5 Sebab Mengapa Kita Mesti Membicarakan Tentang Khilafah

Oleh: Dr Abdul Wahid

Pada tanggal 3 Mac 1924 atau 28 Rejab 1342 Hijrah – Mustafa Kamal menghapuskan Kekhalifahan Uthmaniyyah dan menghantarkan Khalifah Abdul Majid II menjadi pelarian – tindakan yang terakhir dari siri tindakan adalah untuk menghapuskan kekuasaan politik Islam yang sah, dan untuk menegakkan pemerintahan sekular di dunia Islam.


Namun pada hari ini, semakin banyak umat Islam di seluruh dunia yang menginginkan kembalinya Khilafah dan masih menganggapnya perkara yang penting. Satu pungutan suara terkini dari kaum Muslim terkemuka di British mendapati bahawa 69% dari mereka menganggap “Khilafah yang lurus adalah pemerintahan Islam yang ideal bagi semua orang”. Pungutan suara yang sama menunjukkan bahawa 94% menganggap "ISIS tidak mewakili komuniti arus perdana Muslim dan merupakan suatu negara Islam yang tidak sah”.

92 tahun kemudian, Kamalisme sudah mati atau nazak – dan seruan untuk suatu Kekhalifahan yang benar- bukan yang palsu – terus hidup dan bergema.

Sebab Pertama, perkara ini adalah Kewajipan Islam – dan Khilafah – iaitu memerintah dengan apa yang diturunkan Allah, adalah persatuan di bawah seorang penguasa yang memelihara urusan rakyatnya dengan Islam, mengemban Islam ke seluruh dunia dan menyatukan wilayah Islam – yang merupakan kewajipan yang didirikan dan ditegaskan oleh dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah. Telah ada ijma’ sejak empat belas abad yang lalu dari para ulama yang menegaskan kembali kewajipannya – terlepas dari pendapat segelintir ahli akademik revisionis yang melakukan manipulasi hukum Islam. Sebagaimana dengan semua kewajipan Islam, kita tidak boleh memikirkan dengan rasional atas relevansinya seperti yang kita lihat, tetapi untuk melihat bagaimana kita berusaha kepada kaedah (metod) untuk membangkitkannya dengan cara terbaik yang kita boleh lakukan.

Alasan Kedua, sikap diam diri membiarkan keadaan kosong yang berbahaya – seperti diam kerana adanya Polisi Pencegahan oleh pemerintah British yang membisukan kaum Muslim untuk membahas banyak isu penting Islam – termasuk undang-undang pemerintahan – kerana takut dicop sebagai ‘ekstrimis’. Akibatnya, para pemuda Muslim tidak memiliki petunjuk tentang masalah ini. Mereka dibiasakan untuk meyakini bahawa Khilafah bermaksud tanggungjawab umum manusia untuk menjaga bumi ini – atau merupakan tuntutan dari kelompok yang bertempur untuk dirinya sendiri yang mendakwa ‘pemerintahan’ mereka atas wilayah perang yang berada dalam keadaan yang tetap. Kebanyakan Muslim tidak pernah mendengar dari mimbar masjid bahawa dakwaan dari satu kelompok untuk mengikuti pemimpin mereka sebagai ketua, tanpa baiah adalah hal yang tidak sah, seperti dakwaan ‘kenegaraan’ oleh mereka ketika tidak ada kawalan atas negeri yang aman yang dapat benar-benar disebut negara.

Sebab Ketiga, Khilafah adalah kenderaan yang memberikan kesedaran dengan menjadikan solusi Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah-masalah di dunia Muslim. Kaum Muslim di British tidak lagi peduli dengan saudara-saudara mereka yang menderita atau yang melarikan diri dari zon perang; yang hidup di bawah penjajahan atau yang berada dalam kemiskinan; atau berada di bawah pemerintahan yang korup. Mereka biasanya mengungkapkan keprihatinannya dengan tindakan berupa bantuan amal. Namun, hanya untuk memperbaiki masalah dengan menawarkan solusi yang lebih baik dan paliatif – yakni untuk meringankan atau mengurangi penderitaan tanpa menyembuhkan.

Sebab Keempat, bukan hanya umat Islam yang memerlukanan Khilafah, tetapi juga seluruh dunia! Ruang lingkup Khilafah – dan Islam pada umumnya – bukan hanya terhad kepada masalah di dunia kaum Muslim – tetapi juga masalah yang dihadapi oleh dunia secara keseluruhan, kerana ruang lingkup Islam adalah seluruh umat manusia. Tidak kira sama ada itu adalah kemiskinan global, ketidakstabilan ekonomi, ketidakamanan politik, pelanggaran hak-hak asasi masyarakat, kerosakan alam sekitar, ancaman wabak global atau memberantas malaria – semua perjuangan di abad dua puluh satu ini adalah perjuangan umat Islam yang ingin menjadi sebahagiannya kerana mereka mengakui bahawa Islam datang untuk membimbing ‘manusia’ – baik kepada umat Islam mahupun bukan Islam – terhadap pemecahan semua masalah ini – baik yang kompleks mahupun yang sederhana.

Sebab TERAKHIR, adalah tidak benar untuk menganggap bahawa berdirinya Khilafah adalah sesuatu yang mustahil. Tidak ada seorang pun yang boleh meremehkan masalah-masalah yang dihadapi oleh dunia Muslim. Namun, hal itu tidak bererti bahawa Khilafah tidak boleh muncul kembali dan membawa banyak hal yang diperlukan yakni persatuan, kestabilan, kekuatan, keadilan dan rahmat dari Islam. Negara Madinah didirikan oleh Rasulullah (Saw) ketika musuh-musuhnya berkolaborasi untuk membunuhnya.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment