Khilafah Adalah Sebuah Kenyataan!

"Daulah Islam adalah sebuah kenyataan di masa lalu dan akan menjadi kenyataan pula di masa hadapan… tidak lama lagi" - Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani

Daulah Khilafah bukanlah khayalan seseorang yang sedang bermimpi, ini kerana Khilafah telah terbukti telah memenuhi pentas sejarah selama 13 abad. Ini adalah kenyataan. Keberadaan Daulah Khilafah Islam merupakan sebuah kenyataan di masa lalu dan akan menjadi kenyataan pula di masa hadapan,tidak lama lagi kerana faktor-faktor yang mendukung keberadaannya jauh lebih kuat untuk diingkari oleh zaman atau lebih kuat untuk ditentang.

Kini telah banyak orang yang berfikiran cemerlang. Mereka adalah sebahagian daripada umat Islam yang sangat haus akan kejayaan Islam. Khilafah Islam bukan sekadar harapan yang dipengaruhi oleh hawa nafsu, tetapi kewajiban yang telah Allah tetapkan kepada kaum Muslim. Allah memerintahkan mereka untuk menegakkannya dan mengancam mereka dengan seksa-Nya jika mengabaikan pelaksanaannya.

Bagaimana mereka mahu mengharapkan redha Allah, sementara kemuliaan di negeri mereka bukan milik Allah, Rasul-Nya, dan kaum Muslim?

Bagaimana mereka akan selamat dari seksa-Nya, sementara mereka tidak menegakkan negara yang mempersiapkan pasukan, menjaga daerah-daerah perbatasan,melaksanakan hudud Allah dan menerapkan pemerintahan dengan segala hal yang telah Allah turunkan?

Oleh yang demikian, wajib ke atas kaum Muslim untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah dan menjadikan syariah Islam sebagai roda pemerintahannya.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment