Meraksasakan ‎ISIS, Untuk Kepentingan Siapa ?

Isu ancaman ISIS meningkat selepas kejadian Bom Thamrin. Serangan yang telah menyebabkan kematian dan kecederaan beberapa orang yang tidak bersalah wajar kita kecam. Ia juga merupakan sikap Hizbut Tahrir, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Indonesia: “Hizbut Tahrir Indonesia menyatakan: Mengutuk keras pelaku letupan dan serangan itu sebagai perbuatan zalim yang luar biasa. Syariat Islam dengan tegas melarang sesiapa yang mempunyai sebarang motif untuk membunuh diri, membunuh orang tanpa hak, merosakkan harta peribadi dan kemudahan awam, terutamanya apabila tindakan itu mengorbankan orang ramai dan ketakutan yang meluas”.


Sebaliknya, isu serangan yang didakwa sebagai tindakan terorisme, tidak boleh dipisahkan daripada kepentingan politik pelbagai pihak, termasuk musuh-musuh Islam untuk meminggirkan Islam. Pada dasarnya pelbagai plot yang dibuat oleh musuh-musuh Islam mempunyai pola yang berulang-ulang. Sebelum ini, mereka menggunakan perang melawan apa yang mereka panggil sebagai teroris Al Qaeda untuk melicinkan penjajahan mereka di dunia Islam. Pada masa ini mereka menggunakan perang melawan ISIS sebagai alat legitimasi (mengesahkan tindakan mereka).

Sudah tentu supaya legitimasi ancaman ISIS ini benar-benar kuat, meraksasakan isu ISIS perlu dilakukan. Seolah-olah ISIS-lah yang menjadi sumber malapetaka di dunia ini. ISIS-lah teroris terbesar dan penjenayah terbesar di dunia yang mengancam dunia. Untuk itu apa sahaja yang didakwa sebagai kekejaman ISIS di-`blow- up’. Tanpa menjelaskan sama ada sumber berita itu benar atau tidak. Untuk menambah ’dos’ ancaman, ISIS pun didakwa mempunyai rangkaian di seluruh dunia. Semua itu, selalunya dalam bentuk naratif tunggal sehala.

Pelbagai tindakan terorisme juga dikaitkan dengan ISIS dengan pemberitaan yang berulang-ulang yang bersifat unilateral oleh media kapitalis. Bermula dari serangan di Paris, penembakan yang dilakukan di Amerika, semuanya dikaitkan dengan ISIS. Tanpa perlu pembuktian secara mendalam sejauh mana hubungan antara pelaku dengan ISIS. Sebuah pendapat dibina dengan cukup mengatakan : pelaku simpati kepada ISIS, pelaku pernah ke Syria, pelaku anti Barat, anti Yahudi. Sudah cukup.

Padahal yang perlu kita ketahui, tindakan yang didakwa sebagai tindakan terorisme, selalu menimbulkan persoalan-persoalan besar, keganjilan-keganjilan, atau pun pelbagai bentuk konspirasi yang lain. Sehingga kini serangan terhadap WTC di New York,masih belum menjawab pelbagai keraguan, benarkah pelakunya adalah al Qaeda. Pelbagai keganjilan pun banyak didedahkan oleh para pakar. Bermakna, setiap tindakan yang disebut terorisme sarat dengan konspirasi. Dan ini telah banyak terbukti.

Sebaliknya, kekejaman sebenar Amerika malah berusaha ditutup. Dengan mengecam kekejaman ISIS, Amerika seolah-olah boleh menutup kekejamannya yang jauh lebih besar. Mikha Zenko dari Dewan Hubungan Luar Negeri baru-baru ini mengira bilangan bom yang pernah digugurkan oleh Amerika di negara-negara lain pada tahun 2015, yang semuanya adalah negara-negara Islam dan jumlahnya sangat mengejutkan : 23 144 bom. Bom itu digugurkan atas arahan Presiden Obama, seorang pemenang hadiah Nobel perdamaian. Grafik, yang ditunjukkan oleh sebuah lembaga think-thank memberikan angka yang amat jelas menunjukkan betapa besar kerosakan yang ditimbulkan oleh Amerika Syarikat di negara-negara lain.

Pada dasarnya, ISIS menjadi legitimasi baru negara-negara imperialis untuk mengukuhkan penjajahannya di dunia Islam. Atas nama perang melawan ISIS mereka mengesahkan pembunuhan beramai-ramai umat Islam. Seperti yang dilakukan oleh Rusia, Amerika, dan sekutu-sekutu iblisnya terhadap umat Islam Syria. Mereka dengan sewenang-wenangnya membedil negeri Syam yang mulia, membunuh orang awam, kanak-kanak, kaum wanita, yang lemah dan tidak berdaya. Semuanya menjadi sah atas nama perang melawan ISIS.

Perang melawan ISIS pun digunakan untuk menghalalkan kekejaman yang dilakukan oleh penguasa-penguasa yang menindas di dunia Islam. Dengan nama perang melawan teroris terutamanya ISIS, Arab Saudi mengumumkan pakatan ketenteraan negara-negara Islam. Gabungan ini memberikan pengesahan baru bagi Mesir yang menjadi ahli pakatan untuk memerangi sesiapa yang dianggap bertentangan dengan rejim diktator, terutamanya kelompok Ikhwan Muslimin. Saudi juga bersikap sama, menangkap sesiapa yang dituduh mempunyai hubungan dengan ISIS. Padahal yang ditakuti oleh Saudi adalah kebangkitan kuasa yang menggoyang takhta kerajaannya.

Perkara yang sama berlaku di Indonesia. Perang melawan terorisme mendapatkan pengesahan baru, iaitu perang melawan ISIS. Pelbagai kerjasama dengan teroris sebenar (Amerika Syarikat dan sekutunya ) pun dijalin. Isu ISIS pun digunakan oleh kumpulan-kumpulan liberal untuk memberikan stigma negatif terhadap Khilafah yang dianggap merupakan ancaman bersama. Ancaman ISIS pun, paling tidak untuk sementara, memalingkan dari masalah-masalah sebenar yang dialami oleh Indonesia,mulai dari pelanjutan kontrak pelabuhan bebas, rasuah, kemiskinan, pengangguran dan lain-lain.

Terdahulu, Peguam Negara Australia George Brandis semasa bertemu dengan pegawai-pegawai Indonesia, mengatakan bahawa ISIS adalah ancaman kepada kepentingan Australia dan Barat. ISIS disebut-sebut bercita-cita untuk meningkatkan kehadirannya dan aktivitinya di Indonesia sama ada secara langsung atau melalui wakilnya. Serangan terhadap idea Khilafah pun dilakukan, dengan mengatakan ISIS hendak mendirikan kekhilafahan di luar Timur Tengah, Indonesia merupakan salah satu tempat yang disasarkan. Peguam Negara Australia ini menyebutnya sebagai Khilafah Jauh.

Perkara yang sama diikuti oleh Rusia. Pada akhir Disember yang lalu, Duta Besar Rusia ke Indonesia, Mikhail Y Galuzin, ketika memamerkan kapal pemusnah Rusia Destroy Bystri kepunyaan tentera laut Rusia di Pelabuhan Tanjung Priok menegaskan perlunya kerjasama antarabangsa termasuk Indonesia untuk melawan teroris terutama ISIS.

Perang melawan ISIS sekali lagi hanyalah alat Barat untuk melicinkan penjajahan mereka. Sama ada dalam bentuk campur tangan tentera secara langsung, kerjasama antara negara, atau menjadi alat untuk melakukan stigma negatif terhadap idea-idea mulia dalam Islam seperti syariah Islam dan Khilafah. Mereka juga melakukan ini untuk melakukan muslihat politik, mengalihkan umat Islam dari ancaman teroris sebenar. Siapa lagi kalau bukan negara-negara imperialis Barat dan penyokong-penyokongnya.

Untuk melawan semua ini, tidak ada jalan lain kecuali umat Islam bersungguh-sungguh memberi tumpuan untuk menerapkan syariah Islam secara menyeluruh di bawah naungan Khilafah. Menjadikan negara Khilafah sebagai kuasa besar baru, yang mampu mengimbangi kekuatan tentera atau pelbagai muslihat busuk musuh-musuh Islam.

Apa yang perlu dilakukan umat Islam bukanlah bersatu dibawah naungan negara kapitalisme Amerika untuk memerangi umat Islam sendiri. Tetapi bersatu di bawah naungan Khilafah, yang akan menerapkan syariat Islam, menyatukan negara-negara Islam, melindungi umat Islam dan membebaskan negara-negara Islam yang dizalimi. Allahu Akbar!

Oleh: Farid Wajdi (Aktivis HTI)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment