Wanita Muslim Diserang Di Kanada Kerana Berpegang Kepada Tali Agama Allah

Dalam beberapa bulan yang lalu, kita telah melihat peningkatan mendadak dalam serangan terhadap Islam dan wanita muslim khususnya. Cercaan dan hinaan, hijab ditarik dna ditanggalkan, ancaman bunuh dan juga serangan fizikal; ini hanyalah sebahagian daripada rentetan jenayah yang dilakukan ke atas saudara-saudara Islam di seluruh negara. Sesungguhnya, mereka telah dikeluarkan oleh histeria Islamofobia yang telah melanda negara ini. Semua ini semata-mata kerana mematuhi tuntutan agama mereka, Islam, dengan memakai hijab. Sebagai contoh, enam wanita muslim bersaudara di Universiti McMaster terpaksa berpindah keluar dari rumah mereka selepas mereka mendapati pisau tertancap pada dinding rumah mereka. Ini berlaku selepas kakak mereka - yang dilahirkan di Kanada - telah diserang oleh dua orang lelaki selepas mengambil anak-anaknya dari sekolah. Beliau telah berulang kali ditendang diperutnya, ditumbuk mukanya ketika dipanggil sebagai 'pengganas' dan diberitahu untuk 'kembali ke negaranya'.


Sepanjang tahun-Harper, terdapat peningkatan retorik anti-Islam. Harper dan golongan Konservatif dalam pilihan raya Persekutuan Kanada 2015, telah menjadikan pakaian wanita Islam sebagai bola sepak politik untuk menjaringkan gol dan memenangi undian perkauman Kanada. Walaupun selama ini propagandakan anti-Islam, rakyat Kanada masih hidup berdasarkan nilai-nilai sosial mereka seperti rangkuman dan toleransi dengan membuang Stephen Harper dan Parti Konservatif keluar dari kekuasaan. Rakyat Kanada secara efektif telah mengatakan, "Tidak" kepada penggunaan politik yang memecah belah untuk mendapatkan kuasa politik.

Walau bagaimanapun, kebencian terhadap Islam ditimbulkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini masih belum hilang. Pihak media terus menggambarkan Islam dengan pandangan yang negatif dan bahkan gagal untuk mengenalpasti bahawa ini merupakan satu masalah, memandangkan bagaimana pengundi-pengundi di kedua-dua negara Kanada dan Amerika Syarikat memberikan tindak balas positif kepada retorik anti-Islam - sama ada 32% yang telah mengundi Harper atau mereka yang menyokong Donald Trump. Mereka inilah yang menelan mesej beracun, yang mengandungi bukan sekadar undi untuk individu-individu terbabit, tetapi bersedia untuk menyerang saudara-saudara kita secara lisan mahupunsecara fizikal!

Sebagai umat Islam yang tinggal di Barat, kita tidak boleh takut hingga berdiam diri atau lebih teruk lagi - mengkompromikan Deen kita. Sebagai contoh, kita tidak harus melepaskan tanggungjawab kita - sama ada tentang solat di tempat kerja atau memakai hijab. Hijab itu jelas merupakan kod pakaian untuk wanita dalam Deen kita sebagaimana Allah سبحانه وتعالى berfirman:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatan mereka; bahawa mereka tidak perlu menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya; Dan (untuk wanita) untuk menarik kerudung mereka (khumur) ke atas leher mereka dan dada atas (Juyub). " [24:31]

Kita mesti terus berpegang kepada kepercayaan Islam dan mematuhi kewajipan Islam kita, sebagaimana Rasulullah ﷺ, para sahabat, dan orang-orang mukmin terdahulu di Mekah, berpegang teguh pada agama mereka walaupun menghadapi penganiayaan yang teruk di tangan Quraisy. Sama ada muslimin mahupun muslimat, mesti ingat terhadap tindakan syahid pertama dalam Islam iaitu Sumayyah (ra), yang telah mengalami penyeksaan tidak tertanggungkan demi menjadi seorang Muslim. Tetapi beliau tidak pernah sesekali meninggalkan keIslaman beliau, beliau lebih suka mati daripada menjejaskan kepercayaan Islam itu. Oleh itu, kita mesti berani dalam menghadapi iklim yang sukar ini. Allah سبحانه وتعالى berfirman:

إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

"Sesungguhnya mereka hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan teman-teman setianya, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu (memang benar-benar beriman)." [3: 175]

Kita tidak boleh membiarkan agenda yang didorong oleh media menentukan kepada orang ramai apa pegangan Islam. Sebaliknya, kita perlu mengambil bahagian bersama jiran-jiran Kanada, rakan-rakan, dan para pelajar kita, dan berbicara kepada mereka tentang Islam. Ramai rakyat Kanada mengiktiraf bahawa sasaran keganasan terhadap wanita adalah tidak boleh diterima. Oleh yang demikian, para muslimah mungkin mendapati ia lebih mudah (daripada muslimin) untuk melibatkan orang-orang seperti ini, untuk membuat mereka sedar tentang Islam. Tambahan pula, saudara-saudara Muslimah yang dengan bangganya memakai pakaian Islam mampu untuk menghapuskan persepsi negatif dengan menggambarkan bahawa mereka memakai pakaian tersebut sebagai komitmen kepada Allah سبحانه وتعالى. Hanya dengan mengajak dan menjadi yakin akan menghapuskan banyak stereotaip negatif mengenai Islam dan wanita Islam. Ramai orang keliru tentang retorik yang mereka mendengar di media. Mereka mendapati sukar untuk mendamaikan propaganda terhadap Islam dengan realiti yang dihadapi oleh saudara-saudara perempuan mereka yang berpegang teguh kepada perintah Islam di khalayak ramai. Kita juga harus menjang akan ditanyakan persoalan-persoalan yang keras, emosi dan tuduhan. Malah, kita mestilah mengalu-alukan peluang untuk mendapatkan perbualan yang jujur, terbuka dan terhormat. Kita perlu mempersiapkan diri dengan meningkatkan pengetahuan kita terhadap agama dan hal ehwal semasa tempatan dalam usaha untuk menangani dengan berkesan soalan orang ramai dan menjadi duta yang berkesan untuk Islam dengan:

Penglibatan dalam masyarakat dengan lebih luas tentang Islam: Kita perlu bersedia apabila media menyalakan serangan terhadap Islam, dengan melibatkan diri dengan orang bukan Islam yang kita tahu dan berbincang dengan mereka tentang Islam. Walau bagaimanapun, daripada menunggu, adalah lebih baik kita bertindak proaktif untuk menarik orang yang kita tahu dan berbincang dengan mereka tentang Islam.

Membetulkan pemahaman mereka tentang Islam: Apabila ia datang kepada keganasan, kita perlu menjelaskan bahawa membunuh orang awam yang tidak bersalah adalah haram. Kita juga perlu bersedia untuk membincangkan isu-isu wanita. Sebagai contoh, kita perlu menjelaskan bagaimana saudara Islam memakai tudung sebagai ketaatan kepada Pencipta, bukan kepada manusia dan membincangkan bagaimana Islam mengatur hubungan antara lelaki dan wanita dengan cara memupuk keharmonian dalam keluarga.

Situasi yang dialami oleh saudara-saudara muslimah di Kanada dan Barat secara umum adalah hasil daripada ketiadaan pelindung. Golongan muslimah terutamanya yang memerlukan Khalifah; orang-orang seperti Khalifah Mutasim (rh) yang menggerakkan seluruh tentera untuk menjamin keselamatan dan maruah wanita Muslim yang telah dicabuli oleh tentera Rom. Hanya melalui Khalifah bahawa urusan kedua-dua wanita dan lelaki muslim akan dijaga dengan baik. Semoga Allah سبحانه وتعالى membawa perisai ini untuk umat dan melindungi umat kita daripada bahaya.

إنما الإمام جنة يقاتل من ورائه ويتقى به

"Sesungguhnya Imam (Khalifah) adalah perisai, dari belakang yang anda melawan dan oleh siapa anda dilindungi." [HR Muslim]

Hizbut Tahrir Wilayah Kanada
15 Rabii 'al-Awwal 1437 AH
26 Disember 2015 CE
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment