Indeks Kegembiraan: Lagi Cubaan AS Menutup Kebusukan Kapitalisme

Denmark mengikuti rapat Switzerland yang muncul sekali lagi sebagai negara paling gembira di dunia, sementara negara bergolak, Syria dan Burundi muncul sebagai negara paling sengsara berdasarkan laporan The 2016 World Happiness Report yang berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS) yang disiarkan pada Rabu 16 Mac lalu.


Laporan agensi antarabangsa AFP dipetik, indeks tersebut bertujuan untuk mengukur kegembiraan sebagai antara kaedah menjadikan masyarakat lebih sihat dan efisien. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyiarkan kajian seumpamanya pada 2012.

Norway, Finland, Kanada, Belanda, New Zealand, Australia dan Sweden melengkapi 10 tempat teratas indeks itu dengan tujuh daripadanya merupakan negara-negara kecil dan sederhana di Utara Eropah. Senarai negara paling sengsara pula merangkumi Burundi, Syria, Togo, Afghanistan, Benin, Rwanda, Guinea, Liberia, Tanzania dan Madagascar. Indeks itu merangkumi 156 negara.

Pengumuman indeks ini merupakan manifestasi ilusi yang terdapat dalam penerapan sistem demokrasi-Kapitalisme dan menjadi salah satu propaganda Barat untuk mengaburi umat manusia di seluruh dunia akan kebaikan sistem kufur itu. Negara yang paling banyak mengamalkan kebebasan seperti membenarkan perzinaan, pelacuran, perjudian dan sebagainya akan termasuk dalam negara yang gembira, walaupun dalam masa yang sama kadar cukai di negara tersebut adalah tinggi dan ia tidak sunyi daripada masalah jenayah serta sosial.

Walaupun negara-negara Nordic (Denmark, Finland, Norway, Iceland dan Sweden) dalam senarai tersebut terkenal sebagai negara kebajikan (welfare state) , ia tidak merubah realiti dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi-Kapitalisme di mana golongan yang kaya dan paling gembira ialah golongan pemerintah dan pemilik modal, kerana merekalah yang sebenarnya membolot segala kekayaan negara, manakala rakyat hanya menikmati sisa-sisanya sahaja.

Realitinya juga, jika majoriti penduduk negara tersebut gembira sekalipun, tetapi umat Islam yang tinggal di negara-negara berkenaan tetap ditindas dan mengalami diskriminasi, malah dipandang sebagai pendatang yang berbahaya dan dilihat sebagai pengganas, walaupun umat Islam telah lama menetap di situ dan mendapat kerakyatan negara berkenaan.

Melalui indeks kegembiraan ini juga, Amerika cuba tunjukkan kepada dunia bahawa negara-negara Barat adalah negara yang bagus, manakala negara kaum Muslimin seperti Syria dan Afghanistan yang berada dalam kancah peperangan merupakan negara yang paling menyedihkan. Walhal hakikatnya Amerikalah penyebab utama kepada peperangan dan ketidakstabilan di Syria dan Afghanistan dan kerana Amerikalah, kedua-dua negeri berkenaan masih dalam kancah peperangan hingga sekarang.

Itu dari satu aspek. Manakala dari aspek lainnya, sesungguhnya para mujahidin yang sedang berperang dengan Amerika dan sekutu-sekutunya di kedua-dua negeri berkenaan, berada dalam keadaan gembira kerana mereka sedang melakukan amalan mulia dan ibadat yang tertinggi dalam Islam iaitu berjihad di jalan Allah dan Insya Allah jika mereka syahid, syurgalah balasan mereka dan ini ialah puncak kegembiraan seseorang Muslim.

Kegembiraan hakiki bagi seseorang Muslim bukanlah diukur dengan nilaian duniawi semata-mata, tetapi apabila ia melakukan apa sahaja yang Allah perintahkan dan meninggalkan segala laranganNya. Hal ini tidak sama dengan orang-orang Barat yang mengukur kebahagiaan dengan material, yakni manfaat dunia semata-mata.

Jadi, indeks kegembiraan yang dikeluarkan oleh Amerika ini tidak lebih daripada usaha mereka mencurah minyak wangi ke atas sampah demokrasi-Kapitalisme untuk menutup segala kebusukannya. Apa yang lebih penting, Amerika sebenarnya cuba menutup hakikat bahawa dialah yang menjadi punca sebenar kepada segala penderitaan dan kesengsaraan dunia pada hari ini!!!

Sumber: Hizbut Tahrir Malaysia
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment