Forum Muslimah Sempena Kempen CSCK di KL

27 Mac 2016, Kuala Lumpur - Forum Muslimah anjuran Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia Kuala Lumpur (MHTM KL) sempena siri Jelajah “Roadshow Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah” (CSCK) telah berjaya di adakan di Dewan Kuliah salah sebuah Surau Jumaat di ibu kota.


Forum yang mengangkat isu 'Kesetaraan Gender' yang diperjuangkan oleh golongan feminis telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para Muslimah sekitar ibukota sehingga dewan kuliah dan ruang solat dipenuhi dengan kehadiran penonton.




Forum tersebut menghadirkan dua ahli panel jemputan iaitu Ustazah Aisyah Rahmat dan Ustazah Ummu Hajar daripada Lajnah Muballighah MHTM.

Kedua- dua ahli panel berjaya mengetengahkan kerosakan agenda perjuangan kelompok Feminis dan menjelaskan kefahaman yang sebenar terhadap syariat Islam yang hakikatnya sangat bercanggah dengan agenda 'syariah' yang dibawa oleh kelompok feminis-liberal. Kemudian, para panel memberi penekanan bahawa penerapan Islam secara Kaffah (menyeluruh) dalam bingkai Negara Khilafah Islamiyyah dapat membentengi para Muslimah di semua peringkat daripada terjebak dengan perjuangan yang salah ini.




Muslimah yang hadir turut diberi peluang untuk berinteraktif dengan ahli panel dalam sesi soal jawab. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua peserta yang hadir.

Siri Roadshow ini akan dilaksanakan di seluruh Malaysia secara berterusan sempena Kempen CSCK sebagai satu momentum bersepadu MHTM dalam menyedarkan para Muslimah di Malaysia tentang syariat Islam dan seterusnya memupuk kecintaan dan kerinduan Muslimah terhadap penerapan syariat Islam secara menyeluruh di dalam kehidupan mereka yang hanya boleh dilaksanakan di bawah naungan Daulah Khilafah Islamiyyah sebagai mana yang di janjikan oleh Baginda SAW,

".....Akan Kembali Kekhilafahan atas Manhaj Kenabian..." [HR Ahmad].

Wallahu alam












Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia, sila hubungi kami di

Facebook: mhtm1924 / Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia
Email: media.mhtm@gmail.com
Sertakan Nama, No Telefon, Email, Alamat.

“Bersama Mengembalikan Kehidupan Islam Kaffah dengan Syariah dan Khilafah”
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment