Konferens Khilafah Ankara, Turki 2016

Sempena ulang tahun peringatan detik keruntuhan Khilafah pada tanggal 3 Mac, Hizbut Tahrir wilayah Turki telah berjaya menganjurkan Konferensi Khilafah Antarabangsa, dengan pertolongan Allah SWT dan berkat doa daripada umat Islam. Muktamar yang dihadiri oleh lima ribu peserta itu dibarisi pembicara dari segenap pelosok benua dan disulami laungan takbir serta seruan penegakan Khilafah di sepanjang perjalanannya.


Sejurus selepas bacaan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim, Muktamar dibuka dengan ucapan alu-aluan daripada Mahmud Kar, Ketua Maktab I’lamiy Hizbut Tahrir wilayah Turki. Berikut merupakan petikan daripada ucapan beliau;


“Kaum kuffar yang memusuhi Islam beranggapan bahawa dengan menghapuskan Khilafah pada tanggal 3 Mac 1924, mereka telah berjaya mengebumikan Islam buat selamanya. Mereka menyangka bahawa umat Islam tidak akan kembali kepada Khilafah. Namun di sini, pada detik ini, dalam Muktamar ini, kita kembali mengibarkan panji yang pernah jatuh suatu ketika dahulu. Dan bukan sahaja di Istanbul, tempat jatuhnya panji tersebut… kita turut mengibarkannya di Ankara… Di sini, pada saat ini, kita hidup dalam kesedihan dan pengharapan dalam masa yang sama. Kita bersedih kerana meratapi tanggal 3 Mac yang merupakan detik kelam buat umat ini. Kita bersedih kerana tanggal 3 Mac menandakan detik umat ini kehilangan Khilafah. Namun dalam masa yang sama, kita diselubungi penuh pengharapan, kegembiraan dan keghairahan, kerana setelah 92 tahun semenjak detik hitam tersebut berlalu, pada tanggal 3 Mac 1924, berhampiran dengan Parlimen yang telah membubarkan Khilafah; di sini dan pada saat ini; kita bersama-sama berganding bahu melaungkan aspirasi kita untuk mengembalikan semula Khilafah”.








Majlis tersebut kemudiannya disusuli dengan pembicaraan oleh panel jemputan dari keempat-empat penjuru benua. Para pembicara terdiri daripada Ismail al-Wahwah (anggota Maktab I’lamiy Hizbut Tahrir Australia), Mohd. Ismail Yusanto (Jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia), Osman Bakhach (Pengarah Maktab I’lamiy Pusat Hizbut Tahrir), Fazil Hamzayev (ketua Maktab I’lamiy Hizbut Tahrir Ukraine), Mulay Jaw dari Denmark, Muhammed Abdulaev dari Kyrgyszstan dan Mikail Romaniko dari Rusia.









Dewan Muktamar bergema dengan laungan takbir dan seruan kepada Khilafah dengan diiringi alunan nasyid. Konferensi Khilafah ini berakhir dengan ucapan dan iringan doa daripada seorang ilmuan dan tokoh, Abdullah Imamoglu.




Hizbut Tahrir wilayah Turki mengungkapkan sekalung penghargaan buat seluruh umat Islam dari Turki serta seluruh dunia yang turut serta menjayakan penganjuran Muktamar ini, khasnya kepada mereka yang berusaha sepenuh jiwa dan raga dalam mengembalikan semula Khilafah Rasyidah kali yang kedua, serta mereka yang memberi dukungan ke atas para pemikul dakwah Islam. Hizbut Tahrir turut memohon agar Allah SWT menerima penganjuran Muktamar ini sebagai salah satu usaha ke arah penegakan semula Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah buat kali kedua.

“…dan di hari (kemenangan) itu, bergembiralah orang-orang yang beriman, kerana pertolongan Allah, Dia menolong siapa yang dikehendakiNya dan Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [TMQ al-Rum (30):4-5].




SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment