Membangkitkan Umat yang Jumud

Kita perlu sedar bahawa kebangkitan tidak mungkin berlaku kecuali setelah umat mengetahui jati dirinya dan mengapa dia diwujudkan di dunia.

Umat Islam perlu sedar bahawa mereka memiliki 5 potensi untuk bangkit. Pertama: Potensi ideologi - Potensi ideologi inilah yang dipandang sebagai ancaman oleh negara kafir imperialis.


Kedua: Potensi geopolitik -Secara georafiknya, umat Islam berada pada kedudukan yang strategik iaitu di jalur laut dunia seperti Selat Gibraltar, Terusan Suez, Selat Dardanella dan Bosporus yang menghubungkan Laut Hitam dengan Mediteranian, Selat Hormuz di Teluk dan Selat Malaka di Asia Tenggara.

Dengan menempati kedudukan strategik ini,keperluan dunia banyak ditentukan oleh umat Islam. Jika umat Islam bersatu di bawah naungan Khilafah Islamiah, nescaya mereka menjadi kekuatan adidaya.

Ketiga: Potensi Sumber Daya Alam. Seluruh negeri-negeri umat Islam telah dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan alam yang melimpah. Potensi ini dipandang sebagai ancaman yang dapat mengalahkan negara-negara besar di satu sisi; sementara di sisi lain merupakan lahan bagi negara-negara kafir imperialis untuk memperkayakan negara dan diri mereka.

Keempat: Potensi demografi - Jumlah penduduk bukanlah faktor penentu kekuatan sesebuah negara. Namun, apabila umat Islam di seluruh dunia bersatu di bawah payung Khilafah Islamiah, sudah pasti ini merupakan kekuatan luar biasa.

Kelima: Potensi Militer (Ketenteraan) - Berdasarkan statistik, tentera umat Islam dari seluruh dunia adalah sangat besar jumlahnya. Apabila merekrut 1% daripada jumlah penduduknya yang berjumlah 1.6 juta, akan mendapatkan 16 juta tentera. Dapat dibayangkan betapa kuatnya jika mobilisasi pasukan ketenteraan ini dilakukan oleh negara yang bersifat antarabangsa.

Oleh itu, jika umat ingin bangkit, menukar pemimpin atau pejabatnya sahaja tidak cukup, sebaliknya kita memerlukan sebuah sistem negara dengan kualiti terbaik. Sistem itu tidak lain adalah Khilafah Islamiyah yang menerapkan syariah Islam secara kaffah. Sesungguhnya dunia memerlukan penerapan syariah dan Khilafah untuk kehidupan yang lebih baik.

WalLahu a’lam bi ash-shawab.

Umar Syarifudin (Aktivis HT Kota Kediri)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment