

Umat Islam mestilah bangkit dengan bergerak menyerukan penerapan Islam secara kaffah dalam naungan Khilafah. Mari bersama-sama berjuang menegakkan Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah. Allahu Akbar!

Oleh: Maymuna Sahar (Aktivis Dakwah)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment