Angkatan Tentera Udara Khilafah ‎Uthmaniyah

Oleh Prof. Dr. Fahmi Amhar

Hanya enam tahun setelah keberhasilan penerbangan pertama berenjin dari Wright bersaudara di Ohio, Khilafah Uthmaniyah menjadi salah satu negara pertama di dunia yang memulakan program penerbangan ‎ketenteraan . Ia tampak ketara kerana umat Islam dengan cepat mengaplikasikan teknologi ini menjadi teknologi untuk melindungi Negara Islam dan wilayahnya, sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi sendiri.

Dalam karyanya, At-Tabari melaporkan bahawa Nabi saw. telah menghantar dua sahabatnya, 'Urwah Ibnu Mas'ud dan Ghitan bin Salmah, ke kota Jarash di Syria untuk mempelajari teknik pembuatan Dababas (senjata seperti kereta kebal) dan Manjaniq (katapel pelontar raksasa). Ini adalah senjata yang digunakan Rom pada waktu itu. Sirah Nabi juga memberikan contoh seperti parit ala Parsi dalam perang Khandaq.

Ketika teknologi daripada ‎pesawat berenjin dan senjata anti serangan udara dibangunkan, Negara Islam tidak membuang masa dalam mendapatkan teknologi tersebut untuk digunakan sendiri. Sejarah penerbangan tidak berbeza dari sejarah ilmu lain dan teknologi dalam perkembangan penerbangan terletak pada sejarah panjang dan kaya, di mana kemajuan kecil berlangsung selama ribuan tahun dan perkembangan tidak hanya terjadi dalam beberapa tahun sebelum penerbangan pertama berenjin.

Telah dilaporkan oleh sejarawan abad ke-11 Hijriah Ahmed Mohammed al- Maqqari bahawa pada abad ke-3 Hijriah, Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang melakukan penerbangan dengan menggunakan alat bersayap rekaan sendiri. Era moden penerbangan diawali dengan munculnya Revolusi Industri di Eropah. Wright bersaudara menyelesaikan masalah penggerak serta kawalan dan melakukan penerbangan bersejarah mereka pada tahun 1903. Setelah itu, British, Perancis, Amerika Syarikat, Jerman, Rusia dan Itali memulakan program penerbangan ketenteraan mereka.

Negara Islam juga memulakan program penerbangan (Osmanli Hava Kuvvetleri). Atase tentera Negara Islam di ibukota Eropah mempelajari perkembangan pesawat tentera di Eropah dan segera pada tahun 1909 pejabat tentera Khilafah Uthmaniyah mengundang juruterbang Perancis ke Istanbul untuk melakukan demonstrasi. Juruterbang Belgium, Baron de Catters datang ke Istanbul dan melakukan sebuah pertunjukan penerbangan dengan pesawat Voisinnya atas undangan dari Menteri Perang, Mahmut Sevket Pasha.

Sebagai tindakan lanjutan demonstrasi ini, kesedaran dan minat dalam penerbangan ketenteraan meningkat dalam Negara Islam. Beberapa tentera dihantar sebagai delegasi ke Persidangan Penerbangan Antarabangsa di Paris. Pada tahun 1910, calon Muslim dihantar ke Eropah untuk dilatih sebagai juruterbang, tetapi masalah kewangan dalam negara menyebabkan rancangan ini perlu ditunda. Namun beberapa juruterbang masih dilatih di sekolah-sekolah penerbangan di Paris dan mendapatkan lesen penerbangan mereka.

Para pejabat tentera di Khilafah Uthmaniyah sangat menyedari persaingan senjata di antara negara-negara Eropah untuk memperkuat angkatan tentera udara dan pentingnya pasukan udara ini dalam peperangan di masa depan. Supaya tidak lambat atau ketinggalan, Menteri Perang Mahmut Sevket Pasa melantik Leftenan Kolonel Sureyya Bey pada 1911 untuk mendapatkan pesawat, memimpin pembangunan kemudahan penerbangan dan mengatur latihan juruterbang.

Di bawah Unit Penelitian Ilmiah Jabatan Perang, Komisioner Penerbangan ditubuhkan. Selain tugas yang diberikan kepadanya, komisioner ini juga terlibat dalam perisikan dan pengumpulan maklumat strategi. Penyelidikan yang dilakukan tidak hanya pada pesawat tetapi juga pada persenjataan anti-pesawat. Hal ini terbukti paling berguna dalam perang yang akan datang dengan Itali. Pada 1911, Itali menyerbu sebahagian dari Negara Islam di Libya. Angkatan udara yang masih muda dari Khilafah Uthmaniyah belum sedia untuk menggunakan pesawat tentera. Usaha membeli pesawat dari Perancis dan menghantarnya melalui Aljazair ke medan perang tidak dapat dilaksanakan.

Dengan angkatan udara berkekuatan 28 pesawat dan empat belon, Itali menjadi negara pertama dalam sejarah yang menggunakan angkatan udara dalam perang. Dengan perkembangan dalam persenjataan anti-pesawat, Negara Islam kemudian menjadi negara pertama dalam sejarah yang menggunakan persenjataan anti-pesawat dalam perang. Tentara Muslim berhasil menjatuhkan belon dan pesawat tentera lain dari Itali dan bahkan menangkap beberapa pesawat.

Pada tahun 1912, para juruterbang tentera pertama dari Negara Islam, Kapten Fesa Bey dan Leftenan Yusuf Kenan Bey tamat latihan mereka di Perancis dan kembali. Mereka diberi dua dari 15 pesawat yang dibeli melalui dana umum. Pada 27 April 1912, Fesa Bey dan Yusuf Kenan Bey terbang di atas Istanbul menjadi juruterbang Muslim pertama yang menerbangkan pesawat Muslim pertama atas tanah Muslim. Tidak lama setelah itu pada bulan Julai 1912, sebuah Sekolah Penerbangan dibuka di Yesilkoy, di pinggir Istanbul, sehingga Negara Islam mampu melatih juruterbang sendiri. Hal ini menjadi langkah penting bagi Negara Islam daripada ketergantungan pada negara asing.

Dengan cepat jumlah juruterbang meningkat menjadi 18 dan jumlah pesawat menjadi 17. Ini segera diuji ketika daerah semi-autonomi di Balkan memberontak terhadap Khilafah Uthmaniyah dan menyatakan perang terhadap Negara Islam. Angkatan udara tidak memainkan peranan penting dalam tahap awal konflik ini, tetapi dalam tahap kedua perang, sembilan pesawat tempur dan empat pesawat latih melakukan tugas penting.

Untuk menunjukkan kekuatan angkatan udara dan menciptakan semangat dalam warganegara, para pegawai tentera Khilafah Uthmaniyah menyelenggarakan beberapa penerbangan jarak jauh. Ini juga meningkatkan kemampuan angkatan udara dalam melakukan penerbangan panjang dan membawa perlindungan terhadap luasnya seluruh negara bahagian.

Penerbangan jarak jauh pertama diterbangkan dari Edirne ke Istanbul selama lebih dari 3 jam. Pada 30 November 1913, Belkis Sevket Hanım menjadi wanita Muslim pertama yang terbang. Menanggapi tepuk tangan yang diberikan kepada juruterbang Perancis yang terbang dari Paris ke Cairo, pada 1914 negara menyelenggarakan untuk menempuh jarak hampir 1500 km dari Istanbul ke Alexandria. Kerana dalam tahap awal dari teknologi, dua ekspedisi berakhir dengan kejatuhan, tetapi yang ketiga seterusnya berjaya.

Ketika Khilafah Uthmaniyah ditarik ke dalam kemelut Perang Dunia I, mereka baru memiliki tujuh pesawat dan 10 juruterbang. Dengan tekad dan ketekunan para menteri dan bantuan dari sekutu baru di Jerman, angkatan tentera udara bertambah menjadi 46 juruterbang, 59 pemerhati, tiga belon pemerhati, 92 pesawat (termasuk 14 pesawat amfibia) dan cadangan dari 13 juruterbang dan 22 pemerhati pelatih dan 21 pesawat latihan. Ketika perang berlangsung, umat Islam bahkan berusaha untuk meningkatkan angka-angka ini dengan menawan pesawat British.
Selama perang, jumalh 450 pesawat yang digunakan, diterbangkan oleh 100 juruterbang Turki dan 150 juruterbang Jerman. Angkatan udara hanyalah salah satu bukti bagaimana Negara Islam tetap menyedari kepentingan teknologi, bahkan hingga di hari-hari akhirnya.

Negara sekular Turki adalah pewaris langsung dari angkatan udara Negara Islam, menjadikan Angkatan Udara Turki salah satu yang tertua di dunia. Tetapi apa yang rejim Turki lakukan ketika umat Islam dibunuh di tanah tetangganya Syria, Iraq, Lebanon dan Palestin? Apa yang rejim negara-negara Muslim lain lakukan ketika umat Islam diserang dan dibunuh di tanah mereka sendiri? Dengan tidak adanya Negara Islam, dunia Muslim tertinggal jauh dalam teknologi nuklear, kapal selam, satelit pengintai dan teknologi lainnya dalam membela umat Islam. Hanya negara dengan pemimpin Muslim yang tulus, Khalifah, setia kepada Islam dan umat Islam dapat memanfaatkan sumber tenaga kaum Muslimin untuk melindungi mereka dan untuk memajukan mereka. Dan itu hanya boleh terhasil dari pembentukan kembali Negara Islam.

Sumber: mediaumat
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment