Program Pembinaan Insan Di Kedah


19 Februari 2016, Kedah - MHTM telah menganjurkan satu program pembinaan insan bertemakan "Muslimah Mulia Hidup Bersyariat" di Sintok, Kedah. Dalam program ini para peserta dididik tentang akidah Islamiyah yang sebenar, hijab dan pergaulan syarie, serta diajak mengkaji tentang realiti kehidupan umat pada hari ini di seluruh dunia setelah kejatuhan Khilafah Islamiah Uthmaniyah serta bermuhasabah dengan mengimbau sejarah kegemilangan umat Islam pada masa silam.

Semoga para peserta mendapatkan ilmu yang bermanfaat dan bersedia untuk mengaplikasikan syariat Islam dalam kehidupan dan seterusnya menyumbang ke arah penegakan Islam kaffah dengan khilafah.



SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment