Beginilah Cara Khilafah Menjaga Akidah Umat


Salah satu tujuan mulia (maqshud) dari diturunkan Islam adalah Hifzhu ad-Diin, iaitu penjagaan terhadap agama, dalam aspek akidah dan syariah. Penjagaan Islam terhadap agama, adalah dengan menjadikan kekuasaan sebagai pelindung akidah dan juga syariah.

Khilafah akan menjamin hak beragama setiap rakyatnya dan khususnya menjaga keutuhan akidah umat Islam dengan menerapkan hukuman yang tegas ke atas muslim yang murtad atau menjatuhkan maruah Islam.

Di samping itu, Khilafah juga menanamkan akidah Islam yang sahih melalui pendidikan yang diadakan di semua wilayah negara bermula dari pendidikan tahap rendah, menengah hingga pendidikan tinggi. Negara wajib menjadikan akidah dan syariah Islam sebagai rujukan untuk merangka kurikulum pendidikan formal dan tidak formal.

Khilafah juga membina kesedaran politik rakyat sehingga mereka dapat merespon terhadap setiap usaha oleh pihak tertentu yang mahu menghancurkan akidah Islam, seperti kemunculan gerakan atau parti politik yang menyebarkan sekularisme, liberalisme, sosialisme, marxisme, demokrasi dan fahaman-fahaman kufur yang lain.

Khilafah juga menjatuhkan hukuman yang sangat berat terhadap individu atau kumpulan yang berusaha menyebarkan fahaman sesat. Negara boleh menjatuhkan hukuman ke tahap hukuman mati bagi sesiapa sahaja yang berusaha menyebarkan fahaman sesat seperti Liberalisme, Bahaiyah, Inkar as-Sunnah, Rafidhah, dan kumpulan-kumpulan sesat yang lain.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment