Khilafah: Negara yang Memelihara Keturunan


Salah satu fitrah manusia adalah adanya naluri untuk melanjutkan keturunan. Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan, Dia berikan rasa tertarik kepada lawan jenis dan rasa sayang kepada anak-anak dengan bertujuan untuk melestarikan jenis manusia [Rujuk TMQ An-Nisa’ (4): 2].

Oleh kerana itulah Allah mengharamkan segala aktiviti yang boleh menyimpangkan manusia dari tujuan tersebut. Justeru, Islam melarang zina, homoseksual, lesbian, incest (sumbang mahram) dan sejenisnya.

Islam memasukkan pelbagai jenis penyimpangan tersebut ke dalam kategori dosa-dosa besar. Pelakunya diancam dengan azab yang pedih di akhirat dan hukuman yang berat di dunia.

Islam juga melarang pengambilan anak angkat yang diperlakukan sama seperri anak kandung (dengan mengabaikan hukum-hukum berkaitan) dan semua perkara yang akan mengganggu garis keturunan.

Sebagai penyelesaiannya, Islam mengatur hukum-hakam tentang pernikahan, perwalian, penyusuan, pengasuhan anak dan mencegah pelbagai maksiat yang dapat merosakkan keturunan.

Bagi merealisasikannya, Islam menanamkan akidah dan tsaqofah Islam dalam keluarga dan sekolah, memisahkan kehidupan lelaki dan perempuan, membangunkan sistem kawalan sosial dalam masyarakat dengan amar makruf dan nahi munkar, serta menegakkan negara yang mengambil tindakan terhadap aktiviti jenayah seperti penyimpangan seksual.

Begitulah realiti yang diwujudkan Khilafah Islam pada masa lalu. Peradaban Islam tidak membiarkan zina bermaharajalela dengan adanya tempat pelacuran yang banyak ketika ini. Jika benar terbukti secara syar’ie telah berzina, maka negara akan melaksanakan hukuman rejam (bagi yang telah berkahwin) atau sebat (bagi yang belum berkahwin).

Pada hari ini, sekularisme yang diterapkan dalam kehidupan bukan sahaja tidak mampu menjadi penjaga, malah negara menyediakan ‘kemudahan’ bagi merosakkan keturunan. Pelacuran dihalalkan dengan penggunaan kondom menjadi penyelesaian jangkitan penyakit, zina di’boleh’kan asalkan suka sama suka. Bertambah parah apabila sikap ibu bapa dan masyarakat yang cenderung untuk tidak ambil peduli dan berfikiran terbuka. Bukankah peradaban sekular-kapitalis ini telah terbukti gagal menjaga keturunan manusia? Adakah masih belum saatnya kita kembali kepada syariah, yang berasal dari Zat Yang Maha Mulia?
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment