Ilmu & Teknologi Maritim untuk Khilafah

Bagaimana dan seperti apakah ilmu dan teknologi maritim jika satu saat nanti dunia Islam bersatu di dalam Negara Khilafah?

Allah mengurniakan umat Islam dengan tanah yang sangat luas, terbentang luas dari Lautan Atlantik hingga ke Lautan Pasifik. Di atasnya terdapat padang pasir, pergunungan bersalji, hutan tropika dan pulau-pulau yang wujud laksana zamrud khatulistiwa dan semuanya berada di atas jalur strategi perdagangan dunia.

Dua negara dengan jumlah pulau terbanyak di dunia adalah Indonesia dan Filipina. Indonesia adalah negara dengan peduduk Muslim terbesar di dunia. Filipina sebelum dijajah bangsa Barat adalah sebuah kesultanan Islam. Kerana itu, adalah sangat relevan jika kita tertanya-tanya bagaimanakah ilmu dan teknologi maritim negara Khilafah pada zaman dahulu, dan seperti apakah teknologinya apabila Khilafah tegak kembali nanti.

Khalifah Umar bin Khattab adalah orang yang pertama membina kapal perang untuk angkatan tentera laut Muslim menghadapi Romawi. Romawi memiliki tanah jajahan di seberang lautan seperti Afrika Utara dan Timur Tengah. Melalui negeri-negeri tersebut melalui jalan darat adalah sangat tidak cekap. Oleh sebab itu, untuk mengalahkan Romawi, kaum Muslim perlu mewujudkan angkatan tentera laut. Thariq bin Ziyad menakluk Sepanyol dengan kapal laut, walaupun kemudiannya beliau membakar semua kapalnya agar pasukannya tetap terus berjihad.

Angkatan laut mempunyai beberapa bahagian. Setiap bahagian ada tugas masing-masing. Contohnya, pelaut bertugas mengawal kapal. Tentera marin akan diturunkan dari kapal untuk masuk ke daratan dan bertempur untuk menakluk sesebuah wilayah. Ada penunjuk arah yang memberi tahu kedudukan kapal dan ke mana mereka harus berlayar. Ada petugas isyarat yang akan berkomunikasi dengan semua pihak yang dianggap perlu baik di laut mahupun di darat. Terdapat juga juruteknik mekanik yang memastikan agar kapal tetap berfungsi. Ada bahagian logistik yang memastikan kapal mempunyai kemampuan dayung atau layar yang cukup. Ada juga bahagian pentadbiran yang menjaga agar seluruh bekalan di laut tersusun dan digunakan secara optimal. Semua hal di atas telah dan tetap dipelajari di semua akedemi angkatan laut dari zaman Romawi hingga kini.

Ketika angkatan laut Muslim pertama dibina, modal pertamanya adalah keimanan. Seruan Al-Quran ataupun hadis Rasulullah membuatkan mereka termotivasi, bahawa kaum Muslim adalah umat yang terbaik dan bahawa sebaik-baik pasukan adalah yang berjaya masuk ke dalam Konstantinopel atau Rom. Motivasi mabda’i inilah yang menjaga semngat mereka untuk mempelajari dan mengembangkan berbagai teknologi yang diperlukan. Maka sebahagian kaum Muslim pergi ke Mesir untuk belajar ilmu astronomi. Mereka mengkaji kitab Almagest karangan Ptolomeus agar dapat mengetahui posisi lintang bujur sesuatu tempat hanya dengan membaca jam dan mengukur sudut tinggi matahari, bulan atau bintang. Ada juga yang pergi ke China untuk belajar membuat kompas. Sebahagian lagi mempelajari buku-buku Euclides si pengkaji geografi Yunani untuk belajar membuat peta supaya mereka dapat menentukan posisi dan arah di lautan.

Pembuatan kapal menjadi industri besar di negeri-negeri Islam, baik dalam pembuatan kapal dagang mahupun kapal perang. Selain limbungan kapal utama, terdapat juga limbungan-limbungan kapal peribadi di pinggir sungai-sungai besar dan di sepanjang pantai di daerah Teluk dan Laut Merah. Jenis kapal yang ada bermula dari perahu yang kecil hingga kapal dagang besar dengan kapasiti lebih dari 1000 ton dan kapal perang yang mampu menampung 1500 orang. Pada abad ke 10 Masihi, al-Muqaddasi mendaftar nama beberapa dozen kapal, ditambah dengan jenis-jenis yang digunakan pada abad sesudahnya. Sumber dari China menunjukkan bahawa kapal yang digunakan oleh Cheng-Ho, seorang laksamana Muslim abad ke 15 adalah jauh lebih besar daripada kapal yang digunakan oleh Columbus ketika menemui benua Amerika.

Banyaknya kapal perang yang dibina oleh kaum Muslim di Laut Tengah membuatkan perkataan Arab untuk limbungan kapar, dar al-sina’a, menjadi kosa kata bahasa Eropah iaitu arsenal. Para penguasa Muslim juga memberi perhatian yang tinggi terhadap teknologi maritim. Sebagai contoh, Sultan al-Ayubi (1170) membuat elemen-elemen kapal di limbungan Mesir, lalu membawanya dengan unta ke pantai Syria untuk dirakit. Dermaga perakitan kapal ini terus beroperasi untuk membawa masuk kapal-kapal semasa pertempuran melawan pasukan Salib. Manakala Sultan Muhammad al-Fatih menggunakan kapal-kapal yang diluncurkan melalui bukit ketika menakluk Konstatinopel.

Teknologi ini ditunjangi oleh ilmu bumi daripada ahli-ahli geografi dan penjelajah. Ahli geografi terkenal seperti Al-Idrisi, Al-Biruni dan Ibnu Batutah menyediakan peta-peta yang lengkap dengan deskripsi geografi hasil ekspedisi yang beraneka ragam. Mereka juga menyediakan ilmu pengetahuan, baik yang bersifat fizik seperti meteorologi dan oceanografi, mahupun yang sosial seperti etnologi, yang sangat berguna untuk berkomunikasi dengan suku-suku asing yang tersebar di berbagai pulau terpencil. Para arkitek seperti Mimar Sinan membina mercu-mercu yang lebih kukuh, dan Banu Musa menyediakan lampu-lampu yang tahan angin, sehingga secara keseluruhan dunia pelayaran di negeri Islam menjadi lebih aman.

Di sisi lain, para pujangga menulis kisah-kisah para pelaut dengan menawan, seperti hikayat Sinbad yang terkenal. Selain dari sisi magik yang sesungguhnya hanya penyedap cerita, kisah hikayat tersebut menggambarkan kehidupan pelaut secara nyata sehingga menarik jutaan pemuda untuk terjun ke bidang maritim.

Tanpa ilmu dan teknologi laut yang handal, mustahil daulah Islam yang sangat luas itu mampu berhubung secara efektif, mampu berkongsi sumber dayanya secara adil, dan terus memperluas cakupan pengaruhnya ke seluruh penjuru dunia, termasuk hingga ke Nusantara. Dengan teknologi laut juga negara Khilafah mampu bertahan beberapa abad sebagai negara ‘Superpower’.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment