Ketua Negara: Mesti Muslim dan Menerapkan Syariat Islam

Sejak zaman Nabi saw dan para sahabat, orang-orang munafik tidak pernah berhenti melemahkan dan menikam kemuliaan Islam dan umat Islam. Mereka sentiasa cuba untuk memalingkan umat Islam dari ajaran agama mereka yang lurus. Malah, mereka tidak teragak-agak untuk bersubahat dengan orang-orang kafir untuk memerangi Islam dan umat Islam; serta membuka jalan bagi orang-orang kafir untuk menguasai umat Islam. Oleh itu, Allah swt dan Rasul-Nya telah menjadikan orang-orang munafik sepadan dengan orang-orang kafir, malah lebih hina lagi.

Bukan itu sahaja, al-Quran telah menetapkan peraturan tertentu bagi orang-orang munafik; termasuk larangan menyembahyangkan jenazah orang munafik, mendoakan, serta memberi kebenaran untuk mengambil bahagian dalam peperangan, dan sebagainya. Peraturan-peraturan ini ditetapkan susaha orang-orang munafik boleh dibezakan dari orang-orang yang beriman, dan juga untuk menghinakan mereka dalam kehidupan dunia.

Salah satu usaha yang dilakukan orang-orang munafik untuk memberi jalan kepada orang-orang kafir menguasai umat Islam adalah mempropagandakan seruan palsu dan sesat mengenai kebolehan orang-orang kafir menjadi pemimpin umat Islam. Mereka berdalih bahawa orang-orang kafir yang berbuat adil dan tidak memusuhi umat Islam harus diperlakukan dengan adil; dan salah satu wujud melakukan keadilan kepada orang kafir yang tidak memusuhi umat Islam adalah memberikan hak kepada mereka (orang-orang kafir) untuk berkhidmat sebagai ketua negara sebagaimana umat Islam. Propaganda sesat dan ganjil ini terus dilancarkan untuk mengubah pandangan umat Islam, sekaligus untuk mewujudkan hasrat orang kafir menguasai umat Islam.

Namun, propaganda ini sama sekali tidak berpengaruh bagi kaum yang beriman. Kerana, larangan melantik orang kafir sebagai ketua negara merupakan perkara ma’lumun minad diin biddharurah. Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan umat Islam dan para ulama mengenai isu ini, baik dari kalangan salaf atau khalaf. Malah, walaupun pada masa ini umat Islam mengalami kemunduran dan kelemahan, namun mereka tetap mempertahankan hukum yang melarang orang kafir memimpin umat Islam.


Imam Nawawi di dalam Kitab Raudhat al-Thaalibiin wa ‘Umdat al-Muftiin menyatakan:

الفصل الأول في شروط الإمامة. وهي كونه مكلفاً مسلماً عدلاً حراً ذكراً عالماً مجتهداً شجاعاً ذا رأي وكفاية سميعاً بعيداً ناطقاً قرشياً وفي اشتراط سلامة سائر الأعضاء كاليد والرجل والأذن خلاف جزم المتولي بأنه لا يشترط وجزم الماوردي باشتراط سلامته من نقص يمنع استيفاء الحركة وسرعة النهوض وهذا أصح.

“Fasal pertama mengenai syarat kepemimpinan Negara (Imamah). Ketua negara (imam/khalifah) hendaklah mukallaf, muslim, adil, merdeka, alim, mujtahid, seorang yang berani, memiliki visi dan kemampuan, mampu mendengar yang jauh, boleh berbicara, dan dari suku Quraisy. Adapun persyaratan hendaklah normal seluruh anggota tubuhnya, seperti tangan, kaki, dan telinga, ada perbezaan pendapat. Menurut al-Mutawalliy, ketua negara tidak disyaratkan mesti normal seluruh anggota tubuhnya. Sedangkan al-Mawardiy mensyaratkan selamatnya anggota tubuh dari kecacatan yang menghalang pergerakannya, atau kecepatan untuk bangun. Dan ini adalah pendapat yang lebih shahih”.[Imam An Nawawi, Raudhat al-Thaalibiin wa ‘Umdat al-Muftiin, juz 3/433]

Apa yang dinyatakan oleh Imam Nawawi juga merupakan pendapat seluruh alim ulama, dan mereka tidak ada khilaf mengenai larangan orang kafir memegang jawatan ketua negara untuk memimpin umat Islam.

Dalil-dalil Sarih Yang Melarang Orang Kafir Memegang Jawatan Sebagai Pemimpin Negara
Adapun dalil yang melarang orang-orang kafir memegang jawatan ketua negara adalah seperti berikut;

Pertama, Allah swt melarang umat Islam membuka jalan kepada orang kafir untuk menguasai umat Islam;

وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

“Dan sekali-kali Allah tidak akan pernah memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman”. [TMQ An-Nisaa’ (4):141]

Jalan yang paling mudah dan penting untuk menguasai umat Islam adalah kepemimpinan dalam urusan negara dan pemerintahan.[Lihat Imam Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 2/233] Atas dasar itu, memberikan hak kepada orang kafir memegang jawatan ketua negara, samalah dengan memberikan jalan kepada mereka untuk menguasai umat Islam. Padahal, ia jelas-jelas dilarang oleh syariat.

Kedua, Allah swt melarang umat Islam menjadikan orang-orang kafir memimpin umat Islam;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan wali (pemimpin)-mu, orang-orang yang menjadikan agamamu sebagai bahan ejekan dan permainan, (iaitu) dari orang-orang yang diberi kitab sebelummu dan orang-orang kafir…” [TMQ al-Mâ’idah (5): 57].

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi walimu (pemimpinmu); sesungguhnya sebahagian mereka adalah wali bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi wali (pemimpin), maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka.” [TMQ al-Mâ’idah (5): 51]; dan sebagainya.

Ayat-ayat di atas adalah larangan sarih (jelas) bagi umat Islam menjadikan orang-orang kafir sebagai ketua negara (pemimpin). Ayat di atas qath’iy al-dilaalah, sehingga tidak membuka ruang adanya perbezaan pendapat mengenai larangan menjadikan musuh-musuh Allah sebagai pemimpin (wali).

Ketiga, Allah swt mewajibkan taat kepada ulil amri yang Muslim. Allah swt berfirman;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

”Wahai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah dia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya” [TMQ An-Nisaa’ (4):59].

Ayat ini orang-orang mukmin wajib mentaati ulil amri (ketua negara) yang berasal dari kalangan orang-orang beriman; dan tidak ada ketaatan kepada pemimpin-pemimpin kafir. Frasa ”minkum” menunjukkan bahawa ulil amri yang mesti ditaati oleh umat Islam adalah ulil amri yang beragama Islam, alias yang beriman. Kemudian, bagaimana kita dibenarkan untuk melantik orang kafir sebagai pemimpin negara, sementara itu, ketua negara itu mesti ditaati oleh orang-orang yang beriman, sedangkan mereka (orang kafir) tidak boleh ditaati oleh orang-orang beriman?

Keempat, hadis-hadis sahih menggariskan kewajipan memisahkan diri dan memerangi pemimpin-pemimpin yang telah terjatuh kepada kekufuran yang nyata. Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari ‘Ubadah bin Shamit, bahawasanya dia berkata:

دَعَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَايَعْنَاهُ فَقَالَ فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنْ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ

“Nabi SAW menjemput kami, lalu kami mengucapkan baiat kepada beliau dalam segala sesuatu yang diwajibkan kepada kami bahawa kami berbaiat kepada beliau untuk selalu mendengarkan dan taat [kepada Allah dan Rasul-Nya], baik dalam kesenangan dan kebencian kami, kesulitan dan kemudahan kami dan baginda juga menunjukkan kepada kami untuk tidak mencabut suatu urusan dari ahlinya kecuali jika kalian (kita) melihat kekufuran yang nyata [dan] memiliki bukti yang kuat dari Allah.” [HR Bukhari].

Hadis di atas menjelaskan bahawa jika seorang penguasa telah terjatuh kepada kekufuran yang nyata, maka orang yang beriman dibenarkan untuk melepaskan ketaatan dari mereka dan wajib memerangi mereka dengan pedang jika mampu.

Al-Hafiz Ibnu Hajar, ketika mengulas hadis-hadis di atas menyatakan, bahawa jika kekufuran penguasa boleh dibuktikan dengan ayat-ayat, nas-nas, atau berita sahih yang tidak memerlukan takwil lagi, maka seorang wajib memisahkan diri darinya. Tetapi, jika bukti-bukti kekufurannya masih samar dan masih memerlukan takwil, seseorang tetap tidak boleh memisahkan diri dari penguasa.[1]

Imam al-Khathabiy menyatakan, bahawa apa yang dimaksudkan dengan “kufran bawahan“ (kekufuran yang nyata) adalah “kufran dzaahiran baadiyan” (kekufuran yang nyata dan terang benderang)[2]

Menurut ‘Abdul Qadim Zallum; larangan memisahkan diri dari penguasa telah dikecualikan oleh pecahan kalimat seterusnya, iaitu, ”kecuali jika kalian (kita) melihat kekufuran secara nyata dan memiliki bukti yang kuat dari Allah.” [HR Bukhari]. Ini menunjukkan, bahawa seorang muslim wajib memisahkan diri dari penguasa, malah boleh memerangi mereka dengan pedang, jika telah terbukti dengan nyata dan pasti, bahawa penguasa tersebut telah terjatuh ke dalam “kekufuran yang nyata.” [3]

Bukti-bukti yang membolehkan umat Islam memerangi khalifah mestilah bukti yang menyakinkan (qath’iy). Ia adalah berdasarkan kepada fakta, bahawa kekufuran adalah lawan kepada keimanan. Jika keimanan mesti berdasarkan kepada bukti-bukti yang menyakinkan (qath’iy), demikian juga mengenai kekufuran. Kekufuran mestilah boleh dibuktikan berdasarkan bukti atau fakta yang pasti, tidak samar, dan tidak memerlukan takwil lagi. Sebagai contoh, jika seorang penguasa telah murtad dari Islam, atau mengubah sendi-sendi ‘aqidah dan syariat Islam berdasarkan bukti yang menyakinkan, maka dia tidak boleh ditaati, dan wajib diperangi. Sebaliknya, jika bukti-bukti kekufurannya tidak pasti, samar , dan masih mengandungi takwil, seorang muslim tidak dibenarkan untuk mengangkat pedang di hadapannya.

Kemudian, bagaimana boleh dinyatakan bahawa orang-orang kafir dibenarkan menjadi ketua negara (pemimpin bagi umat Islam), sementara itu, Nabi saw memerintahkan umat Islam memisahkan diri dan memerangi para penguasa yang telah terjatuh kepada kekufuran yang nyata?

Menolak Syubhat

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ(8)إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

”Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [TMQ Al-Mumtahanah (60):8-9].

Walaupun ayat ini tidak ada kena mengena dengan hukum bolehnya umat Islam menjadikan orang kafir sebagai pemimpin, namun, pelik, sesetengah orang sesat telah menjadikan ayat ini sebagai dalil kebolehan melantik orang kafir sebagai pemimpin negara. Mereka beralasan, bahawa orang-orang kafir yang tidak memusuhi Islam dan umat Islam wajib dilayan dengan adil, dan salah satu refleksi dari ”berbuat adil kepada mereka” adalah memberi hak kepada mereka untuk memegang jawatan sebagai ketua negara memimpin orang beriman.

Pada dasarnya, ayat ini sama sekali tidak berkaitan dengan hukum kepemimpinan orang kafir, tetapi berkaitan dengan hukum umum yang mesti ditunaikan oleh umat Islam kepada orang-orang kafir yang tidak memusuhi Islam dan umat Islam. Apa yang dimaksudkan dengan hukum umum di sini adalah peruntukan hukum Islam yang berkaitan dengan hak-hak orang kafir yang terikat perjanjian dengan umat Islam, sama ada mereka berkedudukan sebagai ahlu zimmah, musta’min, atau pun mu’aahid. Jika orang-orang kafir tidak melakukan permusuhan kepada umat Islam, maka mereka mesti diperlakukan secara adil, dengan jalan menunaikan hak-hak mereka. Sebagai contoh, jika seorang yang beriman merampas tanah atau harta ahlu zimmah, maka seorang Khalifah hendaklah menghukum orang yang beriman tersebut dan mengembalikan hak-hak kafir mu’ahid yang dirampas.

Adapun hukum khusus mengenai larangan menjadikan kaum kafir sebagai pemimpin telah ditetapkan berdasarkan dalil-dalil yang bersifat khusus, dan seorang Muslim wajib mengambil dalil-dalil yang bersifat khusus tersebut.

Seorang Ketua negara Mesti Menerapkan Syariat

Syarat seorang ketua negara, bukan sahaja mesti Muslim, tetapi dia dipilih untuk menerapkan hukum syariat. Jika seorang pemimpin tidak menjalankan dan menerapkan syariat Islam, maka dia tidak sah untuk memegang jawatan kepemimpinan dalam Islam. Kerana, seorang pemimpin (ketua negara) dilantik untuk menerapkan syariat Islam, bukan untuk menegakkan sistem pemerintahan kufur dan menerapkan hukum-hukum kufur. Al-Quran telah menetapkan masalah ini di banyak tempat; antaranya:

Hukum yang dilaksanakan untuk mengatur urusan kenegaraan dan rakyat, hanyalah hukum yang bersumber dari Al-Kitab dan Al-Sunnah. Bukti yang menunjukkan hal ini sangat banyak, antaranya adalah firman Allah swt berikut;

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

“Barangsiapa yang tidak berhukum mengikut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” [TMQ Al-Maidah (5): 44].

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Barangsiapa tidak berhukum mengikut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.” [TMQ Al-Maidah (5):47].

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Barangsiapa tidak berhukum mengikut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” [TMQ Al-Maidah (5): 45].

Ayat-ayat ini telah memberikan batasan yang sangat jelas kepada ketua negara supaya dia mengatur urusan-urusan rakyatnya hanya berdasarkan hukum-hukum Allah swt. Dengan demikian, seorang penguasa dalam menjalankan urusan pemerintahannya hendaklah terikat dengan syariat Islam. Seorang ketua negara dilarang untuk menyelesaikan suatu masalah berdasarkan hukum kufur atau berusaha mengkompromikan Islam dengan sesuatu yang bukan berasal dari Islam. Allah SWT berfirman dalam khithab-Nya kepada Rasul;

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka mengikut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati- hatilah kamu kepada mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” [TMQ Al Maidah (5): 49].

فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ

“Maka putuskanlah perkara mereka mengikut apa yang diturunkan Allah dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.” [TMQ Al-Maidah (5): 48].

Walau bagaimanapun, Islam membolehkan penguasa melakukan ijtihad untuk memahami Al-Kitab dan Al- Sunnah. Apa yang dimaksudkan dengan ijtihad di sini adalah; mencurahkan seluruh tenaga dan usaha dalam memahami dan mengambil istinbat pelbagai hukum dari dua sumber itu. Diriwayatkan dalam sebuah hadis sahih, bahawasanya Rasulullah SAW pernah mengutus Mu’az RA ke Yaman, lalu baginda bertanya kepadanya, “Dengan apa kamu akan berhukum?” Jawab Mu’az: “Dengan Kitabullah”. Rasulullah Saw. bertanya lagi, “Jika kamu tidak menemuinya?” Mu’az menjawab: “Dengan Sunnah Rasulullah.” Rasulullah Saw. bertanya: “Jika kamu tidak menemuinya?” Mua’z menjawab: “Saya akan berijtihad dengan pendapatku,” jawab Mu’az RA. Mendengar jawapan yang sangat cerdas ini, Rasulullah SAW terus memuji Allah, “Segala puji bagi Allah Yang memberi taufik kepada utusan Rasul-Nya terhadap sesuatu yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya.”

Allah juga memberi pahala bagi penguasa yang melakukan ijtihad walauppun ijtihadnya salah. Perkara seperti ini tentunya sangat mendorong penguasa untuk terus melakukan ijtihad. Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Amru bin ‘As bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika penguasa menjalankan pemerintahan, kemudian berijtihad, kemudian benar, maka dia mendapat dua pahala. Jika menjalankan pemerintahan, kemudian ijtihad, kemudian salah, maka dia mendapat satu pahala.“

Berdasarkan huraian di atas dapat disimpulkan bahawa seorang ketua negara wajib menerapkan syariat Islam, dan mengatur semua interaksi yang berlaku di tengah-tengah masyarakat dengan hukum syariat semata-mata. Dan ini hanya boleh diwujudkan jika sistem pemerintahan yang ditegakkan di tengah-tengah rakyat adalah Khilafah Islamiyyah. Walhasil, bagaimana boleh seorang ketua negara menerapkan dan mengatur semua urusan rakyat hanya dengan syariat Islam, sementara itu, sistem pemerintahan yang dilaksanakan adalah sistem pemerintahan demokrasi sekular?

Oleh: Syamsuddin Ramadhan An Nawiy, Lajnah Tsaqafyyah DPP HTI

[1] Al-Hafiz Ibnu Hajar, Fath al-Baariy, juz 13/8-9
[2] Ibid, juz 13/8
[3] Ibid, hal. 259-260
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment