Laporan WHO: Jumlah Remaja di Negara Barat yang Menggunakan Ubat Penenang Semakin Meningkat

Penggunaan ubat penenang dalam kalangan remaja yang semakin meningkat sangat membingbangkan," laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).


Menurut sebuah artikel BBC, penelitian yang diterbitkan dalam European Journal of Neuropsychopharmacology mengatakan bahawa penggunaan ubat penenang dalam kalangan remaja telah meningkat secara drastik terutamanya di negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Hasil penelitian menunjukkan bahawa berlaku peningkatan sebanyak 54% dalam jumlah orang muda yang mengambil ubat penenang di Barat antara tahun 2005 dan 2012.

Selain itu, berlaku juga peningkatan penggunaan ubat penenang di DENMARK sebanyak 60%, JERMAN 49%, AMERIKA SYARIKAT sebanyak 26% dan BELANDA sebanyak 17% dalam tempoh masa yang sama. Shekhar Saxena, pengarah kesihatan mental di WHO, merespon terhadap penelitian tersebut dengan mengatakan bahawa hasilnya sangat “membimbangkan” !


Komentar:

Adakah ini adalah gejala kemurungan sosial yang sedang melanda negara-negara maju di Barat yang memuja nilai-nilai kebebasan dan sekularisme? Ini kerana ubat penenang adalah ubat yang digunakan untuk membantu mereka yang mengalami kemurungan. Dan yang lebih “membimbangkan” seperti kata pakar WHO di atas, sindrom kemurungan ini terus menimpa golongan remaja dan belia di Barat yang merupakan pelapis generasi. “Menakutkan” adalah perkataan yang lebih tepat dibandingkan sekadar “membimbangkan”.

Inilah ciri masyarakat yang sakit! Fahaman individualistik yang merupakan buah dari sekularisme ini telah melahirkan generasi yang rosak mentalnya, kosong secara spiritual, gagal mendefinisikan realiti kehidupan, tidak memiliki tujuan hidup dan obses terhadap tokoh-tokoh imaginatif dan paranoid terhadap komunitinya sendiri.

Percampuran antara materialisme dan kebebasan individu tanpa batas telah menyebabkan kekerasan yang berleluasa, keruntuhan institusi keluarga, meningkatnya kemurungan sosial, krisis

solidariti antara generasi (intergenerational solidarity crisis) sehingga golongan belia tidak lagi peduli kepada golongan tua dan sebaliknya, hingga wujud kesenjangan yang nyata antara si kaya dan si miskin.

Tidak pernah seorang pun membayangkan bahawa pada abad moden ini terdapat anggota masyarakat yang merasa terancam dengan masyarakatnya sendiri. Namun, itulah yang terjadi kepada masyarakat Barat.

Peristiwa ganas daripada kes pemuda yang hidup paranoid dalam lingkungan sosialnya adalah salah satu indikasi kroniknya penyakit masyarakat Barat. Penyakit masyarakat di Barat semuanya berpunca daripada ideologi Kapitalisme yang cacat sejak lahir dan mengandungi bibit-bibit kanser sejak awal. Ideologi Kapitalisme telah menghancurkan individu, pemikiran dan perasaan yang ada pada masyarakat Barat dalam jangka masa yang panjang.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment