Tuduhan Jahat & ‎Mitos Feminisme Terhadap Islam & Wanita 2:Agenda ‪‎WOMENOMICS‬: Pentingnya Pemerkasaan ‪Wanita‬ Dalam Sektor Ekonomi

Tuduhan Jahat & ‎Mitos Feminisme Terhadap Islam & Wanita 2‬: Agenda ‪‎WOMENOMICS: Pentingnya Pemerkasaan ‪Wanita‬ Dalam Sektor Ekonomi Untuk menjamin Kesejahteraan dan Hak-Hak Ekonomi Wanita


Pemerkasaan tenaga wanita dalam sektor ekonomi rancak diperkatakan diseluruh dunia. Pada tahun 2015 bertepatan dengan peringatan 20 tahun Beijing Declaration and Platform for Action, suatu roadmap bersejarah yang ditandatangani oleh 189 negara untuk merealisasikan hak-hak wanita. Dalam bidang ekonomi, terdapat 6 tujuan strategisk diantaranya adalah mempromosikan kemandirian dan hak-hak ekonomi wanita termasuk kesetaraan akses pada pekerjaan, kelayakan lingkungan kerja, serta mempromosikan harmonisasi tanggungjawab antara pekerjaan dan keluarga bagi wanita dan lelaki.

Persoalannya adalah benarkah setelah dua puluh tahun wanita di planet Bumi ini telah betul-betul perkasa dan sejahtera?

Agenda Womenomics : Simbiosis Jahat antara Feminisme dan Kapitalisme

Deklarasi Beijing yang dipuji PBB sebagai, “sebuah peta jalan visioner untuk hak-hak dan pemerkasaan wanita…” Namun, 2 dekad berjalan, janji-janjinya kepada wanita bagaikan puing-puing runtuhan, di tengah ikrar-ikrar dan harapan yang diingkari. Demikian pula kegagalan jelas nampak dari area fokus “wanita dan ekonomi” yang memiliki 6 tujuan strategik dalam mempromosikan hak-hak ekonomi wanita, namun alih-alih mensejahterakan program-program ekonomi global untuk wanita justeru malah menjerumuskan jutaan wanita dalam jurang eksploitasi dan kerosakan peradaban.

PBB mendakwa bahawa salah satu capaian pentingnya adalah sekitar 50% wanita di dunia mendapat upah dan gaji dari pekerjaan mereka, meningkat dari tahun 1990 yang hanya 40%. Begitu juga dalam peningkatan penyertaan wanita dalam per kerjaan, di mana kawasan dengan rating tertinggi adalah Asia Timur dan Pasifik sebesar 62%, terendah berada di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara sebesar 20%, sementara Amerika Latin dan Caribbean sebesar 54%.[1] Namun rupanya PBB lupa mencatat bahawa di kurun waktu yang sama telah terjadi peningkatan hebat dalam statistik eksploitasi wanita secara global, sebanyak 44 juta wanita dan kanak-kanak perempuan terpaksa menjadi pekerja domestik – mengalami kekerasan dan eksploitasi dalam lingkungan kerjanya – jumlah ini melonjak hebat sebanyak 19 juta orang selama 18 tahun terakhir (ILO, Domestic workers around the world, 2013). Kita juga perlu mengingatkan UN Women bahawa terdapat 11,55 juta wanita menjadi korban buruh paksa, dan justeru kawasan Asia-Pacific tercatat yang paling tinggi sebanyak 56% dari angka global (ILO, 2012); Kita juga tidak lupa bahawa lebih dari satu juta manusia hari ini hidup dalam kemiskinan dan majoritinya adalah kaum wanita, sementara itu 70% wanita adalah korban jaringan perdagangan manusia, di mana 49% adalah wanita dewasa, dan 21% kanak-kanak perempuan (UNODC, 2014). Semua statistik ini jelas menunjukkan kegagalan total janji-janji Deklarasi Beijing terhadap wanita, khususnya dalam sektor ekonomi.

Kegagalan spektakular Deklarasi Beijing dan puluhan persidangan lainnya dalam memenuhi hak-hak ekonomi wanita tiada lain bersumber dari (1) menggunapakai idea sekular kesetaraan gender yang buta dan merupakan fiksyen semata-mata sebagai pendekatan pemecahan masalah kaum wanita dan (2) menutup mata dari hegemoni sistem dan ideologi Kapitalisme yang merupakan sumber bencana kemanusiaan dan telah melumpuhkan ekonomi negeri-negeri Muslim, menghasilkan kemiskinan besar-besaran, perampasan hak-hak asasi jutaan wanita serta membawa mereka ke dalam jurang eksploitasi dan jaringan perdagangan manusia.

Di sisi lain ini membuktikan kerentanan idea cacat feminisme dan kesetaraan gender yang dengan mudahnya ditunggangi oleh kerakusan Kapitalisme, meskipun gerakan feminisme ini memiliki akar Marxism yang anti kapitalisme tetapi hari ini ia telah bersimbiosis dengan kekuatan jahat kapitalisme, terlihat jelas dari konsep beracun yang baru mereka perkenalkan iaitu “gender capitalism” ataupun womenomics. Paradigma baru ini menunjukkan adanya global nexus antara paradigma kesetaraan gender dengan gerakan baru pelaburan global dari koalisi negara-negara kapitalis, lembaga-lembaga kewangan antarabangsa dan serantau, NGO dan PBB yang fokus melabur kepada wanita dan kanak-kanak perempuan selama satu dekad terakhir. Presiden Bank Dunia Jim Yong Kim, menyatakan pada tahun 2012 lebih dari 80% pinjaman dan dana hibah Bank, atau sebesar lebih dari 28 juta dolar AS, diperuntukkan kepada projek terkait gender. Tidak hairan kerana sejak 2006 Bank Dunia sudah mengakui bahawa memberdayakan wanita adalah “smart economics”.

Simbiosis ini sesungguhnya bukanlah fenomena baru di negeri-negeri Muslim. Sejak seabad terakhir telah terjadi perkawinan yang tidak dinafikan lagi antara feminisme dan kolonialisme di dunia Muslim, yang terus berlanjut ke zaman modern di mana gerakan gender capitalism atau womenomics adalah perwujudan dari penjajahan ekonomi dengan lensa gender yang digerakkan oleh Kapitalisme. Motivasi mereka tidak lain adalah untuk pertumbuhan ekonomi ditengah situasi krisis kewangan global yang membelit negara-negara dan sistem kewangan kapitalis. Persis seperti yang dinyatakan oleh Adrienne Roberts bahawa gerakan Transnational Business Feminisme dipacu oleh paksi krisis kewangan global pada tahun 2008. [2] Mengutip kenyataan Hillary Clinton“… Limiting women’s economic potential is for every country like leaving money on the table. It doesn’t make sense, especially when we are still struggling to grow our way out of the economic crisis.” [3] Kerana itu penting bagi kita untuk menyedari bahawa disebalik derasnya program seperti pemerkasaan ekonomi wanita, wanita di desa dan perusahaan kecil dan sederhana; tidak lain adalah sebahagian dari strategi Barat untuk mencipta pasaran bagi produk mereka dan meningkatkan daya beli masyarakat yang kuncinya ada di tangan wanita yang memegang kawalan ekonomi rumah tangga. Program-program ini dijalankan bukan dengan motif yang lurus untuk menghapuskan kemiskinan ataupun untuk membangun kesetaraan bagi kaum wanita melainkan hanyalah kepentingan perniagaan kapitalis agar pasaran tetap stabil dan daya beli masyarakat tetap kuat sehingga mereka boleh menyelamatkan Kapitalisme yang sedang di ambang kebangkrapan.

Walhasil, tidaklah aneh jika janji-janji deklarasi Beijing demikian sulit dipenuhi, kerana di samping keliru dalam berpegang pada kaedah (method) perubahan berasaskan gender yang cacat, program pemerkasaan ekonomi wanita ini telah memberikan karpet merah pada kapitalisme untuk terus menjajah negeri-negeri Muslim dan mengeksploitasi jutaan wanita. Mari kita kaji lebih jeli pada kajian kes dua negara iaitu Jepun dan Indonesia yang berada di kawasan Asia Pasifik – yang menurut statistik PBB adalah kawasan yang paling tinggi angka penyertaan wanitanya dalam tenaga kerja, benarkah wanita Jepun dan Indonesia telah perkasa dan sejahtera?

Pertumbuhan Ekonomi Membunuh Generasi dan Merosak Peradaban (Kes kajian: Jepun)

Jepun adalah salah satu negara maju yang menonjol dalam mengaruskan program womenomics di negaranya, di mana sejak 2012 Perdana Menteri Shinzo Abe melancarkan pakej pembangunan Abenomics-nya dan mendakwa bahawa “Abenomics tidak akan berjaya tanpa ‘womenomics’.” Abe juga telah mengumumkan pakej reformasi untuk merangsang program Womenomics, termasuk memastikan perkhidmatan penjagaan anak yang memadai untuk 300 000 orang anak pada Mac 2020; mengkaji semula cukai dan sistem jaminan sosial untuk memastikan sokongannya kepada pekerja wanita. Selain itu pemerintah Jepun juga menyasarkan untuk meningkatkan angka pekerja wanita (usia 25-44 tahun) dari 68% (pada 2012) menjadi 73% pada 2020, kemudian turut menyasarkan agar 30% wanita menjawat jawatan kepemimpinan pada 2020.

Sejak program Abenomics ini semakin banyak wanita berkerjaya di Jepun melakukan pembekuan sel telur mereka dan menyimpannya untuk kehamilan di masa depan. Garis panduan pelaksanaan telah diadopsi oleh the Japan Society for Reproductive Medicine sejak November 2013 yang lalu di mana garis panduan ini membenarkan wanita yang belum menikah untuk melakukan pembekuan sel telur tanpa apa-apa alasan perubatan. Repro Self Bank, sebuah institusi swasta di Tokyo bahkan telah melancarkan program pembekuan sel telur sejak Mei 2013. Namun apa yang sebenarnya terjadi? Pengarusan womenomics ini tidak lebih merupakan bumper bagi krisis ekonomi hebat yang tengah melanda Jepun. Setelah hampir seabad penerapan Kapitalisme di Jepun dengan masa keemasan dari tahun 1960-an hingga 1980-an –pertumbuhan ekonomi rata-rata 10% pada 1960-an, 5% pada 1970-an, dan 4% pada 1980-an – serta angka penglibatan tenaga kerja wanita tertinggi di dunia (lebih dari 50% sejak 1980-an) membuatkan Jepun kini perlu membayar harga yang mahal bagi kerosakan sosial dan krisis populasi sebagai akibatnya. Seruan dari pada ketua biro imigresen Tokyo boleh merefleksikan krisis hebat yang sedang melanda negeri matahari terbit itu; “Kita memerlukan sebuah revolusi imigresen yang membawa masuk 10 juta orang ke Jepun dalam 50 tahun ke depan, kalau tidak ekonomi Jepun akan runtuh! sekarang saatnya “berpopulasi atau binasa” dan Jepun mesti mengubah mentalitinya!” Anggaran terbaru pemerintah Jepun mendapati bahawa pada 2060 populasi Jepun akan merosot dari 127 juta menjadi 87 juta jiwa, dengan 40% penduduknya berusia lebih dari 65 tahun.

Pertumbuhan ekonomi tinggi akibat kapitalisasi di Jepun telah menghantarkan pada kerosakan sosial yang parah dan pengurangan penduduk, sebagai contoh kadar bunuh diri di Jepun lebih tinggi 60% dari kadar-kadar dunia, dengan 30 000 orang mati bunuh diri setiap tahun atau sekitar 80-100 orang Jepun mati bunuh diri per harinya, juga angka bunuh diri kanak-kanak juga tinggi, tercatat 18 000 kanak-kanak di bawah usia 18 tahun membunuh diri sejak 1972 hingga 2013. Di sisi lain keganasan terhadap kanak-kanak juga menjadi masalah besar di Jepun, total 73 765 kes keganasan terhadap kanak-kanak terjadi pada 2013- kadar tertinggi dan untuk pertama kalinya yang menembusi 70 000 kes. Pada Mac 2015 pemerintah Jepun juga mengungkap data bahawa 10% wanita Jepun telah menjadi mangsa keganasan dan penghendap (stalker), dan 29% dari mereka mengatakan insiden tersebut membawa kepada ketakutan dalam hidup mereka.

Inilah harga mahal yang mesti dibayar oleh Jepun, yang jelas menderita sindrom Chicago – sebuah istilah yang diperkenalkan oleh seorang professor Malaysia Mohd Kamal Hassan yang mengenali ciri dari kehidupan kota – kota Besar di negara-negara Kapitalis dengan gejala “mencapai kemajuan ekonomi namun mengalami kerosakan peradaban” dan ini merupakan karakter dari negara-negara maju hari ini di mana pembangunan pesat senantiasa diiringi dengan krisis sosial, keruntuhan institusi keluarga, meluasnya kadar jenayah, keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak, tingginya angka bunuh diri, sehingga merosotnya angka kelahiran dan pernikahan akibat penglibatan wanita sebagai tenaga kerja secara bsar-besaran. Apa yang mereka sebut sebagai “kemajuan dan kemodenan” seperti yang ditawarkan Kapitalisme justeru menjadi resepi mujarab bagi pengurangan aliran umat manusia besar-besaran, kerana membuat masyarakatnya lebih menghargai material dan kesenangan fizikal daripada bangunan masyarakatnya.

Pemerkasaan Ekonomi Wanita = Eksploitasi Kemanusiaan! (Kajian kes: Indonesia)

Indonesia merupakan contoh menarik dari sebuah negeri Muslim yang mengaruskan program pemerkasaan ekonomi wanita. Ironi dan juga getir kerana negeri Muslim terbesar dan berlimpah kekayaan alamnya ini mengirim jutaan wanitanya sebagai pekerja asing di luar negeri, sementara jutaan lainnya di dalam negeri terbelenggu dalam kemiskinan dan terpaksa menjadi ketua rumah tangga.

Di dalam negeri, komitmen pemerintah Indonesia sangat kuat untuk memperluas akses kewangan dan mengembangkan kapasiti wanita dalam UMKM (perusahaan kecil dan sederhana), di mana lebih dari 60% pengusaha UMKM Indonesia adalah wanita. Apatah lagi pada tahun 2012, dianggarkan ada sekitar 7 juta wanita di Indonesia yang berperanan sebagai ketua keluarga dan mereka hidup dibawah garis kemiskinan dengan pendapatan dibawah US$ 1 dollar. Jumlah ini mewakili lebih dari 14% dari total jumlah rumah tangga di Indonesia. Bahkan menurut LSM Pemerkasaan Wanita Ketua Keluarga (PEKKA), sebenarnya jumlah wanita sebagai ketua keluarga di Indonesia datanya mencapai 10 juta orang. Potensi inilah yang dilirik oleh Bank Dunia yang menyatakan bahawa Indonesia merupakan pemain besar dalam pertumbuhan ekonomi di kawasan Asia Timur dan Pasifik kerana memiliki pasaran domestik yang besar, bahkan terbesar di ASEAN. Boleh dilihat dari data Kementerian Perdagangan melalui besarnya catatan permintaan terhadap produk-produk pengguna pada tahun 2012 yang mencapai Rp 275 trillion. Potensi besar dari pengguna Indonesia ini semakin membuatkan negara-negara dan lembaga Kapitalis tergiur untuk menjual produk-produknya ke negeri ini. Kerana itulah mereka menginginkan pasaran tetap stabil, yakni daya beli masyarakat tetap kuat. Dan kuncinya ada di tangan wanita yang memegang kawalan ekonomi rumah tangga.

Sementara di luar negeri, Indonesia terus mengirimkan jutaan wanita ke luar negeri sebagai pekerja asing domestik, di mana sebanyak 6 juta wanita Indonesia menjadi pembantu rumah tangga di luar negeri (ILO, 2012), kerana dianggap telah menguatkan pertumbuhan ekonomi Indonesia dengan aliran masuk kiriman wang -dana yang dibawa masuk oleh pekerja asing ke negaranya asalnya- yang mencapai Rp 65 trillion pada tahun 2012. Namun apa yang terjadi? Setiap tahun jumlah keganasan dan kematian tenaga kerja wanita di luar negeri semakin meningkat, data dari Migrant Care Indonesia menyatakan bahawa kes keganasan mencecah angka 5314 orang, pada tahun 2009, sedangkan tahun 2010 kes kematian mencapai angka 1075 orang. Laporan lembaga Amnesty Internasional pada tahun 2013 juga menunjukkan masalah serius dengan menyoroti keadaan “seperti perhambaan” yang dihadapi oleh 300 000 wanita Indonesia yang bekerja di Hong Kong sebagai pembantu rumah. Kemiskinan dengan jumlah besar yang melanda negeri ini menjadikan kaum wanita, baik sebagai isteri mahupun anak, turut berjuang mencari nafkah. Akhirnya 1 dari 54 orang wanita Indonesia mesti bekerja di luar negeri, membantu kewangan keluarga, meninggalkan anak-anak mereka, dan menyebabkan mereka terpaksa mesti untuk mengkompromikan peranan penting mereka sebagai ibu dan pemelihara generasi masa depan dan mengalami `dehumanisasi' besar-besaran akibat perdagangan manusia.

Inilah potret wanita Indonesia yang ‘perkasa' secara ekonomi, alih-alih kesejahteraan yang diperoleh justeru merupakan eksploitasi secara besar-besaran yang mereka perolehi. Di dalam negeri mereka menjadi target pasaran dan di luar negeri dipandang tidak lebih dari sekadar komoditi untuk menghasilkan kiriman wang bagi pertumbuhan ekonomi ala kapitalistik.
Visi Politik Baru Pemerkasaan Wanita

Dua kajian kes di atas adalah jawapan bagi pertanyaan awal tadi, bahawa pemerkasaan ekonomi wanita sebenarnya dipersembahkan untuk mempertahankan sistem kapitalisme yang bankrap. Kapitalisme yang diterapkan di Jepun mahupun di Indonesia menjadikan ekonomi sebagai ruh penggerak utama pemerkasaan wanita, sementara kempen kesetaraan gender hanyalah kosmetik yang dipakai untuk mengoles program kapitalistik ini agar terlihat lebih memihak wanita.
Sangat kontra dengan Kapitalisme, Islam tidak memandang wanita sebagai komoditi ekonomi, melainkan sebagai manusia yang mesti dilindungi dan selalu diringankan secara kewangan oleh kerabat lelaki mereka ataupun oleh negara sehingga mereka boleh memenuhi peranan vital mereka sebagai isteri dan ibu, sementara pada masa yang sama Islam juga membenarkan wanita untuk mencari pekerjaan jika mereka menginginkannya. Namun wanita mestilah berada dalam keadaan bebas dari tekanan ekonomi dan sosial dalam bekerja, sehingga tanggungjawab rumah mereka tidak terganggu. Kaum wanita juga mestilah bebas dari keadaan yang menindas mereka berperanan lebih sebagai pencari nafkah sekaligus pengurus rumah tangga untuk keluarga mereka.
Dunia memerlukan visi politik baru pemerkasaan wanita, visi yang mampu melindungi, mensejahterakan sekaligus mengangkat kedudukan wanita. Pemerkasaan utama wanita dalam pandangan Islam, adalah mengoptimumkan peranannya sebagai penjaga peradaban dan pendidik generasi masa depan. Kaum Muslimah memegang peranan penting dalam mempertahankan keluarga dan sekaligus identiti Islam masyarakat Muslim berpadu dengan kewajipan politiknya sebagai Muslimah dalam dakwah dan memuhasabah penguasa. Ibu yang cerdas, beriman dan sedar akan tugas utamanya, akan melahirkan generasi-generasi pejuang yang akan memperbaiki keadaan umat Islam. Allah Swt berfirman :

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (TMQ. An-Nahl : 197)

Program womenomics ala Kapitalis telah menghancurkan kewujudan dan peranan utama wanita ini, akibatnya yang terjadi adalah penyakit sosial dan kejahatan merajalela, padahal kezaliman yang paling buruk adalah rosaknya moral dan integriti kaum wanita, kerana akan menjalar ke seluruh sendi sosial masyarakat. Oleh yang demikian, Islam juga telah memberikan sebuah sistem yang satu dan komprehensif yang akan memberi visi politik baru bagi pemerkasaan wanita. Sistem ini tiada lain adalah Khilafah Islam yang sangat berkredibiliti dan telah teruji dalam menangani kemiskinan sekaligus tetap menjaga kehormatan wanita. Ini adalah negara yang menerapkan sistem ekonomi yang sihat yang menolak model kewangan cacat Kapitalis yang berasakan bunga (riba'), melarang penswastaan sumberdaya alam dan melarang warga asing melakukan pelaburan yang besar dalam pembangunan infrastruktur, pertanian, industri dan teknologi. Tunjang kebijakannya diarahkan untuk mengupayakan pengagihan kekayaan yang efektif dalam menjamin keperluan pokok semua warga negaranya, di saat yang sama juga meletakkan produktiviti ekonomi yang sihat sesuai dengan fitrah manusia, sehingga mencegah dehumanisasi besar-besaran bagi kaum wanita. Hal ini juga akan memungkinkan kaum lelaki memenuhi kewajipannya untuk menafkahi keluargnya, sedangkan dalam masa yang sama negara diwajibkan untuk menafkahi kaum wanita yatim yang tidak lagi memiliki kerabat lelaki untuk menafkahi mereka. Marilah kita berjuang demi kembalinya Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah – seorang pemimpin yang tulus, yang akan mengangkat beban ekonomi yang terlampau berat dari punggung-punggung umat Islam dan menempatkannya di atas bahunya yang kuat.

Daripada "Kesetaraan Hak Ekonomi Perempuan, untuk Perempuan atau untuk Kapitalisme? (Kritik terhadap Janji Deklarasi Beijing+20 dalam Bidang Ekonomi"

ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
oleh Fika Komara (Anggota Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir Asia Tenggara)
7 Oktober 2015

[1] Review and appraisal of the implementation of the Beijing Declaration and Platform for Action and the outcomes of the twenty-third special session of the General Assembly | Report of the Secretary-General, 15 December 2014
[2] Adrienne Roberts, The Political Economy of “Transnational Business Feminism”, 2014
[3] Pidato Hillary Clinton pada forum APEC Women and the Economy Forum, 29 June 2012
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment