Hizbut Tahrir Turki Kutuk Serangan Bom Ankara

Kenyataan Media: Kami Mengutuk Serangan di Ankara dan Kami Menyatakan Sekali Lagi bahawa Penyerangnya adalah Para Imperialis


Menurut kenyataan pertama dari wilayah Ankara, bahawa 27 orang maut dan 75 orang cedera dalam ledakan bom di Ankara, lebih tepat lagi di wilayah Kizilay, pada hari Ahad, 13 Mac 2016. Sekali lagi serangan ganas ini menunjukkan kepada semua, apa itu terorisme dan siapa teroris sebenar. Jelas menunjukkan bahawa teroris adalah raksasa yang tidak mempunyai perasaan.

Kami Hizbut Tahrir Turki mengutuk serangan pengecut ini, di mana rakyat awam menjadi target serangan dan kami memohon kepada Allah SWT untuk memberikan rahmat-Nya kepada kaum Muslim yang terbunuh, serta kesabaran buat ahli keluarga mangsa, dan kesembuhan yang cepat bagi mereka yang cedera.

Sesungguhnya, telah jelas menunjukkan bahawa negara-negara imperialis Barat adalah dalang disebalik serangan ini. Mereka pakar dalam mencipta kekacauan dan mengambil keuntungan daripadanya, serta mendukung teroris dan mempergunakannya untuk tujuan mereka sendiri. Kesannya, orang-orang yang tidak berdosa menjadi mangsa korban. Kemudian tanpa rasa malu dan segan, mereka pula mengutuk pengebom yang terlibat dalam serangan!

Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati terhadap negara-negara teroris seperti Amerika Syarikat, Britain, Rusia, Perancis dan entiti Yahudi. Malah, kita juga tidak boleh percaya dengan persahabatan mereka yang penuh dusta. Seterusnya kita hendaklah menutup kedutaan mereka dan memutuskan semua hubungan dengan mereka. Jika kita tidak melakukannya, maka pertumpahan darah tidak akan pernah berhenti, dan aksi terorisme tidak akan pernah berakhir, kerana satu-satunya yang menjadi keutamaan para imperialis adalah kehidupan dan kepentingannya sendiri yang tidak pernah berakhir. Jelas menunjukkan bahawa kedutaan besar Amerika Syarikat telah memberi notis peringatan berjaga-jaga buat warganya terkait serangan di Ankara dua hari sebelum kejadian!

Seperti biasa, beberapa kenyataan telah dibuat oleh pihak berkuasa setelah serangan berlaku bahawa semua dalang dan kekuatan disebalik serangan itu telah diketahui, dan tanpa ragu-ragu perjuangan akan terus dilakukan. Tidak penting untuk mengetahui siapakah dalangnya, namun yang penting adalah mengungkap para penjahat yang sebenarnya. Sungguhpun begitu, walau kita mengetahui siapakah dalang atau aktor intelektual disebalik serangan tersebut, sehingga masyarakat yang merasakan pedih dan sakitnya turut mengetahuinya, dan walaupun terdapat pihak yang berani untuk mengumumkam dalang dan penyerangnya, bagaimana mereka akan betanggungjawab?? Bagaimana mereka mahu menanggung harga pembunuhan dan pembantaian yang telah mereka lakukan??

Sesungguhnya jalan kebesaran umat, kekuatan dan kedalaman strategi yang dimilik umat adalah jelas. Begitu juga dengan masa silam kami, budaya kami dan sejarah kami semuanya jelas. Siapa teman-teman kami dan musuh-musuh kami semuanya juga jelas. Oleh kerana itu, kami wajib memutuskan semua hubungan kami dengan Barat dan kembali ke asal usul kami, iaitu Islam. Kami waiib percaya bahawa keselamatan kami hanya dalam Islam. Kami wajib percaya kepada Tuhan kami, dan kami akan tetap bersama kaum Muslim, namun bukan kaum Muslim yang berfikir seperti Barat! Dan kami tidak akan bersama dengan para penyeru demokrasi! Kami juga tidak akan bersama dengan mereka yang telah menjadikan Washington sebagai kiblatnya, dan mereka yang mencari kekuasaan di barisan kaum imperialis!

Akhirnya, sekali lagi kami mengutuk serangan pengecut ini, dan mengatakan kepada semua pemimpin, jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan memberikan kamu kemenangan sebagai balasannya. Ingatlah, bahawa Tuhan semesta alam tidak akan membiarkan orang-orang yang menolong agamaNya dalam kelemahan! Akan tetapi, jika kamu bergantung pada Amerika Syarikat, maka kamu akan dihinakan, kerana apabila Amerika Syarikat mendapatkan orang yang lebih setia dan lebih realistik daripada kamu, maka Amerika akan meninggalkan kamu dengan segera.

Amerika akan menyingkirkan kamu dan menendang kamu sejauh mungkin setelah Amerika mempergunakan kamu. Amerika tidak akan pernah menunjukkan kesetiaan kepada kamu atas apa yang telah kamu lakukan. Apabila saat ini berlaku, maka kamu akan kehilangan dunia, akhirat dan kehormatan diri. Sesungguhnya kamu hendaklah melihat realiti ini menggunakan naluri sebelum terlambat serta berjuanglah untuk mendirikan Khilafah Rasyidah ‘ala minhājin nubuwah yang akan menyelamatkan kamu dan menyelamatkan seluruh kaum Muslim.

Pejabat Media Hizbut Tahrir
Wilayah Turki
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment