Tuduhan Jahat & ‎Mitos Feminisme Terhadap Islam & Wanita 3: Wanita Yang Tidak Bekerja Adalah Suatu Kerugian

Feminisme menganggap peranan domestik wanita yang menempatkan wanita sebagai ibu dan pengatur rumah tangga dianggap sebagai peranan yang rendah.


Gelombang kedua feminisme mencetuskan pemikiran ini secara serius sekitar 1960 di Amerika Syarikat (AS) di mana idelogi feminisme semakin berkembang. Tujuannya adalah menyedarkan kaum wanita bahwa pekerjaan yang dilakukan di sektor domestik (rumah tangga) adalah hal yang tidak produktif. Kemunculan kembali isu secara serius kerana diilhamkan oleh buku karya Betty Freidan seorang feminis berbangsa Yahudi Amerika, yang berjudul The Feminine Mystiquue (1963). Freidan mengatakan bahawa peranan tradisional wanita sebagai ibu rumah tangga adalah faktor utama penyebab wanita tidak berkembang keperibadiannya. Dia menunjukkan bahawa menempatkan wanita di rumah dan membatasi kesempatan bekerja mereka adalah mensia-siakan bakat dan potensi yang besar. Dia turut menulis bahawa gambaran keluarga konjugal sempurna yang dikempenkan dengan aktif pada saat itu tidak mencerminkan kebahagiaan dan malah agak merendahkan bagi perempuan.

Untuk itu, feminis menyatakan wanita tidak harus berkahwin dan memiliki anak agar tidak membebani dan menghambat perkembangan dirinya. Tokoh-tokoh feminis pada masa itu, memberikan dorongan kepada wanita untuk membebaskan diri dari kewajiban berumahtangga. Juliet Mitcher dalam bukunya Women’s Estate (1971) mengatakan “menjadi ibu rumah tangga itu sama dengan menjadi hamba.” Tampak gerakan feminis kala itu berkembang menjadi wadah perjuangan untuk membebaskan wanita dari rumah tangga dan membenci lelaki. Lelaki dipandang sebagai sosok penindas dan takut disaingi wanita. Gerakan kaum feminis yang mengecilkan erti keluarga relatif berhasil mengubah persepsi terhadap keluarga konvensional pada sebahagian besar masyarakat Amerika Syarikat.

Gencarnya kempen feminisme tidak hanya berpengaruh bagi masyarakat Amerika Syarikat, tetapi di seluruh dunia, virus peradaban ini terus menginfeksi tubuh masyarakat. Hal ini terbukti dari hasil yang dicapai pada Persidangan Wanita Sedunia (2 Julai 1975), di Mexico City. Persidangan tersebut merupakan Kemuncak Tahun Wanita Antarabangsa (TWI) dan menghasilkan World Plan of Action of The International Women’s Year, sebagai pedoman bagi kegiatan dalam jangka waktu 10 tahun. Hasil Persidangan ini diterima Majlis Umum PBB dan dijadikan resolusi PBB yang mempunyai kekuatan untuk ditaati oleh semua negara anggota PBB, tak terkecuali negeri-negeri Islam.

Hal semacam ini sama sekali tidak ada dalam syariat Islam . Ini kerana Islam bukanlah sebuah produk dari akal manusia, namun merupakan agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada manusia. Namun racun feminis menyusup masuk ke dalam komuniti umat Islam telah memutarbelitkan syariat Islam. Misalnya, wanita dianggap tidak dapat bergerak bebas di luar kerana menutup aurat. Wanita juga dipersepsikan terkongkong kerana menerapkan syariah Islam. Namun benarkah? Islam memiliki peraturan bagi wanita dalam kehidupan umum. Peraturan itu ada untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita itu sendiri.

Misalnya dalam surah Al Ahzab ayat 33, Allah berfirman,“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”

Dalam ayat ini wanita diwajibkan menutup aurat, tidak tabaruj, tidak bertingkah laku seperti orang jahiliyah semata-mata untuk menjaga wanita itu sendiri.

Islam sebagai agama yang mulia, secara tegas telah mengatur kedudukan wanita sebagai madrasah utama dalam pendidikan di rumah. Ibu, dalam Islam mendapat kedudukan penting sebagai guru pertama anaknya. Bahkan dalam Islam dia wajib ditaati 3 kali lebih dari si ayah. Justeru, peranan isteri dan ibu pengatur rumahtangga dalam Islam itu seumpama guru besar pertama yang mesti dihormati. Al Quran sendiri secara jelas meletakkan peranan mulia seorang ibu yang simetri dengan peranan membangun rumah tangga yang mulia.

Di sini islam bukan bererti melarang wanita daripada berkerja. Hukum berkerja bagi wanita adalah mubah. Dia masih boleh berkerja tanpa meninggalkan kewajipannya yang utama. Islam juga hanya meletakkan kewajipan mencari nafkah hanya kepada lelaki. Ini kerana isteri memiliki beban yang lebih mulia iaitu sebagai orang pertama yang menyiapkan generasi rabbani.

Adapun kesetaraan yang diusung feminis hanya membuat ritma kehidupan tidak teratur. Isu kesetaraan memang membuka peluang kerja yang lebih besar bagi perempuan. Namun, tatanan kehidupan tidak lagi berirama indah. Kaum lelaki dan wanita kini bertukar tugas dan posisi. Akibatnya generasi terabai kerana tidak dididik ibunya, rumah tangga turut terabai. Maka perlahan-lahan mengikis fungsi hakiki seorang ibu. Wanita juga terus diekploitasi oleh kapitalis untuk mengaut untung sehingga menjerumuskan wanita dalam pelbagai ancaman. Bengisnya sistem kapitalisme telah membuat siapapun yang berada didalamnya tidak betah melaksanakan tugas yang bertentangan dengan fitrahnya.

Ketika Islam diterapkan secara sempurna dalam tatanan kehidupan, akan lahir generasi terbaik dambaan umat dari tangan ibu muslimah. Semua akan hidup sesuai dengan fitrah masing-masing. Sudah saatnya, kesalahan berfikir kaum feminis mesti dihentikan. Saatnya kita perjuangkan Islam untuk kehidupan yang mulia. Campakkan feminisme! Tegakkan Khilafah.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment