Menolak Lupa, 3 Mac 1924

28 Rajab 1342 H bertepatan dengan 3 Mac 1924 merupakan peristiwa penting yang perlu diingat kembali oleh umat Islam. Saat di mana umat Islam secara rasmi kehilangan perkara penting dalam kehidupannya, iaitu Khilafah Islam. Pada tanggal itu melalui tangan kotor Kamal Atatürk yang bekerjasama dengan negara imperialis British, Khilafah Islam dihapuskan. Majlis Nasional Agung Turki di bawah kawalan penuh Kamal yang penuh darah mengeluarkan tiga keputusan penting: menghapuskan kekhilafahan, menurunkan khalifah, dan mengasingkan khalifah bersama keluarganya.


Ini bererti lebih dari 92 tahun umat Islam telah hidup tanpa kepemimpinan Khilafah. Padahal hukum syara’ berdasarkan ijma’ sahabat hanya membolehkan umat Islam hidup tanpa kepemimpinan Khalifah selama 3 hari. Waktu yang sempit 3 hari ini , mesti digunakan oleh umat Islam untuk bersungguh-sungguh mengangkat kembali Khalifah yang baru.

Ath-Thabari meriwayatkan bahawa Umar ra. benar-benar menegaskan pentingnya pembatasan waktu selama tiga hari untuk mengangkat khalifah dengan mengatakan: “Jika saya meninggal maka bermusyawarahlah kalian selama tiga hari. Hendaklah Suhaib yang mengimami solat masyarakat. Tidaklah datang hari keempat, kecuali kalian sudah mesti memiliki amir (khalifah).”

Para Imam Madzhab sendiri telah menegaskan kewajipan mengangkat Khalifah ini di tengah-tengah umat Islam. Imam Ibnu Hazm dalam Al-Fashlu fi Al Milal wal Ahwa` wan Nihal menegaskan telah sepakat semua Ahlus Sunnah, semua Murji`ah, semua Syiah, dan semua Khawarij akan wajibnya Imamah [Khilafah].

Pentingnya kewajipan Khilafah ini ditegaskan pula oleh Syaikh Abdurrahman Al Jaziri dengan menyebutkan : “para imam mazhab yang empat [Imam Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad] rahimahumullah, telah sepakat bahawa Imamah [Khilafah] itu fardhu, dan bahawa kaum muslimin itu mesti mempunyai seorang Imam (Khalifah) yang akan menegakkan syiar-syiar agama dan menolong orang yang di zalimi dari orang zalim. Mereka juga sepakat bahawa kaum muslimin dalam waktu yang sama di seluruh dunia, tidak boleh mempunyai dua imam, baik keduanya sepakat atau bertentangan.”

Syekh Abdul Qadim Zallum, dalam kitabnya Nizhâm al-Hukm fi al-Islâm memberikan penjelasan jernih tentang Khilafah. Dalam kitabnya itu dijelaskan : “Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi kaum muslimin seluruhnya di dunia, untuk menegakkan hukum-hukum syariah Islam dan mengemban dakwah Islam ke seluruh dunia.”

Berdasarkan pengertian Khilafah itu, kita boleh melihat ketiadaan Khilafah telah menyebabkan umat Islam kehilangan tiga perkara penting. Perkara pertama, kehilangan kepemimpinan umum di tengah umat Islam. Padahal keberadaan pemimpin ini adalah sangat penting untuk menyatukan, mengurus, melindungi umat Islam. Tanpa Khilafah, umat Islam saat ini tercerai berai menjadi negara-negara bangsa yang lemah tidak berdaya. Lemahnya persatuan umat Islam ini pulalah yang membuat negara-negara imperilais yang buas memperlakukan umat Islam seenaknya dengan keji.

Umat Islam juga kehilangan pelindung yang sejati. Pemimpin negara-negara bangsa yang ada saat ini, alih-alih menjadi pemimpin dan pelindung umat mereka justeru berperanan sebagai boneka yang mengukuhkan penjajahan negara-negara imperialis. Membiarkan rakyatnya dibunuh dan kekayaan alam negeri Islam dirampas.

Perkara kedua, ketiadaan khilafah , telah menyebabkan dilalaikannya penegakan hukum-hukum Islam (syariah Islam) secara menyeluruh (kaffah). Padahal penegakan syariah Islam merupakan kewajipan yang shorih (tegas) . Ini kerana, penegakan syariah Islam yang merupakan akibat keimanan seorang muslim ini tidak boleh dilaksanakan secara mtotal tanpa adanya institusi negara yang sah iaitu Khilafah.

Kerana itu sesungguhnya keberadaan Khilafah merupakan sebahagian daripada usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan seluruh perintah Allah dan Rasul-Nya. Bahkan Ibnu Taimiyah mengatakan hal ini sebagai sebahagian daripada sebaik-baik pendekatan diri kepada Allah SWT (min afdholil qurrubat). Ibnu Taimiyah menegaskan wajib menjadikan kepemimpinan (Khilafah) sebagai sebahagian daripada agama dan sarana untuk mendekatkan diri kepada Allah, taqorrub kepada Allah di dalam kepemimpinan itu dengan mentaati Allah Dan Rasulnya termasuk dalam taqorrub yang paling utama.

Perkara ketiga, ketiadaan khilafah juga telah membuat umat Islam lalai menjalankan perkara penting yang mesti dilakukan oleh negara, iaitu mengemban dakwah ke seluruh penjuru dunia. Padahal perkara dakwah ini dengan tegas dinyatakan kewajipannya oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Dengan dakwah yang dilakukan oleh Khilafah ini, Islam kemudian menyebar ke seluruh penjuru dunia. Umat manusia pun berbondong-bondong untuk memeluk Islam.

Walhasil inilah perkara penting yang mesti sungguh-sungguh diperjuangkan umat Islam. Para ulama menyebutnya sebagai tâj al-furûdh (mahkota dari semua kewajipan). Ertinya, penerapan Islam secara kâffah (menyeluruh) hingga tercapai kehidupan berkah itu mustahil diwujudkan tanpa adanya Khalifah dan tegaknya Khilafah. Oleh kerana itu, menegakkan Khilafah dan mengangkat khalifah merupakan kewajipan yang paling penting.

Mengingat pentingnya hal ini sampai-sampai Imam Ibnu Hajar Al Haitami dalam As Shawa’iqul Muhriqah berkata :“Ketahuilah juga, bahawa para shahabat -semoga Allah meredhai mereka- telah bersepakat bahawa mengangkat seorang imam (khalifah) setelah berakhirnya zaman kenabian adalah wajib, bahkan mereka menjadikannya sebagai kewajipan paling penting ketika mereka menyibukkan diri dengan kewajipan itu dengan meninggalkan kewajipan menguburkan jenazah Rasulullah SAW.”

Kerana itu, keruntuhan Khilafah bukanlah perkara untuk diratapi, atau sekadar kenangan bersejarah semasa kejayaan Islam belaka, namun merupakan kewajipan yang mesti sama-sama diperjuangkan oleh umat Islam. Kelalaian memperjuangkan Khilafah bererti melalaikan tiga kewajipan penting yang diperintahkan agama ini iaitu persatuan umat Islam, penegakan syariah Islam dan dakwah. Melalaikan tiga perkara kewajipan penting di dalam Islam, tentu merupakan dosa.

Apa yang diperingatkan oleh Syaikh Abdul Qadim Zallum tentu perlu untuk kita renungkan. Pemimpin Hizbut Tahrir ini dalam kitabnya Nizhâm al-Hukm fi al-Islâm menegaskan, “Mengangkat seorang khalifah adalah wajib atas kaum Muslim seluruhnya di segala penjuru dunia. Melaksanakan kewajipan ini—sebagaimana kewajipan manapun yang difardhukan Allah atas kaum Muslim—adalah perkara yang pasti, tidak ada pilihan di dalamnya dan tidak ada toleransi dalam urusannya. Kelalaian dalam melaksanakan kewajipan ini termasuk sebesar-besar maksiat yang (pelakunya) akan diazab oleh Allah dengan azab yang sepedih-pedihnya”.

Oleh: Farid Wadjdi (Aktivis HTI)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment